PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 30 OKTOBER 2025
EKONOMI KITA
SAMAN TRAFIK
Kali ini kita dengar sekali lagi kerajaan beri potongan pada saman trafik – lagi cepat bayar lagi baik banyak potong.
Di sini perlu kita ingat kembali tahun 2008 – ada berita yang sama. Ingat kembali masa itu kerajaan beri potong 50% pada saman trafik – INGAT MASA ITU – ekonomi merundum – jeng jeng jeng.
Kali ini perkara yang sama berlaku – ini maknanya EKONOMI SEDANG MERUNDUM – betul ke ?
Betul lagi sahih – SAMAN TRAFIK – akan dijadikan sebagai punca pendapatan negara – KALAU CUKAI NAIK RAKYAT KE JALAN RAYA – kalau kena saman – itu hang punya pasal – justeru saman ini jadi satu industri.
Maka saban malam makin banyak ROAD BLOK - oleh polis dan JPJ – lihat dan lihat di kawasan seperti Bangsar – bawah stesen LRT – tiap malam akan ada polis tahan kereta – Hujung minggu lagi banyak – ini chan besar.... chan apa?
CHAN TANGKAP PEMANDU MINUM BEER
Ini juga satu industri – kerana dulu jika di dapati lebih tahap alkohol dan memandu – kena denda puluhan ringgit – kini dan naik RIBU RIBU – bila naik ribu ribu DUIT SUAP pun naik ratus ratus – INI juga satu industri untuk menambah pendapatan – Amin.
JUAL KUIH
Dua malam dulu gua makan di sebuah restoran di Kampung Baru – wow – apa yang gua ternampak -setiap 15 minit akan muncul Minah, Mamat, Kakak, Abang – menjual KEREPEK UBI dan yang sama sewaktunya dengan nya.
‘ Rasa dulu bang.... rasa je ...’ Ini teknik menjual.
Menjual BUKAN JENAYAH – tapi ini gambaran EKONOMI NEGARA SEDANG SAKIT – penjual dari meja ke meja makin bersepah sepah – wow – macam macam – INI BUKAN JUAL TISU – ini jual KEREPET –
Minah dan Mamat ini cuba mencari duit dengan berjaja dari satu meja ke satu meja – UNTUK GUA INI ADALAH TANDA EKONOMI SEDANG SAKIT. Amin
BELANDA
Keputusan PRU dah di terima. Parti garis tengah D66 menang. Maka untuk pertama kalinya Belanda akan dapat Perdana Menteri yang mengakui dirinya homosexual.
GAZA
Zionis Blackrock bom Gaza sekali lagi kemarin. Seramai 104 Palestin mati.
SUDAN
Itam bunuh Itam berterusan di Sudan. Di laporkan hospital telah di serang – doktor , jururawat dan pesakit semua di bunuh – lebih 400 mati. Ini laporan WHO – PBB.
JAMAICA
Kota dan pekan dalam pulau ini ranap di landa oleh Taufan Melissa. Di lapor taufan ini juga melanda Cuba dan Haithi. PM Jamaica menerangkan pemanasan dunia sebagai punca Taufan ini semakin ganas.
KOREA SELATAN
Trump membenarkan Korea Selatan membina kapal selam kuasa nuklear.
HOKKIEN
Pagi ini agak malap – matahari belum muncul. Langit pucat dan awan berombak-ombak – ada awan macam nak hujan. KL & KL Sentral berjerebu – panas seharian kemarin.
Tak meriah suara unggas pagi ini. Mungkin mereka tahu cuaca malap.
Tapi warga Hokkien awalnya tidak kelihatan – wilayah sunyi - gua bersuara baru satu satu datang – akhirnya semua kaum keluarga Siti datang makan.
Ezi dah berbaik dengan yang lain - tak bergaduh. Siti ikut gua berjalan pulang hingga ke Wakaf Pertama – Siti dapat hati ayam sama macam Ezi & Tak Tak. Badan Siti masih kurus.
Gua rasa hari ini akan panas – walau pun ketika gua menulis ini – cahaya mata hari ti sampai lagi ke balkoni gua. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
KHAMIS
BRO
Bila lu tanya berapa besar Kapal Nabi Noh pada Ustad – itu tanda lu ada memiliki pemikiran kritikal.
BRO
Bila lu kata mustahil Kapal Nabi Noh boleh memuatkan semua haiwan sepasang dalam kapal ini - ini tanda lu bijak berfikir.
BRO
Jangan takut berfikir – jangan hanya melopong mendengar – tanya dan bertanya – BERTANYA adalah tanda berfikir.
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHAMIS


Tiada ulasan:
Catat Ulasan