Selasa, 23 Jun 2009

IRAN - SATU PANDANGAN



APA DIA YANG SEDANG BERLAKU DI IRAN SEKARANG


Adalah salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protest hanya tentang pilihanraya sahaja.

Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang.

Adalah juga salah untuk mengatakan bahawa tunjukan perasaan ini antara gulungan liberal yang menentang gulungan konservatif/kolot. Hakikatnya ke dua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot.

Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri ini telah dilupuskan.

Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush telah menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja kerja jahat terhadap Iran. Amerika telah menyokong kumpulan-kumpulan dan parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ini memang tugas kuasa imperial Amerika.

Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad TIDAK pro Amerika. Ini amat jelas. Mereka bukan boneka Amerika.

Amerika Syarikat masih dianggap sebagai Setan Dunia oleh kelas pemerintah di Iran. Tidak ada pemimpin politik Iran secara terang terangan yang akan berani membuat dasar pro Amerika. Ini kerana sebab sejarah.

Pada tahun 1953 Mohammed Mosaddeq telah menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri Iran. Mosaddeq yang menjalankan dasar nasionalis telah memilik negarakan semua telaga minyak Iran. Mosaddeg akhirnya telah ditendang keluar.

Rampasan kuasa menendang Mosaddeq ini adalah perancangan CIA. Setelah Mosaddeq ditendang syarikat minyak Anglo-Amerika telah dibawa masuk kembali. Untuk gantinya Shah Ahmad Reza Pahlavi telah di nobatkan oleh CIA sebagai Raja sehingga tahun 1979 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran.

Ini fakta saheh. Pada 4hb Jun 2009 yang lalu Barack Obama sendiri telah mengakui pekara ini dalam ucapan di Cairo. Ucapan Obama kepada ‘warga Islam’ dibuat dalam usaha Amerika ingin berbaik kembali dengan Iran.

Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.

Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran – Parsi. Mereka semua beragama Islam – Shiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni. Mereka ini amat bersedia untuk menjadi khadam Amerika. Dua minggu sebelum pilihanraya di jalankan ada letupan bom di Zehdan – ibu kota Baluchistan. Ini kerja barua Amerika. Hakikatnya mazhab Sunni amat kecil untuk dapat melakukan apa-apa perubahan sosial.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku di Tehran?

Semua analisa akhiranya menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kelas.

Ahmadinejad mewakili gulungan bawahan – kaum tani di kampong-kampong dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini telah dimanifestasikan melalui organisasi Basij. Basij asalnya adalah kumpulan anak-anak muda kampong dan anak muda msikin kota yang di rekrut ketika Iran dan Iraq berperang – 1980-1988.

Basij berasal dari kumpulan sukarela tetapi dua tahun lalu ianya telah diserap ke dalam pentabiran Ahmadinejad. Basij ini telah mendapat kontrek pembangunan, lesen-lesen dan menjawat lembaga-lembaga dibeberapa pusat pentabiran kerajaan yang ditubuhkan oleh Ahmadinejad. Lembaga ini samalah seperti SEDC ( State Economic Development Cooperation) yang ditubuhkan oleh PM Razak Hussein dahulu.

Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau Soldadu Penjaga Revolusi. Ini adalah pasokan soldadu yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini. Pasokan ini muncul sesudah revolusi untuk membersihkan tentera Iran dibawah Shah yang banyak menjadi talibarut Amerika. Pasokan Pasdaran ini mendewasa di kancah perang Iran/Iraq.

Basij dan Pasdran kini adalah asas sokongan yang amat kuat untuk Ahmadinejad di kawasan luar bandar dan kawasan miskin dalam kota. Kuasa ekonomi baru Basij yang telah dilembagakan ini mula menghakiskan dua kumpulan kelas ekonomi lama.

Kumpulan pertama adalah kelas borjuis industri/borjuis nasional yang di wakili oleh Rafsanjani seorang multi bilionaire. Rafsanjani – wakil kelas borjuis nasional - melihat dasar Ahmadinejad telah mengetatkan lagi sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerika terhadap Iran.

Rafsanjani towkay kacang Pastichio ini sedang melihat bertan-tan kacangnya tidak dapat di eksport. Kelas ini juga ingin berkembang luas – dari borjuis nasional untuk menjadi pemodal yang besar – multinasional - untuk mencari pasaran di dunia. Mereka juga bercita-cita untuk menjadi kelas industri tetapi telah gagal kerana wujudnya sekatan ekonomi.

Kumpulan kedua pula adalah apa yang dikenali sebagai Bazaari – ini kelas lama yang mucul dari zaman feudal. Bazaari adalah peniaga tradisional. Kalau di Malaysia mereka ini adalah peniaga-peniaga China yang memiliki jaringan kedai-kedai perniagaan. Bazaari muncul sebagai kelas ekonomi yang kuat kerana mereka memonopoli dan mengendalikan jual beli di Iran. Ketika gerakan anti-Shah dahulu kumpulan Bazaari ini telah menyokong Ayatolah Khomeini sehinggkan Iran menjadi lumpuh dan Ahmad Reza Pahlavi lari.

Kelas Bazaari ini juga memiliki pertalian yang amat kuat dengan struktur Shiah yang berpusat di Qum. Mereka memerlukan satu sama lain. Gulungan agamawan di Qum memerlukan sokongan ekonomi/duit kelas Bazaari. Kelas Bazaari memerlukan fatwa untuk ‘menghalalkan’ apa sahaja perniagaan mereka - termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai ‘nikah sementara’.

Kelas peniaga kecil ini melihat perniagaan di bazar mereka terbantut dan kelas mereka tidak dapat berkembang. Pelancung tidak masuk. Permaidani mereka tidak terjual dan tidak dapat di eksport. Kelas Bazaari/komprador - yang bergantung perniagan dengan peniaga luar - kini melihat barangan untuk jualan amat susah untuk di impot atau diekspot kerana sekatan ekonomi.

Justeru amat jelas ada pertentangan kelas disini. Ada pertentangan kepentingan ekonomi. Kumpulan borjuis lama - borjuis nasional dan kelas komprador yang di wakili oleh Rafsanjani/ Mousavi sedang bertempur dengan kumpulan ekonomi kelas baru – kapitalis daulah/ state capitalism - yang diwakili oleh Ahmadinejad.

Justeru ini membuktikan bahawa apa yang berlaku di Iran sekarang tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan mazhab Shiah atau dengan agama. Krisis di Iran hari ini adalah pertentang kelas dan perebutan ekonomi.

Jangan kita lupa - ada lagi satu kumpulan – kumpulan monarki – saki baki dari penyokong Shah Ahmad Reza Pahlevi. Mereka ini kelas feudal yang sedang mengelabah seperti polong tidak bertuan. Tuannya – Reza Pahlavi anak Shah – kini tinggal di Cairo kerana telah menjadi menantu Anwar Sadat.

Kumpulan feudal kelas elit atasan ini bersarang di bahagian utara Tehran – kawasan ini samalah seperti Bukit Kenny di Kuala Lumpur atau di Country Height Kajang. Kumpulan ini berkumpul di bawah tv satelit yang dimiliki oleh Reza Pahlavi yang dipancar dari Cairo.

Kelas feudal dan elit atasan – kumpulan Gucci dan Louis Vuitton - ini tidak ada sangkut paut dengan demokrasi. Mereka ini lintah darat yang hidup senang lenang bershopping dihujung minggu di London dan Paris di zaman Shah dahulu. Mereka ini sama dengan kaum keluarga anak beranak kroni-kroni Mahathir Muhamad. Mereka melihat ‘gaya hidup’ mereka menjadi kacau bilau sesudah berlakunya revolusi tahun 1979.

Jadi siapakah pula yang berdemo di jalan raya yang membantah keputusan pilihanraya?

Semua yang kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka tidak selari dengan dasar Ahmadinejad sedang turun bermandi darah di jalan raya. Mereka bersatu dibawah bendera dan slogan - Undur-Undur Ahmadinejad. Ini sama seperti slogan dizaman Reformasi (1998) ketika rakyat satu Malaysia berdemo untuk menjatuhkan Mahathir Muhamad.

Awas ! Dari semua kumpulan ekonomi ini adalah lagi satu kumpulan. Ini kumpulan anak-anak muda yang tidak memiliki kepentingan ekonomi atau kelas. Mereka inilah yang gugur di tembak oleh peluru Basij. Mereka inilah yang sedang bertempur dengan tentera dan polis rusuhan.

Anak- anak muda ini datang dari semua kelas. Mereka adalah kaum pelajar muda. Mereka juga adalah ‘penanam anggor’ yang tidak memiliki kerja dan masa depan. Mereka melihat Ahmadinejad sebagai musuh yang menggangu gugat gaya kehidupan muda mereka. Mereka adalah Mat Rock dan Mat Kool dari utara Tehran. Mereka juga adalah Mat Rempit dari kawasan miskin wilayah selatan Tehran.

Mereka sedang mendobrak segala nilai-nilai kolot yang menyusahkan kehidupan harian mereka. Mereka adalah generasi Myspace, Facebook dan Friendster. Ibu bapa mereka adalah Siti Internet dan Lebai Google. Bapak saudara mereka adalah Blogspot Dot Com. Mereka adalah pembuat filem di YouTube. Mereka adalah wartawan Sms dan Twitter. Mereka bermazhab Ali Shahriati. Mereka menganuti fahaman Mao, Lenin, Bakunin dan Che.

Seperti biasa anak-anak muda inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membawa perubahan. Mereka jugalah yang sedang bermandi darah membuka harapan baru untuk Iran. Mereka ingin membebaskan Iran dari theocracy yang kolot.

Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin mentuakan naluri muda mereka. Ditahap sejarah pada June 2009 ini - anak-anak muda ini sedang berpayung dibawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan oleh Mousavi.

Untuk sementara waktu ini Ahmadinejad adalah Presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat dibawah Barack Obama – untuk kepentingan berjangka panjang - tidak akan menggugat Iran.

Waspada! Iran memiliki tradisi perjuangan dan tamadun yang lama. Iran memiliki tradisi Tudeh yang memimpin kaum buruh di industri minyak. Iran memiliki tradisi Fedayeen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi Mujahideen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi tempur Shiah yang dinobatkan sebagai Islam Kiri oleh Ali Shariati. Tiga kumpulan inilah penyusun dan penjana awal revolusi Iran 1979 dahulu sebelum di ‘hijack’ oleh Ayatollah Khomenei yang dilihat oleh kuasa Anglo-Amerika pada ketika itu sebagai kuda yang lebih selamat.

Akhirnya anak-anak muda ini akan mengundur dan menilai kembali garis perjuangan mereka. Yakinlah dalam masa yang tidak lama akan muncul kembali satu pertempuran yang lebih tersusun. Anak-anak muda dimana sahaja didalam dunia ini akan berkumpul apabila terdengar pekikan perjuangan. Ini adalah sifat dan naluri anak muda. Anak –anak muda di Iran memiliki waktu untuk menunggu. TT - (tulisan ini boleh diambil untuk membuat yang baik)



35 ulasan:

Shahiran Shahid Zahri berkata...

tak setuju pandangan berkenaan Ayatollah khomeini yg hijack revolusi perjuangan di Iran.

yg tu tak betul...

binjidan berkata...

mahu tunggu dan lihat apa akan jd pada mahathir diatas pembunuhan memali..

Zahrin berkata...

sejarah hijack ini tidak dapat kita perolehi jika kita hanya membaca sejarah Khomeini..

kedua, saya juga agak tidak setuju dengan perkataan khadam amerika..mereka ini kelompok yang dibunuh, dizalimi, masjid - masjid mereka dibakar ketika di awal pemerintah khomeini...

mungkin ada penggemar Khomeini akan bantah kata - kata ini..ye la sejarah org tertindas mana dpt didengar tambah - tambah kalau yang menindas tu hero bg sesetengah org..khomeini..

Tanpa Nama berkata...

I pun tak setuju dengan analisis yang ini.Mustahil tiada jerong Amerika di belakang bilis-bilis Tehran ini.The igeneration itulah pro Americans.Penganut-penganut Facebook, You Tube, Twitter Mitter itulah.Mereka semua pemakai jeans dan kelihatan gelenyar.

Tolong jangan kaitkan mereka dengan perjuangan Ali Shariati.Satu penghinaan.

Cerita Kita berkata...

Anak muda Malysia buat apa? Anak muda Malaysia dibodohkan oleh AUKU dan jadi pak-pak turut. Yang tidak, diajak dan diajar merempit oleh orang muda gerombolan agar tidak ambil kesah tentang kelanunan gerombolan.

Tanpa Nama berkata...

pakcit TT

jikalo pakcit yg jadik cikgu sejarah saye masa saya sekolah menengah, sudah pasti sekarang saya sudah mendapat sarjana atopun profesor (bukan kangkong) dalam bidang pensejarahan.

yang benar,
Melah.

Tanpa Nama berkata...

hahahaha...isham...isham...dasar komunis tua hisap cerut betul la koni....kenapa la ko salah path...

ko ni bagus tapi ada gak bangang nyer...

sham..idop ni bukan nak makan jer...

Tanpa Nama berkata...

Maaf Encik Isham, ada typo error di para 9. Sepatutnya Shah Reza telah digulingkan pada tahun 1979 bukannya 1989.

"Untuk gantinya Shah Ahmad Reza Pahlavi telah di nobatkan oleh CIA sebagai Raja sehingga tahun 1989 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran."

Mat Luku berkata...

kali ni aku tak boleh gelak sebab ini isu serius wooo....

aku terlupa pasla khomenei dan gerakan memusnahkan shah palavi....tapi tetap yakin zionis menjadi punca yang jelas dalam masalah iran..bukan kah bangsa yahudi kedua teramai di iran selepas di bumi palestine??? tapi setuju bahawa anak muda iran sangat bermutu dalam mencorak minda bangsa parsi dan menentukan posisi bangsa parsi...anak muda malaysia? apa lagi jom ikut khairy masuk kampung la kot???

DIN berkata...

gambar sekitar iranian demo di depan bbc manchester.

salah satu sepanduk yang menarik perhatian berbunyi

'You killed our children, why not kill our President'

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=261228659536690484&postID=1537571320449791426

kucingsiam berkata...

meow~

hidup bukan untuk makan - betul
tapi untuk hidup kamu mesti makan.

kalau besok, lusa, minggu depan, tahun depan nak terus bersembahyang kamu perlu makan. Bukan?

untuk makan maka pergantungannya haruslah kepada ekonomi.

Jadi jangan perlekehkan sepinggan nasi yang terhidang atas meja setiap hari.

Apabila analisis pergolakan politik di Iran dihuraikan mengikut garis kepentingan ekonomi kelas, ia sekurang-kurangnya sudah menyentuh salah satu faktor mustahak.

bila dah makan, dah kenyang, maka orangnya akan bertanya, bagaimana aku bisa memastikan agar nasi sentiasa akan ada.

cuma masalahnya, kekadang orang yang kenyang tidak ambil peduli tentang orang yang lapar, orang yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

maka lahirlah pertembungan kelas, lahirlah gerakan politik.


jadi orang yang cuba nak lari dari analisis ekonomi akan sentiasa berhujah bahwa pergolakan disebabkan agen US, agen yahudi. Menuduh orang lain sebagai punca masalah negara memang senang sekali. Tapi buat kita yang mahu kebenaran, maka kupasan mendalam harus ada.

loko berkata...

kali ini isham betul.

Tanpa Nama berkata...

Quote :
"Kelas Bazaari memerlukan fatwa untuk ‘menghalalkan’ apa sahaja perniagaan mereka - termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai ‘nikah sementara’."

Haiyaa... bro Isham... gua rasa u patot banyakkan lagi researching... biar sedikit tulisan asalkan berkualiti dan ber-authentik.
Hang tak boleh 'assume' ulamak shiah sama macam ulamak kat malaysia ni, yg boleh dijual beli!
Salah anggap tu bro!!!! Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

hmm, bestnya membaca pandangan TT tentang Iran.

Hari hari masyarakat dunia digembar-gembur ngan "iranian unrest", protesters marching the street, macamlah berita utk memburuk-burukkan iran.

hakikat: ahmedinejab menang ngan majoriti 11 juta undi.

persoalan: dapatkah tipu ngan jumlah ini?

iranians patut menentukan apa dasar & masa depan utk mereka sendiri. bukannya ikut telunjuk AS.

P/S: betulkeh dulu abang TT exile di Iran & menjadi consultant masa menjatuhkan shah dulu. hehe...

Tanpa Nama berkata...

...apasal ISHAM ekau teringin nak
berdemo sama dengan dia orang ko, bezanya perjuangan di Iran adalah berdasarkan ugama ekau pula fahaman
sosialis lapuk....kah...kah..kah....,,

Kris Khaira berkata...

Shahiran Shahid Zahri, memang pihak
Ayatollah Khomeini yang hijack revolusion Iran pada 1979. Revolusi itu dipimpin oleh satu mass movement yang terdiri daripada banyak aktivis sosialis dan komunis.

Kebanyakan pemimpin golongan kiri ini kemudian dibunuh, terutamanya pada tahun 1988.
http://en.wikipedia.org/wiki/1988_executions_of_Iranian_political_prisoners

Unknown berkata...

memang betul tt berkiblatkan kumunisma dlm teori nya. amat bahaya kalau kita terima pakai semua pandangan nya. semua bagi nya adalah berkisarkan kebendaan.bagi nya tak ada moral/agama/keikhlasan/marwah.dunia di ciptakan bukan saja berasaskan kebendaan malah lebeh dari itu.kita di cipta untok mengabdikan kpd allah,selain menikmati kehidupan sepuas2 nya,,,,

Unknown berkata...

memang betul tt berkiblatkan kumunisma dlm teori nya. amat bahaya kalau kita terima pakai semua pandangan nya. semua bagi nya adalah berkisarkan kebendaan.bagi nya tak ada moral/agama/keikhlasan/marwah.dunia di ciptakan bukan saja berasaskan kebendaan malah lebeh dari itu.kita di cipta untok mengabdikan kpd allah,selain menikmati kehidupan sepuas2 nya,,,,

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya itulah yg terjadi di iran. hanya org iran saja yg betul2 memahami apa yg terjadi.

samada anda setuju atau tak, kena pergi sana buat analisis sendiri. x boleh bulat2 baca kenyataan penulis2 dlm utusan meloya atau pun berita hairan...

aku lihat analisis kedua2 paper ni x ckup kuat utk kaitkan apa yg terjadi, hanya sekadar menabur kebencian anti-AS je yg banyak.

Tanpa Nama berkata...

TT,

Tak semestinya setiap perjuangan anak muda itu seharusnya perjuagan yang benar dan telus. Walaupun sikap mereka selalu ingin berjuang mereka memerlukan pimpinan dan panduan. Ayatollah Khomeini mewujudkan kepimpinan yang berasaskan Wilayat Faqih dan bukan berasaskan ekonomi ataupun ideologi sekular yang lain. Kerana itu revolusi Islam tahun 1979 berjaya kerana ia berlandaskan kepada hak yang jitu dan berkesan terhadap mereka yang terasa tertekan dan tertindas di bawah Shah Reza Pahlavi. So what if Khomeini hijacked the revolution? Dia telah merubahkan ideologi revolusi itu ke arah sesuatu yang boleh diterima oleh semua iaitu Islam dan Wilayat Faqih, semangat Karbala dan perjuangan Imam Hussein dikembalikan dan identiti rakyat Iran Shiah di martabatkan.

Cob Nobbler berkata...

Aku perhatikan kat sini ramai yang tak tau beza antara sosialis,komunis,atau Stalinist.

Yang lapuk stalinist.

Yang aku gelak lagi tu,ada yang berkata "hidup ni bukan untuk makan je".

Memanglah begitu,hidup ini bukan untuk makan.

Macam kucingsiam cakap,kalau nko tak makan,macam mana nko nak sembahyang?

Cuba yang bercakap tu sembahyang tanpa makan.Sehari belum tentu boleh buat.

Agama tu kepercayaan.Sukati orang nak percaya atau tak.Ada yang percaya Tuhan berkepala gajah,ada yang percaya Tuhan Maha Esa,sukati la.Kenapa nko nak rasa nko betul dan orang lain salah?

Tapi satu je beb,Ahmadinejad ke,Mousavi ke,kedua-duanya politician.Dua-duanya tali barut kapitalis.Cuma sorang borjois nasional,sorang komprador internasionalis.Jadi,kalaulah Presiden Iran tu satu privilage kepada golongan pemerintah/borjois/politician,sesiapa yang pegang pun bagi aku sama je.

mamai berkata...

topic bagus untuk perbinvangan dan pengetahuan cuma ada yang pandang senget pasal artical nie

Tanpa Nama berkata...

Tatoo Che....cool, TT pun suka Che kan? Yang pasti bukan bik mama...hau hau hau hau...nak tengok umno diehard pakai tatoo bik mama!

me,myself n all around da world berkata...

TT,

suatu kupasan dan rumusan yang tersangat baik walaupun sy ada yang tidak bersetuju beberapa point.

Shariati walupun dipenjara di zaman pasca-revolusi, tetapi tidaklah bermaksud ayatullah hijack revolusi itu.

Tanpa Nama berkata...

salam...

apa yg bahayanya jika pandangan isham nie dari sudut komunis... kalu selama nie kita dimomok dek kapitalis.. takde sapa lak yg berbunyi... skrg tokei kaya makin kaya... korang gak yg dok merangkak.. padan la ngan muka korang...

Melayu Komunis

tapak sulaiman berkata...

saya setuju kalau dikatakan dalam dunia sekarang bukannya persaingan antara ras, parti politik tapi dunia akan berubah iaitu persaingan antara kelas. di malaysia pun sama ,kita bersainga untuk cari makan. orang politik hanya berpura-pura bertelagah, tapi dibelakang mereka tetap minum kopi bersama sambil cari makan di parlimen.Borjuis ekonomi tanpa kira ras melayu, cina , india akan lepak bersama di cafe-cafe hotel, di padang golf untuk memastikan kek ekonomi boleh mereka kuasai...yang terus tertindas adalah golongan pekerja yang siang malam bekerja untuk terus mengkayakan kapitalis ini, kapitalis ini tidak akan membantu pekerjanya menjadi kaya..fikir-fikirkanlah..saya rasa tersentuh bila abang isham menulis tentang isu seperti ini... ianya hanya untuk orang yang mahu berfikir

Tanpa Nama berkata...

''iran-satu pandangan" kata bro tukar tiub....bro lu memang pandai ..lu memang bijak ..bab kedunian..lu jangan cite pasal agama(islam)la..nampak sngat lu ni jahil pasal agama..lu cite bab dunia dah le dalm biog lu....

Tanpa Nama berkata...

Ya ya ya ...jgn cite pasal agama sebab kurang pandai ..bila tak pandai diam ..dengar sahaja !

Apa ke punai nya arahan ini ...ini blog dia biar la die nak cakap ape pun ...visitors semua dah besar panjang ..dah mumaiyiz ....

Ker ingat org jubah ..janggut panjang serabut ..tasbih tak lepas tangan jer yg bule cakap pasal agama ...jadik jumud ...dok bersila kat masjid dengar jer ustaz2 kelentong tanpa perbincangan

'Ali 'Ali 'Ali berkata...

Khomeini hijack revolusi? Silap sangat tu, encik Isham.

'Ali Shari'ati memang lebih kiri daripada mana-mana golongan/kelas di Iran pada zamannya, tetapi bila berpeluang jumpa dengan Almarhum Imam tidak sampai 30minit sahaja, maka terurailah kekusutan halatuju perjuangan sosialisnya selama itu. Bersatulah falsafah luar dan dalam Iran melalui bai'ah 'Ali Shari'ati terhadap alMarhum Imam Khomeini. Maka berimamkan Khomeinilah ia hinggakan sahabatnya Sartre mengendeng-ngendeng mau tau apa rahsianya?

Jadi, kembali dalam pengalaman revolusi Islam Iran. Tentang revolusi ini, hampir semua pengamat politik sepakat bahawa Shari’ati telah memainkan peranan yang cukup bermakna sekali, sampaikan sewaktu kemuncak revolusi pada tahun 1978 dan 1979, rata-rata gambar yang menghiasi demostrasi adalah gambar Imam Khomeini dan Ali Shari’ati. Bahkan, Smith Alhadar dalam prakata salah satu buku Muhammad Khatami lebih radikal lagi berkesimpulan bahawa sekiranya Karl Marx masih hidup saat revolusi Islam Iran, tentu ia akan menilai kembali teorinya materialismenya, yang mana teorinya itu mengukuhkan rumus atheis. Ini kerana, Marx tidak pernah percaya bahawa agama dapat menjadi medium pengerak revolusi.


Sungguhpun begitu, kompleksnya pemikirannya Shari’ati tentang Marxisme tidak terlepas dari dikritik oleh rakannya sendiri. Murtadha Muthahhari (1983), yang pernah sama-sama dengan Shari’ati di Husainiyyah Irsyad cuba menunjukkan bahawa konsep pertarungan kelas dalam analisa Islam adalah sesuatu pendekatan pandangan yang lemah. Dalam bukunya, Dar Sarwash Li at-Thiba’ah wa al-Nashir, Muthahhari telah menghuraikan pertarungan kelas bukanlah satu-satunya punca perubahan rakyat, atau revolusi rakyat.


Dengan membawa contoh revolusi yang mendorong pengangkatan Imam Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah keempat, Muthahhari menyatakan pengangkatan Imam Ali hakikatnya bukanlah didasari oleh faktor kelaparan semata-mata. Di sebelah faktor tersebut, terdamping faktor-faktor lain yang turut sama mendorong perubahan tersebut. Latar yang sama juga kita dapat semak menerusi percikan dan kegigihan perjuangan Abu Dharr, Husayn Bin Ali, Hurr, dll, yang mana masing-masing bertarung dengan status quo dengan kemuliaan hasrat yang unggul: semata-mata kerana ingin menegakkan cita-cita agamanya, atau paling kurang kerana ingin mempertahankan hak kebebasannya.

'Ali 'Ali 'Ali berkata...

kepada encik bergelar me,myself n all around da world...

Allahyarham 'Ali Shari'ati syahid di UK pada tahun 1977 dan dikebumikan bersebelahan makam Zaynab al-Kubra.

Jelas sekali beliau telah syahid lebih kurang 2 tahun sebelum revolusi penuh pada 1979.

Macam mana beliau boleh terpenjara pula pasca revolusi? Mana belajar ni? Atau ada Shari'ati lain yg kena penjara?

Kah.. kah.. kah...

Tanpa Nama berkata...

bila baca TT terasa pemikiran segar & muda. gambar-gambar yg TT pakai pun semuanya kool.
inilah yg best ni, warga emas bertatukan Che sedang berdemo..

Tanpa Nama berkata...

hek eleh... pasal tu ler negara2 islam masih kekal sebagai negara mundur n miskin... bila nak bicara soal agama.. tak leh... org2 yg layak jer boleh.. pooorrraahhhh... cam la soal agama nie exclusively belong to certain individual jer... tak leh org cam isham nak share opinion dia... duduk bawak tempurung la korang.... ceehhhh... kalu dia salah.. tegur la... bagi la hujah korang lak... apsal nak larang dia nak cakap lak.... menyampah siot aku.... nyesal aku baca baca blog nie hari nie... tak sangka ada gak manusia yg jumud cam nie... uuuwweeeekkkkk....

Tanpa Nama berkata...

sayang jugak bila tengok orang skang pandang bicara agama dari sudut yang sangat 'terbuka'.

Kalau tak tahu sangat pasal agama jgn la dibincangkan kepada orang lain kelak boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang lain.

Sebab tu dalam Sunnah hanya ada 4 mazhab. Sebab 4 imam tu sahaja yang boleh. dan 4 imam tersebut mempunyai pengetahuan agama yang cukup tinggi dan bukan hanya berpikiran secara logik.

so percayalah. agama bukan satu subjek yang ringan untuk sesiapa sahaja boleh menafsirkannya. sebab tu kita ada guru untuk mengajar pasal agama. kalau belajar sendiri samalah berguru dengan syaitan yang lebih menyesatkan.

- uNCLe Joe

orang kampong berkata...

islam bukan xde dalam sistem ekonomi, politik, sosial.. xyah jadi melayu komunis pun xpe,,jadi melayu islam sudey,,kapitalis atau komunis,,,same je kesudahannya, akhirnya,jadi tamak..tu pasal nabi kita xajar Islam main sedap je,,sume pakai quran..xyah la terikot2 sgt ngan nama2 besar, mao lenin, marx,adam smith, keynes, che, fidel, emmanuel, hegek etc...ah sape2 je lah,diorang buat sistem bukan baik sgt pon..Islam bukan xde ajar berpolitik, urus ekonomi n bersosial..

viva..

aku xsokong sistem perbankan islam..

manusia berkata...

"Sebab tu dalam Sunnah hanya ada 4 mazhab. Sebab 4 imam tu sahaja yang boleh. dan 4 imam tersebut mempunyai pengetahuan agama yang cukup tinggi dan bukan hanya berpikiran secara logik."

mana anda tahu? agama hanya rekaan manusia untuk memperbetulkan jalan golongan yang akan datang.

kepercayaan setiap individu adalah hak setiap individu.jika hari itu 4imam itu pandai berkata kata,hari ini juga ada jutaan insan yang pandai berfikir.

jangan terlalu sempit fikirannya.