Ahad, 14 Disember 2025

PANDANGAN HISHAMUDDDIN RAIS TENTANG BAHASA


DARI ARKIB: 

PANDANGAN 

HISHAMUDDIN RAIS TENTANG BAHASA


TULISAN INI MUNCUL
  DALAM TUKAR TIUB PADA 
17 FEBUARI 20209

Tukar Tiub tidak menentang pembelajaran Bahasa Inggeris.

Malah warga Malaysia seharusnya dapat mengucap, bercakap dan berhubung melalui lebih dari 2 bahasa. Dalam wilayah kita yang memiliki pelbagai bahasa ini warga Malaysia seharusnya merayakan kebelbagian itu.

Tukar Tiub menolak pembelajaran Maths dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Cara untuk mengajar apa-apa sahaja bahasa BUKAN melalui maths atau sains.

Cara untuk mengajar bahasa ialah melalui sastera.

Maths dan sains mengajar fakta dan angka.

Sastera mengajar konsep, falsafah, nilai dan jalan bahasa.

Tukar Tiub menolak konsep Bahasa Kebangsaan. Tidak ada apa-apa ‘kebangsaan’ dalam bahasa.

Tukar Tiub mengajukan pandangan bahawa Bahasa Melayu/Malaysia adalah Bahasa Stratejik untuk perubahan dalam negara Malaysia. Gagal menggunakan bahasa stratejik ini bermakna akan gagal untuk dicapai apa sahaja bentuk perubahan yang di cita-citakan oleh sesiapa sahaja.

Apa sahaja pandangan yang baik-baik , cadangan yang molek-molek, tulisan yang hebat-hebat atau konsep yang bersinar cemerlang akan terus terpinggir kerana ianya TIDAK sampai kepada khalayak warga.

Warga TIDAK AMBIL POT kerana warga tidak memahaminya apa soh seh soh seh yang sedang dilabonkan, kendati pun soh seh soh seh ini adalah pandangan yang akan membawa kebaikan untuk warga sendiri. Justeru, ini adalah kerja sia-sia seperti menunggu pokok senduduk berbuahkan rambai.

Tukar Tiub akan terus mengajukan konsep bahasa stratejik ini untuk di pelok, di cium, di gomol dan di tiduri siang dan malam. Tukar Tiub sedia menungu pancutan akhir. 



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masukkan lanciao dan cibai dalam bahasa sampah. baru gua sokong. nabeh!