ANAK MUDA
AKHIRNYA DUNIA INI
ADALAH MILIK KAMU
AKHIRNYA DUNIA INI
ADALAH MILIK KAMU
tulisan ini muncul di malaysiakini
dua bulan sebelum saya ditahan dibawah isa
saya ditahan pada petang 10/4/2001
ketika itu tulisan saya hanya muncul di malaysiakini
ketika itu belum ada blog
ketika itu belum ada facebook
belum ada myspace
dua tahun kemudian bila saya bebas
blog
myspace
friendster
telah muncul
facebook masih belum wujud
tweeter masih belum wujud
tetapi kurang faham warga malaysia
terhadap apa dia komunis
terhadap falsafah komunis
dan nilai perjuangan komunis
masih menebal songsang hingga ke hari ini
ini kerana sikap malas membaca
ini kerana sikap prasangka
ini kerana budaya berfikir kritikal tidak wujud
ini kerana wujudnya budaya malas berfikir
ini kerana lebih suka mendengar dari membaca
ini kerana lebih suka mengikut dari pemula
ini kerana takut memecah ruyung
kapitalism
neokolonialisma
imperialisma masih wujud
perang di iraq
perang di afghanistan
perang di syria
perang di palestine
dan dan dan....
justeru pandangan kiri
garis kiri
politik kiri
politik progresif kiri
politik revolusiner kiri
adalah satu jalur menentang imperialisma
satu jalur menentang kapitalisma
satu jalur menentang kezaliman
satu jalur melawan kebatilan
satu jalur menegak keadilan
diharapkan sekali lagi
tulisan ini saya keluarkan
agar ianya membawa pencerahan
hendaknya adanya
DUNIA KE TIGA BANGUN MELAWAN
Kenapa saya bukan komunis?
Jika ditanyakan satu perkataan dalam negara kita ini yang paling tidak difahami, selalu disalahertikan dan sering disongsangkan maknanya; maka saya akan menjawab, communist atau komunis.
Satu ketika dahulu, Wilfred Burchett, seorang wartawan Australia, telah dituduh sebagai komunis oleh kerajaan konservatif Australia. Hak kerakyatannya dirampas. Beliau kemudian diberi suaka politik oleh Republik Rakyat Vietnam.
Sebagai wartawan, beliau terus menulis dan memimpin The Guardian Weekly yang diterbitkan di Amerika. Mingguan bebas ini telah menjadi bahan wajib untuk sesiapa saja yang prihatin terhadap perang Vietnam pada 1960-an hingga 1970-an. Anak muda dan siswa dari Melbourne, London, Paris hingga ke Berkeley - semuanya akan cuba membaca akhbar berhaluan kiri ini.
Apabila kerakyatannya dirampas Burchett telah ditanya oleh seorang wartawan: 'Are you a communist?' Tanpa berfikir banyak beliau menjawab 'I am an Australian, mate.'
Ini berlaku dalam suasana Perang Dingin, apabila pertempuran ideologi antara kapitalisme dan sosialisme sedang hebat berjalan. Amerika Syarikat yang mewakili kepentingan kaum pemodal antarabangsa sedang mengancam negara-negara Dunia Ketiga yang baru merdeka atau sedang berjuang menuntut kemerdekaan.
Negara-negara Dunia Ketiga pula dibantu oleh blok Soviet dan China yang menyokong hak rakyat tanah jajahan untuk menentukan nasib mereka sendiri.
Dalam suasana siasah inilah munculnya kesongsangan takrifan makna perkataan komunis itu di dalam negara kita.
Perkataan communist atau komunis berasal dari perkataan Perancis commune. Perkataan ini membawa makna daerah tempat tinggal satu kumpulan manusia. Jika ditukarkan ke bahasa Melayu, istilah itu bermakna mukim atau kampung. Semua warganegara Belgium, Perancis dan Switzerland tinggal dalam sebuah commune yang kemudian menjadi daerah dan akhirnya negara.
Apabila mula sampai ke Belgium, saya tinggal dalam commune Braine-le-Comte. Ini bukan bermakna saya menjadi komunis Braine-le-Comte. Apa yang terjadi ialah saya menjadi sebahagian komuniti dan masyarakat di commune ini.
Makna songsang
Perkataan commune membawa konsep komuniti dan komunikasi - perhubungan sesama insan - secara luas membawa konsep kemasyarakatan. Makna komunis seperti ini sengaja disongsangkan oleh penjajah Inggeris dan diterus digunakan oleh Umno hingga ke hari ini. Inggeris menyongsangkan makna komunis ini untuk terus menjajah Tanah Melayu. Mereka sedar bahawa satu-satunya kuasa yang boleh menumpaskan kuasa penjajah dan imperialis Inggeris di Tanah Melayu ialah kekuatan politik dan ideologi Parti Komunis Malaya.
PKM memang mengangkat senjata untuk membebaskan negara ini daripada terus menjadi tanah jajahan Inggeris. Mereka memang menembak mati musuh mereka - kapitalis dan pemodal - yang menjajah dan memunggah harta kekayaan negara kita. Mereka menjalankan taktik revolusi bersenjata untuk mempertahankan diri dan melawan kekuatan tentera Inggeris dan tentera negara-negara Komanwel.
Bagaimanapun harus disedari bukan semua pejuang dalam PKM itu insan komunis. Dan bukan semua yang mengangkat senjata itu ahli Parti Komunis Malaya. Mereka sebaris bersatu berjuang kerana ingin membebaskan Tanah Melayu.
Penjajah Inggeris yang terdesak telah menjalankan perang saraf yang licik untuk menggambarkan bahawa komunis itu jahat dan ganas, pembunuh dan bandit. Kepada mereka yang mempunyai pegangan agama, komunis ditohmahkan anti-Tuhan dan tidak mempercayai agama.
Hingga ke hari ini, saya lihat takrifan ini masih digunakan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional. Momokan komunis terus digunakan untuk menfitnah musuh-musuh politik Umno.
Kerana Perang Dingin telah selesai, maka menjadi kewajiban intelek saya untuk menerangkan kepada orang ramai apakah sebenarnya insan yang dipanggil komunis. Telah sampai masanya momok komunis itu dihapuskan. Kita sebagai rakyat tidak perlu lagi takut kepada perkataan komunis itu atau mudah ditakut-takutkan dengan momok komunis.
Bagi saya, seorang komunis itu adalah insan yang tinggi inteleknya, luas pembacaan dan luas bidang pemikirannya. Insan komunis adalah seorang internasionalis - berjuang bukan untuk bangsa tetapi untuk seluruh kemanusiaan. Insan komunis menolak kotak-kotak kecil yang memisahkan sesama manusia. Secara tidak sengaja dia dilahirkan di Tanah Melayu, maka kancah perjuangannya di bumi Melayu ini. Jika dia dilahirkan di Berlin maka di Berlin pula dia akan berjuang.
Insan komunis tidak mempunyai sikap dan nilai perkauman. Jika dia seorang lelaki dia akan menghormati wanita bukan sebagai objek seks tetapi sebagai manusia. Insan komunis adalah seorang feminis dan tidak sexist nilai hidupnya. Komunis tidak mempunyai nilai prasangka tanpa penelitian yang rapi. Seorang komunis menghormati budaya-budaya dan cara hidup insan lain.
'Tiga Abdul' bukan komunis
Insan komunis akan melangkah satu kilometer ke hadapan untuk melakukan kebaikan. Insan komunis tidak pernah berundur daripada berfikir, menulis dan bercakap tentang kebenaran. Insan komunis menghormati kepercayaan mereka yang beragama dan juga menghormati kepercayaan mereka yang tidak beragama.
Insan komunis mungkin beragama dan mungkin tidak beragama. Seorang komunis adalah intelek tulen yang mengabadikan hidupnya kepada kebenaran.
Pernah pada tahun 1977, saya ditanya oleh seorang anggota Parti Buruh di Australia, apakah 'Tiga Abdul' yang ditahan di bawah akta ISA itu orang-orang komunis. Jawapan saya cukup senang. Mereka bukan komunis kerana mereka tidak mempunyai nilai-nilai yang setaraf dengan nilai insan komunis. Adalah satu komedi absurd jika 'Tiga Abdul' ini diangkat ke taraf komunis.
Baru-baru ini Siqiu yang membuat rayuan pilihanraya untuk masyarakat Tionghua telah dituduh sebagai komunis. Tuduhan ini adalah salah dan tidak betul. Telah amat jelas bahawa Suqiu bukan komunis - mereka tidak mempunyai nilai-nilai komunis yang unggul, suci dan bersih. Mereka bukan mewakili golongan tertindas - mereka mewakili golongan pemodal pertengahan bangsa Cina. Berdolak-dalik bukan sifat insan komunis. Insan komunis pendiriannya teguh dan tidak pernah bergoncang. Datanglah apa saja, termasuk tali gantung - insan komunis tidak pernah mengundur.
Saya juga selalu ditohmah sebagai seorang sosialis dan komunis. Saya rasa ini adalah satu penghormatan yang terlalu tinggi untuk diri saya. Saya tidak sanggup menerima penghormatan ini. Saya terpaksa menolak kerana saya tidak mempunyai kualiti dan nilai-nilai hidup seorang insan komunis.
Menuduh saya sorang komunis samalah seperti mengangkat martabat saya ke satu tahap insan yang begitu suci.
Seminggu sebelum saya meninggalkan kota London setelah 20 tahun tidak pulang ke Malaysia, saya telah ditanya oleh seorang wartawan wanita Malaysia di kota itu - apakah saya seorang komunis?
Lalu saya menjawab 'saya bukan komunis - saya daripada suku Biduanda dari Jelebu, Negeri Sembilan'.

---------
20 ulasan:
hahaha..Terima kasih untuk pencerahan..hahaha
terharu membaca tulisan ini..
terharu membaca tulisan ini....
Ingatkan semakin tua semakin cerdik.
Semakin bangang jadinya kau ni.
Komunis insan suci? Kepala Bana kau....Marx....Lenin....stalin...Mao tze tung...suci kepala hangguk kau!!!!!!!!!
Definisi sesuatu perkataan bergantung kepada sudut pandangan individu atau kelompok tertentu maknanya tidak sama antara satu sama lain. Sebagai contoh perkataan komunis menurut sudut pandangan(point of view) saudara Isham@tukartiub mempunyai maksud positif tapi bagi pihak lain ianya membawa maksud negatif. Tapi sekarang ni komunis ke sosialis ke atau apa jua ideologi tak penting dan yang penting sekarang adalah semua pihak perlu bersatu untuk menjatuhkan pemerintahan UMNGOK-BeEnd kalau tak negara Malaysia akan mengalami kemusnahan secara berperingkat dan semua pihak sama ada komunis,sosialis,Islamist atau apa saja ideologi akan alami kerugian. Sewaktu perang dunia kedua, Amerika dan Britain memang membenci Soviet Union tetapi demi mencapai matlamat yang sama iaitu untuk mengekang Nazi Jerman dari terus berleluasa, ketiga-tiga kuasa ni ketepikan segala perbezaan dan permusuhan dan berganding bahu untuk mengalahkan Jerman dalam perang tersebut. Sekarang ketepikan sebarang perbezaan utamakan persamaan barulah boleh berjaya.
BARU ADA AKAL SEMUANYA......ibarat mereka yang gelar ko ni komunis tt ialah mereka yang menari tapi tidak tahu mana asal usul tarian dan melody yang ditarikan....aku sudah lama dikomuniskan...dan dari penerangan yang kau huraikan aku juga berpendirian yang sama,aku percaya dengan tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi daripada menjadi penjilat kaki kapitalis untuk hidup...walaupun payah,tapi aku tetap dengan ideologi tulang empat kerat ....aku paling benci dengan bangsa subsidi yang hanya tahu berpeluk tubuh,menanti dan menanti..DEB menyuburkan bangsa subsidi in...mereka telah mati sebelum mati kerana malas untuk mencari yang depan sebab dibelakang mereka penuh dengan perlindungan palsu...syabas tt...kami akan sentiasa menyokongmu.kau bongkar TABOO bohong yang puak puak sial ni jalankan untuk menipu dan menyundalkan pemikiran bangsa malasia ni...kau BONGKAR semuanya....kami dibelakang mu...kapis.
aku dibesarkan melalaui hishammudin rais, article beliau ini adalah pembacaan aku 11 tahun dahulu,
Alahai,..
Bangsa Melayu dibawah ketiak UMNO/BN selepas merdeka boleh diibaratkan seperti orang sudah berumur 55 tahun tapi masih hisap puting - suapan UMNO/BN. Betul tak?
~ Tak malu kan?
Kau guna teknik kominis menipu orang ramai...kah ...kah..kah.
Makcik Felda boleh lah kau kelentong..saluran satu boleh lah kau kelentong..kih..kih..kih
komunis, sosialis & kapitalis ada dlm islam. bezanya setiap 3 nilai2 ini dah melebihi batas.
wether I am or am not a communist is unimportant.
neither is the colour of my skin or the land I'm from.
what is important is that I am Muslim who must strive to be a mu'meen. these are terms whose definitions are far more pressing to b truly understood.
god created us, the world and everything else.he knows how it works n only He knows how we should best govern our affairs.sadly, we do not read or reflect and worship money n intellect which itself are things created by the creator.
there is no ideology that can get us out of this mess other than the way god has decreed.because those ideologies were born from the mind of men, who are flawed n limited in their knowledge no matter how intelligent they can be as no man is perfect
X kira Komunis.sosialis ke jnji x jahat. Klau Islam pun x makna klau Jahat. Sy sokong tt.. Kih.kih.kih
Err.. tanpanama 5 Disember 2012 7:41 PTG,
Hakikatnya, mana ada dalam dunia ini sekarang negara Islam yang maju atau yg tak berkiblatkan sistem kapitalis barat yang berasaskan riba? Kan Rasullullah sendiri telah bersabda bahawa 98.7% (= 72/73) umatnya masuk neraka?
Cuba bagi satu negara atau tokoh Islam yg boleh dibanggakan dewasa ini? Arab Saudi yg dikiblatkankan umat Islam sendiri pun, berkiblat kpd Amerika Syarikat.
Dahlah tu, Arab Saudi langsung tak ikut sunnah nabi - masakan kaum perempuan tak boleh belajar, bekerja, mengundi, bawa kereta dll. sedangkan majikan/boss nabi sendiripun adalah Siti Khadijah.
Dan kalau Allah mahu lelaki & perempuan tidak bercampur ditempat umum, sudah tentu Dia menyuruh mengerjakan haji itu berselang hari - lelaki (Isnin, Rabu, Jumaat..) & perempuan (selasa, Khamis, Sabtu..)..
~ Kalau kita tidak mempersoalkan kepercayaan kita, maka kita akan menjadi tahanannya atau lebih teruk, ekstrimis buta baginya.
TT... tringat gua kisah2 perjuangan lu masa di UM dulu.. majalah kontot mastika dan dian, masih abang gua simpan sebagai bukti sejarah perjuangan melawan pemerintah UMNO oleh mahasiswa2 yang gagah..
masyarakat melayu dulu2 sanggup mati berjuang untuk merdeka.. melayu sekarang cuma mati lalok saja la.. nak turun berdemo pun takut, bukannya ajak pegi berperang pun..
bagi macam itu imam/ulama muda lu tt olang bodoh kah kah kah bikin fuckwa-fuckwi pasat dr sam, lord reid, churchill yg dia puja!!!
Di Malaysia malah di seluruh dunia sekalipun, pejuang2 yg ikhlas sering dicop sebagai komunis
atau sosialis semata-mata untuk memburuk-burukkan pejuang tersebut.
Di hadapan makcik-pakcik Felda, merka tuduh pejuang itu pejuang
ini sebagai komunis, kononnya tiada agama dan ganas, padahal yang bercakap itu (pihak reaksionari) berkali2 ganda lebih jahat.
Sudahlah jahat, berlakon baik pula.
Hakikatnya anggota-anggota sosialis dan komunis lebih ikhlas dan jujur dalam memperjuangkan nasib rakyat yg ditindas oleh reaksionari
berbanding golongan kapitalis reaksionari yg berlakon baik di depan makcik pakcik felda. Mereka sanggup meredah sampai ke dalam
estet-estet getah untuk menolong kaum pekerja yang ditindas oleh syarikat-syarikat asing, masuk keluar penjara, angkat senjata lawan penjajah andai terpaksa. Bahkan ada yang dihukum mati. Tidak seperti pemimpin-pemimpin UMNO, perut buncit, minum arak, bergunjingan dengan tuan penjajah Inggeris, tidak pernah merasa perit maung berjuang, kemudian mereka mendakwa mereka pejuang kemerdekaan.
Kepada ahli-ahli UMNO yang masih tidak sedar lagi, kalaulah PKM tidak mengangkat senjata melawan British, British tidak akan terpaksa memberi kemerdekaan kepada Malaya. Oleh Sebab British takut Malaya jatuh ke tangan komunis yang akan membahayakan perniagaan bijih
timah dan getah di Malaya (yang kebanyakannya dikuasai pemodal dan syarikat British), British terpaksa memberi kemerdekaan awal dengan
menjadikan UMNO sebagai proksi mereka di Malaya. Kalaulah PKM tidak mengangkat senjata, dan UMNO masih mencacai British secara aman,
jangan mimpi British akan memberi kemerdekaan awal kepada Malaya.
Selain itu, kepada orang-orang UMNO yang masih mengagungkan kemajuan ekonomi dan sosial di Britain, tidakkah mereka tahu bahawa model
ekonomi negara kebajikan yang dibawa oleh Britain itu dilaksanakan oleh Parti Buruh yang berhaluan sosial demokrat dan bukannya dilaksanakan oleh Parti Konservatif yang berhaluan kanan. Aliran sosial demokrat itu adalah berasal dari goongan sosialis sederhana yang mengambil dasar pragmatik dalam melindungi hak-hak kaum pekerja.
Sebenarnya, kemunculan dan perkembangan aliran sosial demokrat dalam politik Britain adalah berpunca dari dasar kerajaan Britain yang terpaksa bertolak ansur terhadap tuntutan golongan pekerja dan kestuan sekerja agar kebajikan mereka dipelihara di samping menentang penindasan golongan kapitalis.
Kerajaan Britain terpaksa membenarkan golongan sosial demokrat bertanding dalam pilihanraya kerana mereka bimbang akan pengaruh Kesatuan Soviet dan negara-negara Blok Timur yang begitu agresif menentang penindasan kaum kapitalis dan imperialis semasa era Perang Dingin. Seandainya para pekerja di Britain tiada pilihan dalam membela nasib mereka disebabkan polisi anti-pekerja yang dilaksanakan Britain sejak Revolusi Perindustrian, mereka akan berkiblat kepada Kesatuan Soviet dari segi ideologi dan mereka akan mengancam kuasa kaum pemerintah dan pemodal di Britain. Oleh sebab itu, mereka terpaksa berkompromi dengan membenarkan golongan sosialis sederhana/sosialis demokrat di bawah nama Parti Buruh bertanding dalam pilihanraya dan menjalankan polisi negara kebajikan.
Demikianlah jasa-jasa gerakan sosialis dalam membentuk strukstur ekonomi dan sosial berteraskan kebajikan di Britain. Kerana itu di
Britain, rumah-rumah sewa dibayar oleh majlis bandaran, para penganggur diberi bantuan kebajikan bulanan, bahkan tukang cuci di
Britain dikatakan memperoleh gaji sekitar 400 pound sterling seminggu! Adakah British akan melaksanakan polisi-polisi ini seandainya tiada ancaman anti-kapitalis dari Kesatuan Soviet?
Oleh itu, janganlah ada sesiapa lagi yang menuduh pejuang-pejuang yang ikhlas sebagai komunis atau sosialis setelah memberi gambaran
yang buruk terhadap sosialis dan komunis. Hal ini kerana, tanpa disedari gerakan-gerakan kiri ini telah menjadi 'palam pencucuh' yang
menggertak para reaksionari agar tidak menjadi terlalu angkuh menindas golongan massa.
Biasalah tu TT. Bila kita berjuang, kita sering dituduh dengan banyak tuduhan jahat dan dilabel dengan label-label yang buruk. Puak-puak kapitalis dan freeloader mana boleh senang duduk bila ada golongan progresif, sosialis, dan komunis yang mengacau kepentingan mereka. Pastu, diorg akan label kumpulan sosialis sebagai takde agama, ganas, rampas harta rakyat, dsb. Padahal kita tak ganas kat rakyat, kita ganas kat kapitalis je, kita tak rampas harta org, kita cuma paksa secara wajar agar harta dan segala khazanah kekayaan dalam negara dikongsi bersama rakyat.
TT, pada 1 disember 2012, saya dengar ceramah kat masjid saya yang disampaikan oleh seorang penceramah yang merupakan seorang anggota dewan ulama PAS sebuah negeri (taknak bagitau nama). Dlm ceramahnya, dia kata sesungguhnya setiap rezeki ialah dari Allah, Allah yang beri, bukan manusia. Contohnya, kalau kita seorang pekerja yg dpt gaji dari bos, bukan bos yang bagi rezeki kat kita, tapi bos tu hanya kuli Allah yang diamanahkan untuk edarkan dan bagi rezeki Allah kepada kita sebagai pekerja.
Ertinya, ia secara tidak langsung menyatakan bahawa harta ini bukan milikan mutlak orang-orang kaya, atau bos-bos. Bos- bos itu hanya kuli Allah untuk edar rezekinya secara adil kepada pekerjanya. Jadi dakwaan kapitalis bahawa mereka ditakdirkan kaya, dan pekerja ditakdirkan merempat, serta menyatakan bahawa kekayaan yang mereka perolehi adalah milik mutlak mereka adalah dakwaan yang salah di sisi Islam!!! Mereka hanya memegang amanah Allah untuk memimpin orang bawahannya (pekerja) untuk mencari rezeki dan mengedarkan hasil rezeki yang diperolehi secara adil kepada para pekerja dan mereka tidak berhak untuk membolot harta negara dan harta syarikat sesuka hati sehingga menjejaskan kebajikan pekerja dan rakyatnya.
Sebab itu, bagi saya, ini hujah terkuat untuk kaum pekerja dalam menuntut hak mereka dari kaum kapitalis dan kapitalis tak payah nak kata mereka kaya mutlak dengan usaha mereka sendiri.
Kesimpulannya, persetan dengan propaganda mereka. Kaum kapitalis bukannya baik sgt pun. Bukannya rajin mana pun. Berapa ramai taikun2 Malaysia yang terjebak dengan hutang yang banyak berbilion2 macam Syed mokhtar al-bukhary, Vincent tan, Ananda Krishnan, dsb. Itukah dikatakan rajin? Kalau rajin, perniagaan akan untung lebih dan hutang hampir tiada. Kalau ada hutang pun, hutang akan dibayar secara konsisten tahun demi tahun.
Rakyat sekarang dah cerdik dah, tak layan propaganda UMNO dan para kapitalis. Mereka boleh menilai sendiri dengan bijak. Orang sosialis lebih jujur dari kapitalis. Senyum.
carilah fakta sejarah ini,
bahawa org2 inggeris itupun tak tentulagi pegangan dan agamanya,
apakah agama henry gurney, bekas setiausaha negara di palestin yg bertanggungjawab menelorkan israel di tanah arab?
tahukah bani melayu ada di antara hakim2 suruhanjaya reid pembuat perlembagaan itu pegangannya atheist-tak percaya tuhan.
tapi kenapa balik2 komunis juga yg kena
bacalah cari dan kaji, jgn suka mendengar jer, gelap hati kalau asik dongar sabda nabi bani melayu, eee naina kari
The most iconic COMME. Go find
Che part 1 and 2 and
The motocycle Diaries (Che's younger days- before he decide to fight capitalist)
Everyone pls go download or buy
Catat Ulasan