PARTI PAS
DAN
PERIKATAN
NASIONAL
BOLEH JADI
PENERAJU
MALAYSIA DENGAN
SYARAT :
JANGAN GANGGU
JANGAN KACAU
GAYA HIDUP RAKYAT
AMIN
TUGAS KERAJAN
JAGA : KERJA
JAGA : MAKANAN
JAGA: HOSPITAL
JAGA: SEKOLAH
JANGAN JANGAN
JAGA BURIT & KOTE
RAKYAT
KHALAS
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baru dilantik, Ahmad Samsuri Mokhtar memberi jaminan bahawa PAS telah menetapkan strategi jelas untuk menyantuni masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada rancangan parti berkenaan untuk memainkan "peranan lebih menonjol" dalam pembinaan negara.
Samsuri yang juga naib presiden PAS berkata, dia menyedari bahawa parti itu perlu melakukan refleksi diri terhadap cara kerja dan pendekatannya dengan pelbagai segmen masyarakat. Tegasnya, langkah sedemikian perlu bagi membuktikan keupayaan parti itu secara terbuka.
“Kita tak boleh bertanding di peringkat kampung saja, kena keluarlah sama ada di peringkat negeri, persekutuan, mahupun antarabangsa,” katanya.
Dia berkata demikian selaku wakil pembangkang pertama yang dijemput dalam siaran audio siar (podcast) ‘Lebih Masa’ kendalian Ahli Parlimen PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Tentulah kita ada perancangan dan ada strategi yang jelas bagaimana untuk kita mendepani masyarakat pelbagai kaum yang sangat kompleks yang ada pada hari ini,termasuk di Sabah dan Sarawak.”
Secara tradisinya, PAS meraih sokongan paling kuat daripada pengundi Melayu-Islam, manakala golongan bukan Islam sering dilihat bimbang dengan identiti PAS sebagai parti pelampau.
Walaupun PAS pernah melakukan usaha mendekati golongan itu sebelum ini — termasuk membentuk sdewan penyokong bukan Islam dan meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya — kebimbangan berkala sering muncul membabitkan isu peraturan di negeri-negeri pimpinan PAS.
Merujuk kepada kejayaan PAS memenangi 43 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum 2022 — pencapaian tertinggi dalam sejarah tujuh dekad parti itu — Samsuri berkata kemenangan itu mengukuhkan keyakinan PAS untuk memainkan peranan utama dalam mencorak hala tuju negara.
Bagaimanapun, dia mengakui wujud kelemahan dalam PN yang memerlukan penambahbaikan bagi membentuk pembangkang yang efektif, "bermanfaat dan mempunyai substansi".
Walaupun menteri Besar Terengganu itu tidak memperincikan kelemahan yang melanda PN, dia au menekankan bahawa "tekanan" yang dihadapi oleh ahli Parlimen pembangkang adalah "bukan kecil".
“Kita dapati bahawa tekanan yang diberikan kepada ahli-ahli parlimen daripada pembangkang ini tidak sedikit, (tekanan) yang dialami oleh ahli-ahli parlimen secara personal, secara parti dan juga wujudnya tekanan dari segi medsos masing-masing - kena panggil kena macam-macam, intimidasi-intimidasi inilah yang memberi keperitan kepada ahli-ahli parlimen dan saya rasa yalah, benda ni tak patut berlaku.
“Kalau kita nak bertanding nak berlawan main bola kita nak berlawan di lpadang yang rata, betul tak…jadi barulah adil,” katanya.
Justeru, dia menegaskan perkara itu adalah antara isu yang ingin diperhalusi dalam PN bagi meningkatkan peranan mereka sebagai pembangkang dan "alternatif yang baik kepada kerajaan pada masa hadapan."
Ketika disoal oleh Nik Nazmi sama ada dia setuju bahawa politik Malaysia yang menang, menang semua atau zero some games, Samsuri menyatakan persetujuannya.
“Ya, kita tengok contohnya orang kadang-kadang takut melepaskan jawatan nombor satu ni, sebab bila (dipegang) jawatan nombor satu, dia kawal semua instrumen kerajaan, dan bila dia (lepaskan jawatan) nanti dia akan jadi mangsa ditangkap dan sebagainya,” katanya.
Samsuri seterusnya berhujah bahawa buat masa ini dan pada masa hadapan, landskap politik tempatan memerlukan "fasa" dengan kuasa tidak terlalu berpusat kepada hanya satu susuk individu.
Majlis Tertinggi PN melantik Samsuri sebagai pengerusi baharu gabungan pembangkang itu pada 22 Feb, susulan tindakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengosongkan jawatan tersebut berkuat kuasa 1 Jan lalu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan