Jumaat, 9 Januari 2026

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

JUMAAT 9 JANUARI 2026

DAKWA ZAHID


DARI DNAA KE NFA
Wow hebat  kes Rasuah Akal Budi – awalnya di bicarakan – ada  bukti prima facie – maknanya ada siasatan yang membolehkan di dakwa – MAKA ZAHID DIBICARAKAN. 

Bila Madafaka nak tubuh kerajaan  kes Zahid jadi DNAA – lepas tak bebas – boleh di dakwa  - siasatan di jalankan untuk tambah  bukti.

Tup tup kemarin  – TERUS BUANG  KES.

ASKAR NAIK BENGANG
JENG JENG JENG – askar naik bengang – mereka melihat PANGLIMA mereka di hina  pakai baju KUNING – tertiba  ZAHID yang  sah ada kes rasuah  di BEBASKAN.

POLITIKUS DI BEBAS TAPI ASKAR AKAN DI DAKWA jeng jeng jeng.

ORANG RAMAI NAIK BENGANG – Ketua Menteri Melaka TIDAK DIDAKWA  - dah ada  laporan kepada SPRM.

Yang bocorkan kes askar ialah CIK GU BARD-  SPRM terus bertindak cepat.

Yang bocorkan kes Ketua Menteri Melaka CIK GU BARD – tapi SPRM TIDAK BERTINDAK.

PASTI ASKAR  dan ORANG RAMAI akan bertanya  KENAPA ?

HOKKIEN
Pagi ini indah – langit biru berawan putih. Angin sejuk. Hokkien cerah segar – kemarin tak hujan. KL & KL Sentral cerah.  Matahari bersinar  - panas membakar pipi.

Di bukit Pokok Tinggi How  Wow terus bersuara – tak henti henti. Tekukur bersuara.

Ha ha -  belum pun  berjalan jauh Siti dan keluarga berlari menyambut – hari ini ramai yang datang untuk  makan.  Puppy Itam makin besar. Gua beri mereka nasi campur serbuk tulang.

Gua berjalan ke arah Pokok Ara melintas Wakaf Dua  - Siti dan Jantan Baik ikut hingga ke Wakaf Tiga.

Pulang ke Wakaf Pertama Siti dapat hati ayam – yang lain dapat Friskies dan keropok segar.  Gua senang hati melihat warga Hokkien makan.

Malam kemarin gua ke NSK  - beli sayur dan buah – Gua beli periuk leterik baru -  agar senang gua masak nasi untuk warga Hokkien – periuk lama dah rosak.

Ketika gua menulis – matahari dah bersinar. Gua yakin hari ini akan panas. Bila Tuhan Ra muncul dunia jadi indah. Amin

BRO
SENYUM
SAMBUT JUMAAT
DENGAN SENYUMAN

BRO
Lu jangan jadi tukang ampo dan tukang amin – lu berdiri pada pandangan diri lu sendiri.

BRO
Lu jangan  mungkir janji yang lu dah buat untuk diri lu sendiri.

BRO
Nak ubah hidup lu ubah apa yang lu anggap penting. Jadikan fokus tujuan. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan: