Sabtu, 23 April 2016

AL-FATIHAH







AL-FATIHAH

Ayah Pin meninggal dunia malam tadi

Arifin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin yang pernah menggemparkan negara dengan mengamalkan ajaran sesat 'kerajaan langit' meninggal dunia malam tadi.

Arifin, 74, meninggal dunia di rumah isteri ketiganya, Che Jaharah Awang, di Kampung Batu 13, Hulu Besut pada kira-kira jam 8.30 malam tadi kerana sakit tua.



---------------

1 ulasan:

UNCLE RAMLI berkata...

Arwah Ayah Pin boleh dikira sebagai seorang sosok manusia tempatan yg saya andaikan tidak mempunyai pendidikan formal tetapi mempunyai karisma dalam membentuk aura'cult' atau kultus penuh dengan daya2 misteri lagi mistik yg mana sebahagian masyarakat yg tidak mempunyai prinsip2 atau pegangan hidup mudah saja boleh terpengaruh apa lagi jika dia boleh melakukan sesuatu yg luar biasa. Perkampungan dan tempat mereka mencari satu bentuk rohaniah agak kelihatan kreatif dan cantik. Ayah Pin tidak sesekali menganjurkan apa saja bentuk kekerasan namun pemerintah risau perjuangannya boleh mengusik aqidah sebahagian orang yg berpegang pada agama arus perdana lalu terus menjalankan operasi merosakkan program Ayah Pin lantas dengan tindakan itu menjelaskan bahawa pemerintah tidak menggalakkan kebebasan membina apa jua 'agama' yg boleh mempengaruhi mereka yg telah mengamalkan agama arus perdana.
Yang hairannya kenapa Tuhannya dari 'kerajaan langit' membisu dan tak ambil pot apabila pengikut2nya termasuk Ayah Pin tidak dibela langsung apabila gerakannya dijenteratolak sehinggalah dia pun mati sakit tua dan mungkin dengan penuh kecewa.