BAIK
FACE BOOK
MENGENAI UJANG, NYLA & LES CAPAQUE
Sebelum ini, saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai isu kartunis Ujang, Nyla (Tunku Maziah) dan Les Copaque, kerana terus terang saya tidak mengetahui isu ini secara mendalam.
Tetapi ramai meminta saya memberi komen sebagai seorang kartunis senior. Saya cuba menghubungi Ujang sejak semalam, tetapi gagal dan saya tidak ada hubungan dengan Tunku Maziah dan Les Copaque. Setakat kefahaman saya dari jauh, Les Copaque telah melantik Nyla untuk menerbitkan majalah Upin & Ipin secara bulanan sejak tahun 2010.
Dan Nyla melantik Ujang sebagai penasihat untuk majalah tersebut. Dan baru-baru ini, melalui facebooknya Ujang telah menyiarkan print screen sms dari Tengku Maziah yang menamatkan perkhidmatannya sebagai penasihat secara mengejut. Nyla mendakwa, perkara ini telah dimaklumkan kepada Ujang sejak Februari lepas.
Dari senario ini, dari segi kontrak, ia hanya melibatkan Nyla dan Ujang dan pihak Les Copaque boleh dikatakan tidak terlibat, walau pun ada dakwaan bahawa syarikat tersebut memberi tekanan kepada Nyla untuk memberhentikan Ujang. Dan saya rasa tidak salah bagi Nyla untuk menamatkan kontrak Ujang. Saya lihat isu ini sebagai kaedah pemberhentian yang mendadak. Saya percaya ia dapat diselesaikan jika kaedah penamatan kontrak dibuat dengan lebih bijak.
Saya cadangkan supaya Tunku Maziah dan Ujang berbincang semula supaya satu jalan penyelesaian kontrak ini dapat dicapai mengambil kira jasa Ujang dalam mebangunkan majalah tersebut sejak mula. Ini hanya cadangan dari saya, bukan berniat untuk masuk campur dan boleh diabaikan jika ia tidak membantu. Sebagai kartunis, saya bersimpati dengan Ujang yang menghadapi berbagai isu dengan syarikat-syarikat pernigaan dan ingin berpesan supaya dia tidak berputus asa melukis
---------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan