Sabtu, 27 September 2025

KEJAYAAN HAMAS


UNGA: Delegasi beramai-ramai keluar dewan sejurus sebelum Netanyahu berucap

ISTANBUL: Dalam satu tindakan protes luar biasa, majoriti delegasi negara-negara telah bertindak meninggalkan dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), semalam, sejurus sebelum Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memulakan ucapannya, lapor Anadolu Ajansi.

Netanyahu mula menyampaikan ucapannya pada Sesi Ke-80 UNGA pada jam 1 tengah hari GMT.

Tindakan keluar beramai-ramai itu adalah sebagai membantah genosid berterusan dilakukan Israel di Semenanjung Gaza yang telah meragut lebih 65,000 nyawa penduduk Palestin sejak Oktober 2023 dengan kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Sementara itu, Arab Saudi kelmarin mengumumkan penubuhan satu pakatan kecemasan antarabangsa bagi membiayai Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang mentadbir sebahagian wilayah Tebing Barat yang diduduki Israel.

Pada sidang media di New York sempena Sesi Ke-80 UNGA, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan, berkata pakatan itu akan menyediakan sokongan kewangan langsung kepada PA 'bersama beberapa rakan penting.'


Beliau berkata, Arab Saudi akan menyumbang sebanyak AS$90 juta kepada usaha itu.

Sidang media itu diadakan sempena mesyuarat Pakatan Global bagi Pelaksanaan Penyelesaian Dua Negara, yang turut dihadiri Menteri Luar dari negara-negara Arab serta Eropah seperti Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Norway.

Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty, berkata keterbukaan terhadap penempatan pasukan antarabangsa di Gaza bawah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bertujuan membantu PA mentadbir wilayah itu.

Beliau berkata, terdapat 'konsensus' mengenai penubuhan pentadbiran sementara Palestin di wilayah itu tanpa penyertaan mana-mana puak, namun Abdelatty tidak memberikan butiran lanjut.

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, berkata pakatan itu mengesahkan adanya konsensus antarabangsa dan pelaksanaan penyelesaian dua negara adalah satu-satunya jalan ke arah keamanan yang adil serta menyeluruh.

Beliau berkata, pakatan itu menganggap satu-satunya halangan kepada pelaksanaan penyelesaian dua negara ialah 'pendirian ekstrem Kerajaan Israel dan Perdana Menterinya (Benjamin Netanyahu) secara terbuka menyatakan yang dia tidak akan membenarkan penubuhan sebuah negara Palestin.'

Beliau turut menegaskan 'semua tindakan Perdana Menteri Israel menghalang pencapaian keamanan yang adil dan menyeluruh.'

Ia termasuk genosid di Gaza, peluasan penempatan dan rampasan tanah di Tebing Barat, pencerobohan ke atas Syria serta menyemai benih perpecahan di sana, dan juga serangan ke atas Lubnan.

Pada September 2024, Arab Saudi mengumumkan penubuhan pakatan antarabangsa itu dan mesyuarat pertamanya diadakan di Riyadh pada akhir Oktober.

Kelmarin, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dalam ucapannya pada UNGA, menggesa supaya PA diberi kuasa penuh untuk mentadbir Gaza.

Abbas turut mengesahkan kesediaannya untuk mengambil alih tanggungjawab keselamatan dan pentadbiran serta melucutkan senjata puak bertelagah.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dalam pertemuannya bersama pemimpin Arab dan Islam di New York, minggu ini, membentangkan satu pelan 21 perkara yang bertujuan menamatkan serangan Israel di Gaza.

Utusan Khas AS ke Asia Barat, Steve Witkoff, mengesahkan pelan dikemukakan Trump itu mengandungi 21 perkara, namun tidak mendedahkan butirannya.


APA YANG 

BERLAKU DI PBB

ADALAH TANDA

KERJAYAAN HAMAS

AMIN

HAMAS MEMBAWA

AGENDA PALESTIN

KE4MBALI KE DUNIA

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

elok keluar beramai ramai bila israel/merika berucap sebab dua2 ni x peduli kat pbb pun kah kah kah logiknya trump ckp Netanyahu dengar Netanyahu berucap trump dengar hehehe