Isnin, 2 Mac 2026

PANGKALAN LAUT AMERIKA DIHANTAM


PANGKALAN LAUT

AMERIKA DI BAHRAIN

DI HANTAM

KHALAS

SELAT HORMUZ SENJATA IRAN


SELAT HORMUZ

SENJATA IRAN

AMIN

TUTUP

SELAT HORMUZ

DUNIA KAPITALIS

AKAN GOYANG

KHALAS


Mengapa Selat Hormuz sangat penting dalam perang dengan Iran

LONDON: Kira-kira 150 kapal tangki minyak dilaporkan telah berlabuh di perairan terbuka Teluk di kedua-dua sisi Selat Hormuz, laluan perdagangan penting dunia di sempadan selatan Iran.

Situasi ini mencetuskan kebimbangan bahawa laluan perairan itu boleh disekat, yang berpotensi menyebabkan kenaikan ketara harga minyak.

Apakah Selat Hormuz?

Asia Barat ialah rantau pengeluar minyak utama dunia, dan laluan perairannya merupakan saluran penting perdagangan maritim.

Perkara ini amat benar bagi Selat Hormuz, yang mengendalikan satu perlima perdagangan minyak dunia — kira-kira 21 juta tong sehari.

Selat ini ialah laluan sempit yang menghubungkan Teluk Parsi ke Teluk Oman, seterusnya ke Laut Arab dan Lautan Hindi.

Ia sepanjang kira-kira 100 batu dan hanya 24 batu lebar di bahagian paling sempit, bersempadan dengan Iran di utara serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman di selatan.

Negara-negara di seberang Teluk Parsi berhadapan Iran — termasuk UAE, Kuwait, Bahrain dan Qatar — menghasilkan sebahagian besar minyak dunia.

Namun, selat berkenaan merupakan satu-satunya laluan bagi kapal tangki yang membawa minyak mereka untuk sampai ke pasaran global, menjadikannya antara "titik sempit" (choke point) paling strategik dalam perdagangan dunia.

Sekatan di selat itu boleh menolak harga minyak melebihi AS$100 setong, menurut penganalisis Goldman Sachs sebelum ini.

Pada Jumaat, harga berada di bawah AS$70 setong. Menurut Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), kadar inflasi di negara maju meningkat kira-kira 0.4 mata peratusan bagi setiap kenaikan 10 paratus harga minyak dunia.

Bagaimana Iran boleh menutup Selat Hormuz?

Penganalisis berkata, terdapat pelbagai cara Iran boleh cuba menyekat akses ke selat tersebut.

Iran telah membangunkan "pelbagai keupayaan yang besar", termasuk periuk api laut, bot serangan pantas, kapal selam, dron dan sistem peluru berpandu, kata Nick Childs, pakar keselamatan maritim di International Institute for Strategic Studies.

Beliau berkata, jika digunakan dalam kempen menyeluruh, keupayaan itu boleh menyebabkan gangguan besar serta membahayakan unit tentera laut Amerika Syarikat (AS) dan negara lain, termasuk kapal penyahaktif periuk api yang cuba memastikan laluan perairan itu kekal terbuka.

Terdapat juga kemungkinan bahawa Iran tidak menutup selat sepenuhnya, sebaliknya melancarkan kempen gangguan yang lebih bersasar terhadap kapal tertentu — mungkin kapal Israel, AS atau negara Barat lain.

Namun, langkah menutup laluan itu secara penuh dianggap tindakan melampau bagi Iran, memandangkan ia boleh menimbulkan kemarahan pelanggan utamanya, China, serta Qatar dan UAE — dua lagi negara pengeluar minyak utama. - Agensi

NEGARA ARAB JADI BARUA ISRAEL


NEGARA ARAB

BELOT JADI

BARUA ISRAEL

KHALAS


Unknown commented on 
"IKUTI SOSOK INI"

perasan tak yang ramai orang melayu bagi emoji ketawa bila iran serang base us dekat negara arab.. kenyataan dari negara arab pun dapat emoji ketawa dari rakyat melayu..

mana nak jumpa "bangsa rasis" macam ni...

kah kah kah...

JANGAN SILAP BACA


BRO

LU SILAP BACA

AMIN

LIHAT INI 

MALAM KEMARIN

DI TEL AVIV

KHALAS

Unknown commented on 
"IKUTI SOSOK INI"
Amerika Israel serang Iran, orang serang UAE, Dubai kah kah kah, nampak sangat poyo woit kah kah kah, serang lah Israel, serang lah Amerika kah kah kah poyo poyo teramat poyo woit

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SENIN 2 MAC 2026

PUASA HARI KE 12

PERANG HARI KE 3


HARAPAN TRUMP
Trump harap  perang ini tak lebih dari satu minggu. Dari maklumat yang bocor ke media Trump merancang perang ini akan selesai DALAM MASA  4 hari dah tak lebih dari dua minggu.

Ini kerana jika lebih dari dua minggu maka ISRAEL AKAN PUPUS – Tambah pula  BOM BESAR AMERIKA AKAN HABIS-  Stok bom Amerika dah kecut kerana 4 tahun membekal senjata untuk Perang Ukraine.

Malah PANGLIMA BESAR AMERIKA tak setuju  melancar perang ini kerana jika berpanjangan ke 3 bulan maka Amerika akan kehabisan peluru.

JUSTERU dari segi strategi – Amerika dan Israel dengan gila-gila akan bom Iran – Tapi untuk TUKAR KERAJAAN MUSTAHIL - Nak tukar kerajaan soldadu Amerika wajib masuk ke Iran.

Bom aka musnah kota dan bandar tapi PROJEK TUKAR KERAJAAN mustahil boleh berjaya hanya  dengan bom.

Paling PERIT pasti Isreal – negara kecil dan padat- Peluru berpandu dan drone Iran masuk menyerang – banyak yang gagal tapi YANG BERJAYA AKAN MEMUSNAHKAN ISREAL.

Peluru berpandu Iran telah perlu semua berjaya – 10% saja berjaya  masuk meledak – Israel akan  hancur – ini kerana negara ini padat.

Dalam masa yang sama di laporkan China dan Rusia membantu Iran dari segi teknologi  terkini.  Senjata  dan pesawat juga di lapor telah lama di hantar oleh Rusia.

SELAT HORMUZ
Jika selat ini ditutup maka ekonomi dunia jadi kacau. NAK TUTUP MUDAH – Pasang bom jangka – pasang bom pelampung – maka kapal minyak tidak akan berani masuk.

HARI INI DI BERITAKAN  syarikat INSURAN telah enggan menjual insurans kepada kapal minyak yang akan ke Telok Parsi.

HARGA MINYAK – Pagi ini 2 Mac harga minyak dah naik 7% dari dua hari dulu – Satu tong kini berharga $72.02 dolar.  Kalau perang berlanjutan mungkin cecah $150 dolar.

Petronas laba jual minyak – minyak kita  minyak jenis untuk kapal terbang – jadi bahan eksport. Untuk  kereta  kita  kena beli – EKONOMI kita akan parah – kerana ada subsidi.

MAUT DAN MATI
Pagi ini Trump buat kenyataan :  warga Amerika wajib menerima hakikat bahawa akan ada  soldadu Amerika mati.  Berita melapor dah ada   soldadu dah mati kemarin dan 5 cedera – di mana TAK JELAS.

TRUMP TERUS MENGGERTAK DAN MENGANCAM – kah kah kah – IRAN TAK AMBIL POT.  Perang di teruskan. Amin

HOKKIEN
Pagi ini cerah sejuk segar. Matahari dah keluar tapi cahaya tak bersinar. Langit biru bercapuk-capuk dengan awan putih. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Di Bukit Kanan TUK TUK TUK – di Bukit Kiri How Wow bersuara. Di tengah jalan Cengkerik bersimponi.

Tiga Abang Potong Rumput sedang bekerja. Gua tercium  bau rumput baru dipotong. Ini kawasan rumput panjang tempat  gua terlihat  ratusan Pipit cari rezeki.  Tiga bulan lagi baru rumput ini panjang.

Wow – semua datang berkejar – Pagi ini  makan spesial – banyak tulang dan kaki ayam – lebih dari sup gua.  Semua datang makan.

Gua lihat bahu  Siti ada luka – apa terjadi ?

Berjalan pulang dan sampai kembali ke Wakaf Pertama – KOSONG – saekor pun tak ada. Hanya Tiong Suami isteri menunggu – gua tabur Friskies untuk Tiong. Gua rasa semua dah kenyang – lalu tak perlu Friskies.

Hari ini pasti panas macam kemarin. Gua harap petang akan redup bantu Bazar Ramadan. Malam sejuk santai. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SENIN

BRO
Lu nak tahu keindahan alam – lu masuk hutan belantara – lu akan terpegun betapa indahnya bumi dan alam kita ini.

BRO
Jangan rosakkan alam dan bumi ini. Kita hanya ada satu bumi.

BRO
Bila lu tebang pokok itu – lu menghancurkan satu kehidupan. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEPUASA
SELAMAT BEKERJA