Ahad, 1 Mac 2026

IKUTI SOSOK INI


SEBENARNYA  

RAMAI ORANG BAIK

DI AMERIKA

SCOTT RITTER

SALAH SEORANG

AMIN  

MASA PERANG IRAQ
SEBAGAI PEGAWAI TENTERA AMERIKA 
SCOTT BERTUGAS DIBAWAH PBB 
UNTUK SIASAT SENJATA SADAM
SCOTT BERI LAPORAN
TIDAK ADA WMD
AMIN
TAPI BUSH TAK AMBIL PEDULI
HARI INI 
SCOTT ADALAH SUARA BEKAS SOLDADU 
YANG RASIONAL
AMIN
SILA TONTON VIDEO INI
SAMPAI HABIS
LU KAN JADI SEBAK
AMIN

BERITA BAIK UNTUK PETRONAS - BERITA TAKUT UNTUK KAPITALIS


BERITA BAIK

UNTUK PETRONAS

AMIN

BERITA TAKUT

UNTUK KAPITALIS

GLOBAL

KHALAS

JO LO DAN FARSHASH


NAJIB BIN RAZAK

ADA JO LO

ANWAR 

BIN IBRAHIM

ADA FARHASH

KHALAS

PARTI PAS MAKIN DI YAKINI RAKYAT


PAS MAKIN

DIYAKINI UNTUK

MEMIMPIN NEGARA

AMIN

PAS WAJIB

KE GARIS TENGAH

AMIN

KEMPEN

JAGA EKONOMI

JAGA RUMAH

JAGA SEKOLAH

JAGA HOSPITAL

BUKAN JAGA

BURIT & KOTE

RAKYAT

KHALAS


Samsuri: PAS perlu keluar kepompong ‘politik kampung’

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baru dilantik, Ahmad Samsuri Mokhtar memberi jaminan bahawa PAS telah menetapkan strategi jelas untuk menyantuni masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada rancangan parti berkenaan untuk memainkan "peranan lebih menonjol" dalam pembinaan negara.

Samsuri yang juga naib presiden PAS berkata, dia menyedari bahawa parti itu perlu melakukan refleksi diri terhadap cara kerja dan pendekatannya dengan pelbagai segmen masyarakat. Tegasnya, langkah sedemikian perlu bagi membuktikan keupayaan parti itu secara terbuka.

“Kita tak boleh bertanding di peringkat kampung saja, kena keluarlah sama ada di peringkat negeri, persekutuan, mahupun antarabangsa,” katanya.

Dia berkata demikian selaku wakil pembangkang pertama yang dijemput dalam siaran audio siar (podcast) ‘Lebih Masa’ kendalian Ahli Parlimen PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Tentulah kita ada perancangan dan ada strategi yang jelas bagaimana untuk kita mendepani masyarakat pelbagai kaum yang sangat kompleks yang ada pada hari ini, termasuk di Sabah dan Sarawak.”

Parti pelampau

Secara tradisinya, PAS meraih sokongan paling kuat daripada pengundi Melayu-Islam, manakala golongan bukan Islam sering dilihat bimbang dengan identiti PAS sebagai parti pelampau.

Walaupun PAS pernah melakukan usaha mendekati golongan itu sebelum ini — termasuk membentuk dewan penyokong bukan Islam dan meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya — kebimbangan berkala sering muncul membabitkan isu peraturan di negeri-negeri pimpinan PAS.

Merujuk kepada kejayaan PAS memenangi 43 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum 2022 — pencapaian tertinggi dalam sejarah tujuh dekad parti itu — Samsuri berkata kemenangan itu mengukuhkan keyakinan PAS untuk memainkan peranan utama dalam mencorak hala tuju negara.

Bagaimanapun, dia mengakui wujud kelemahan dalam PN yang memerlukan penambahbaikan bagi membentuk pembangkang yang efektif, "bermanfaat dan mempunyai substansi".

Tekanan dan intimidasi

Walaupun menteri besar Terengganu itu tidak memperincikan kelemahan yang melanda PN, dia au menekankan bahawa "tekanan" yang dihadapi oleh ahli Parlimen pembangkang adalah bukan kecil.

“Kita dapati bahawa tekanan yang diberikan kepada ahli-ahli parlimen daripada pembangkang ini tidak sedikit, (tekanan) yang dialami oleh ahli-ahli parlimen secara personal, secara parti dan juga wujudnya tekanan dari segi medsos masing-masing - kena panggil kena macam-macam, intimidasi-intimidasi ini yang memberi keperitan kepada ahli-ahli parlimen dan saya rasa yalah, benda ni tak patut berlaku.

“Kalau kita nak bertanding nak berlawan main bola kita nak berlawan di padang yang rata, betul tak… jadi barulah adil,” katanya.

Justeru, dia menegaskan perkara itu adalah antara isu yang ingin diperhalusi dalam PN bagi meningkatkan peranan mereka sebagai pembangkang dan "alternatif yang baik kepada kerajaan pada masa hadapan."

Zero sum games

Ketika disoal oleh Nik Nazmi sama ada dia setuju bahawa politik Malaysia yang menang, menang semua atau zero sum games, Samsuri menyatakan persetujuannya.

“Ya, kita tengok contohnya orang kadang-kadang takut melepaskan jawatan nombor satu ini, sebab bila (dipegang) jawatan nombor satu, dia kawal semua instrumen kerajaan, dan bila dia (lepaskan jawatan) nanti dia akan jadi mangsa ditangkap dan sebagainya,” katanya.

Samsuri seterusnya berhujah bahawa buat masa ini dan pada masa hadapan, landskap politik tempatan memerlukan "fasa" dengan kuasa tidak terlalu berpusat kepada hanya satu susuk individu.

Majlis Tertinggi PN melantik Samsuri sebagai pengerusi baharu gabungan pembangkang itu pada 22 Feb, susulan tindakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengosongkan jawatan tersebut berkuat kuasa 1 Jan lalu.

ROSMAH MASUK JIL UNTUK KURUSKAN BADAN

KEPUTASAN 

HAKIM

KAH KAH KAH

ZIZIE DNAA

GUAN ENG

DNAA

AMIN

SAMAN WAYTHA

BUANG KES

KAH KAH KAH

SAMAN NAJIB

BUANG KES

KAH KAH KAH

HANYA ROSMAH

MASUK PENJARA

UNTUK KURUSKAN

BADAN

KHALAS


Kes Najib, Rosmah, Guan Eng, Waytha Moorthy dan Zizie Izette minggu depan

KUALA LUMPUR – Beberapa kes berprofil tinggi dijadual didengar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan di Istana Kehakiman, Putrajaya sepanjang minggu depan.

Pagi esok, di Mahkamah Tinggi di sini, Hakim Alice Loke Yee Ching akan mendengar permohonan Anwar  bin Ibrahim untuk membatalkan saman pemula seorang bekas menteri yang mencabar keabsahan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Tambun.

Saman pemula itu difailkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy bagi mendapat perisytiharan bahawa pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022 sebagai tidak berperlembagaan, terbatal dan tidah sah.

Pada 10 Oktober tahun lalu, Anwar bin Ibbrahim, 78, memohon membatalkan saman pemula tersebut atas alasan tindakan itu melanggar pelbagai prosedur perlembagaan dan berkanun lain.

Sementara itu, pada pukul 2 petang, Mahkamah Tinggi berlainan akan menyambung perbicaraan kes saman SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd terhadap  Najib Razak bagi mendapatkan kembali RM42 juta yang didakwa diseleweng daripada akaun syarikat induk itu.

Pada 11 Februari lalu, Hakim  Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan mendengar keterangan Mejar Jeneral (B),  Jamil Khir Baharom.

Dalam keterangannya, saksi berkenaan berkata, keluarga diraja Arab Saudi berhasrat memberikan sumbangan dana menerusi akaun peribadi bekas Perdana Menteri bagi melancarkan perjalanan politik bekas Perdana Menteri pada 16 tahun lalu.

Ujar Jamil Khir, Almarhum Raja Abdullah memaklumkan sendiri kepada bekas Perdana Menteri dalam satu pertemuan tidak rasmi di istana baginda di Riyadh pada 11 Januari 2010.

Lim Guan Eng
Sementara itu pada Selasa ini, Mahkamah Sesyen di sini menyambung perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang dihadapi bekas Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Minggu lalu, Hakim Azura Alwi mendengar keterangan ahli perniagaan  G. Gnanaraja yang menegaskan, beg mengandungi wang RM1 juta diserahkan kepada Guan Eng di Publika namun tidak mengingati lokasi yang tepat.

Dalam pada itu, pada Selasa juga, Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar rayuan akhir Rosmah Mansor untuk menyingkirkan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan yang memutuskan kes rasuah projek solar hibrid terhadapnya.

Prosiding yang sepatutnya didengar minggu lalu ditangguhkan selepas isteri bekas Perdana Menteri mengalami kecederaan di tangan dan lutut akibat terjatuh.

Rayuan itu akan didengar oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Nordin Hassan yang bersidang bersama-sama Datuk Che Ruzima Ghazali dan Datuk Azimah Omar.

Mohamed Zaini (kini Hakim Mahkamah Rayuan) sebelum ini, menjatuhkan Rosmah, 75, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta atas tiga pertuduhan rasuah bernilai RM1.25 billion.

Pada Khamis pula, Mahkamah Sesyen di sini menetapkan prosiding kes balu Allahyarham Bung Moktar Radin, Zizie Izette A Samad yang menghadapi tiga pertuduhan subahat rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Pada 24 Disember tahun lalu, Zizie Izette memfailkan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya tiga pertuduhan bersubahat itu digugurkan.

Difahamkan, Zizie Izette, 48, membuat permohonan berkenaan tiga minggu selepas kematian Bung Moktar. –


JERUT AMERIKA PERANG JANGKA PANJANG


TRUMP MAHU

PERANG PENDEK

JIKA LEBIH DARI

DUA MINGGU 

ISRAEL LUPUS

AMIN

PERANG JANGKA

PANJANG

A LA  VIETNAM

AMERIKA LUNGKUP

KHALAS

PEMIMPIN BARU DI IRAN


PATAH TUMBUH

HILANG BERGANTI

AMIN

SEMUA TELAH

DIATUR SATELAH

MELIHAT

MADURO KENA

CULIK

AMIN

PERANG TERUS

LAWAN ISRAEL

LAWAN AMERIKA

AMIN

KHALAS





Iran tubuh majlis 3 anggota urus peralihan kuasa selepas pembunuhan Khamenei



TEHRAN: Iran umum penubuhan majlis khas dianggotai Presiden, Masoud Pezeshkian; ketua badan kehakiman dan seorang ulama Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) bagi memantau peralihan kuasa susulan kematian Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.

Majlis itu ditubuhkan bagi memastikan pentadbiran negara terus berjalan sementara proses melantik pemimpin agung baharu dimulakan mengikut peruntukan undang-undang tertinggi negara, lapor BBC.

Dalam masa sama, Majlis Pakar Kepimpinan yang dianggotai golongan ulama kini memikul tanggungjawab penting untuk memilih pengganti Khamenei sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Namun, usaha menghimpunkan ahli majlis berkenaan dijangka berdepan cabaran keselamatan berikutan Iran sedang berada di bawah serangan ketenteraan hebat oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Risiko serangan udara yang masih berlaku di beberapa wilayah utama menyebabkan keselamatan ahli Majlis menjadi keutamaan.

Sejarah mencatatkan bahawa Khamenei dilantik memegang jawatan itu pada hari sama pengasas Republik Islam, Ayatollah Ruhollah Khomeini meninggal dunia, bagi mengelakkan kekosongan kuasa.

Bagaimanapun, keadaan semasa yang dibayangi konflik bersenjata serta kerosakan infrastruktur awam dan strategik dilaporkan merumitkan prosedur peralihan kali ini.

Setakat ini, pihak berkuasa Tehran belum mendedahkan lokasi atau garis masa rasmi bagi mesyuarat Majlis Pakar atas faktor kerahsiaan dan keselamatan negara.

Dalam pada itu, Iran mengisytiharkan tempoh berkabung awam selama 40 hari susulan pembunuhan Khamenei, menurut pengumuman media kerajaan pada Ahad.

Media rasmi melaporkan tempoh berkabung itu akan disertai dengan upacara penghormatan di seluruh negara, termasuk majlis doa, perhimpunan awam dan penghormatan rasmi oleh pemimpin politik serta ketenteraan.

Sepanjang tempoh itu, bendera negara akan dikibarkan separuh tiang di bangunan kerajaan, manakala program rasmi dan acara tertentu dijangka ditangguhkan sebagai tanda penghormatan kepada pemimpin tertinggi berkenaan.

Pengumuman itu dibuat selepas media kerajaan Iran mengesahkan Khamenei terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan politik dalaman negara itu.

Khamenei memegang jawatan Pemimpin Tertinggi sejak 1989 dan adalah tokoh paling berkuasa dalam sistem pemerintahan Iran, dengan pengaruh langsung terhadap dasar politik, keselamatan dan ketenteraan negara itu. - AGENSI




PETANG INI


PETANG INI

HARI INI
CUACA PANAS HINGGA KE PETANG
PAK CIK DAN KAKAK
DI BAZAR RAMADAN PASTI GUMBIRA
PERNIAGAAN RANCAK
MENUAI LUMAYAN

GUA RASA PETANG INI
AGAK LETIH SEDIKIT
MALAM KEMARIN LAMBAT TIDO
HAMPIR JAM TIGA
BUAT FLYER
BUAT TIK TOK
UNTUK JEMPUT  KAWAN KAWAN
DATANG BERDEMO
MALAM INI
DI DEPAN KEDUTAAN AMERIA

PETANG INI GUA BERBUKA
SEPERTI BIASA
HANYA ADA DUA TAMBAHAN
KEMARIN DI PASAR
GUA BELI BUAH MAKISA
GUA SUKA BUAH INI
TAPI YANG GUA BELI
KULIT DAH AGAK KECUT
TAK PASTI ROSAK KE BELUM

GUA JUGA BELI
BUAH NANGKA
DR YOUTUBE KATA
BUAH NANGKA BAIK 
UNTUK DIMAKAN

LEPAS BERBUKA
GUA AKAN BERGERAK 
KE ARAH PEJABAT DUTA AMERIKA

KAMI NAK ADAKAN
SEMBAHYANG HAJAT
MENOLAK PERANG
DAN BERSETIAKAWAN
DENGAN RAKYAT IRAN

KAWAN KAWAN
YANG LAPANG JEMPUT DATANG
KAMI DI SANA MULA JAM 9
SAMAPAI ?
SAMPAI LEWAT

JEMPUT DATANG 
BUAT RAMAI
AMIN

PKR MELIHAT RAFIZI WAJIB MASUK MEMIMPIN


MAKIN JELAS

BILA INI BERLAKU

PKR GOYANG

AMIN

RAFIZI KINI

DILIHAT SOSOK

PENGANTTI

ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

JUSTERU PERLU

TERUS DITEKAN

KHALAS


Rafizi: Tak susah faham kenyataan saya, tak perlu tafsiran rumit

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memaklumkan dia telah menjawab surat tunjuk sebab kepada PKR semalam, dengan antara lain menjelaskan kenyataan yang dibuatnya cukup senang difahami tanpa memerlukan tafsiran yang rumit.

Ia walaupun PKR cuba menafsirkan kenyataan yang dibuatnya, iaitu kemungkinan untuk dia bertanding dalam PRU16 bukan atas tiket PKR, sebagai pengisytiharan keluar parti, katanya dalam hantaran di media sosial semalam.

Dalam surat jawapan yang turut dilampirkan dalam hantaran itu, Rafizi berkata kenyataannya yang dibuat ketika wawancara bersama Sin Chew Daily sebenarnya “mempunyai maksud seperti yang boleh difahami oleh sesiapa yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik”.

“...Ia tidak memerlukan tafsiran-tafsiran yang merumitkan seperti yang cuba diajukan di dalam surat tunjuk sebab tersebut,” katanya.

Dia berkata maksud kenyataannya adalah dia akan kekal sebagai anggota PKR dan berkhidmat sebagai ahli Parlimen Pandan sehingga tamat penggal ini, namun berhak membuat perancangan sendiri selepas itu.

“Saya berhak mempunyai perancangan sendiri selepas Parlimen dibubarkan dan tidak lagi terikat dengan peruntukan bersabit pertukaran parti oleh ahli parlimen di tengah-tengah penggal,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh dilaporkan berkata Rafizi diberi tempoh sehingga semalam bagi menjelaskan kenyataannya berhubung bertanding pada PRU16 bukan atas tiket PKR.

Pada Khamis lepas, Rafizi mengesahkan menerima notis tunjuk sebab daripada PKR atas alasan dia mengisytiharkan keluar parti.

Semalam, Fuziah berkata surat itu dikeluarkan kerana kenyataan Rafizi itu menggambarkan dia seperti sudah hilang kepercayaan kepada parti.