Khamis, 30 Oktober 2025

PANDANGAN PEMIKIKR EKONOMI NEGARA


Perjanjian Perdagangan MAS-AS: Jimat RM12 bilion, jerut leher RM1 trilion


KUALA LUMPUR – Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (Reciprocal Trade Agreement) yang ditandatangani antara
Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2025 wajar dipersoalkan daripada sudut kepentingan nasional, rasionaliti ekonomi dan keseimbangan strategik serantau.

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia, Armin Baniaz Pahamin berkata, penurunan tarif timbal balas terhadap barangan Malaysia daripada 25% kepada 19% atau pengurangan sebanyak 6% hanya memberi penjimatan kasar kira-kira RM11.9 bilion setahun
berdasarkan nilai eksport semasa (RM 198.65 bilion × 6 %).

Tambah beliau, berdasarkan Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade), jumlah dagangan dua hala Malaysia–AS bagi tahun 2024 mencecah RM 324.91 bilion, dengan nilai eksport Malaysia ke AS sebanyak RM 198.65 bilion, menjadikan Amerika Syarikat rakan dagang ketiga terbesar Malaysia.

“Jumlah penjimatan ini adalah terlalu kecil untuk diberi komitmen dagangan gergasi dengan jumlah hampir RM1 trilion yang kita perlu tanggung,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada 26 Oktiber lalu, AS dan Malaysia mencapai persetujuan mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas bagi memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, yang akan memberi akses pasaran belum pernah berlaku sebelum ini kepada pengeksport kedua-dua negara.

Menurut kenyataan kedua-dua buah negara,  terma utama Perjanjian Perdagangan Timbal Balas itu membabitkan komitmen di pihak Malaysia untuk memberikan akses pasaran keutamaan yang besar bagi eksport barangan perindustrian dari AS.

Perjanjian tersebut meliputi perolehan 30 pesawat dengan opsyen pembelian tambahan 30 lagi, pembelian semikonduktor, komponen aeroangkasa dan peralatan pusat data dengan nilai dianggarkan AS$150 bilion pembelian sehingga lima juta tan setahun gas asli cecair (LNG) bernilai sehingga AS$3.4 bilion setahun pembelian arang batu dan produk serta perkhidmatan telekomunikasi bernilai AS$204.10 juta dan pelaburan dana modal di AS sebanyak AS$70 bilion.

Menurut Armin Baniaz, selain daripada pembelian pesawat Boeing dan LNG perjanjian tersebut membabitkan pelaburan besar dalam sektor semikonduktor, pusat data dan komponen aeroangkasa bernilai lebih AS$150 bilion.

Katanya, adakah Malaysia mampu menanggung beban kewangan sebesar itu ketika Malaysia Aviation Group (MAG) sendiri masih mencatat kerugian dan belum pulih sepenuhnya selepas penstrukturan semula.

Beliau turut mempersoalkan dari mana sumber dana pembelian ini akan diperolehi jika bukan daripada suntikan kerajaan
menggunakan wang rakyat.

Sementara Armin Baniaz mempersoalkan pembelian LNG dari AS dan  berkata, sebagai negara pengeluar dan pengeksport utama gas asli cecair (LNG) dunia, adakah logik untuk Malaysia membeli LNG bernilai RM16 bilion setahun (AS$3.4 bilion).

“Malaysia merupakan pengeksport LNG kelima terbesar di dunia.
Perjanjian seperti ini tidak menggambarkan strategi ekonomi berasaskan daya saing, tetapi lebih menyerupai perangkap ekonomi yang memihak kepada kuasa besar,” ujarnya.

Katanya, komitmen pembelian secara besar-besaran yang mengalirkan keluar rizab negara tidak memberi manfaat
kepada industri tempatan.

Armin Baniaz memberitahu, perjanjian itu juga mengehadkan ruang Malaysia untuk mempelbagaikan rakan dagang strategik
seperti China atau negara yang banyak menawarkan kerjasama tanpa tarif tinggi dan dengan nilai tambah lebih besar kepada sektor tempatan.

Jelasnya,  Malaysia bukan sahaja menanggung kos ekonomi, tetapi juga kehilangan kebebasan membuat dasar perdagangan yang berdaulat untuk memenuhi tekanan perjanjian bilateral.

“Daripada dijerut leher dengan komitmen dagangan bernilai hampir RM1 trilion, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN sepatutnya mengambil peluang kepimpinan ini untuk memimpin rundingan
secara konsensus bersama negara-negara ASEAN lain,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, sdalah wajar bagi kerajaan untuk menyemak kembali kandungan perjanjian ini dan membahaskannya di Parlimen, supaya setiap komitmen dagangan yang dibuat tidak memudaratkan ekonomi negara dan kekal selaras dengan kepentingan nasional. – 

PUKI MAK

PASAL APA

KITA NEGARA

PENGEKSPOT

MINYAK KINI

DI PAKSA BELI

MINYAK DARI

AMERIKA

KHALAS

KEPALA BUTUH

SAIPOL KE ?

ATAU KEPALA

BUTUH SUKMA?

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah kan orang kita bijak semua bidang, mesti dia tahu kan? Padan muka, ambil lagi tokoh yang tidak layak, ambil lagi orang kita yang kerja di bendang, sawah padi, ladang kelapa sawit mungkin lebih bijak, lebih cerdik kah kah kah, orang cerdik dah lama blah keluar, tinggal lah dengan puak puak ekstremis kepala bana yang dijadikan keparat negara amin kah kah kah