Sabtu, 27 September 2025

KEMPEN TANGKAP PENDATANG HARAM



Cuba tawar rasuah, pura-pura pengsan untuk elak dicekup JIM

KUALA LUMPUR – Berpura-pura pengsan dan sanggup menawarkan wang rasuah kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) antara helah yang digunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi melepaskan diri daripada ditahan penguatkuasa.

Itu antara insiden yang sempat disaksikan sendiri wartawan MalaysiaGazette ketika menyertai Op KL Strike Force di Little Pakistan yang bermula jam 9 malam.

Little Pakistan adalah nama jolokan bagi kawasan tumpuan warga asing sepanjang hampir satu kilometer di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini.

Turut menarik perhatian, tindakan seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an merakam video ketika operasi dijalankan.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang padah apabila pemeriksaan yang dijalankan mendapati dia tidak memiliki pasport yang sah.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 400 individu telah diperiksa dengan 199 termasuk tiga warga tempatan yang kesemuanya berusia antara 12 hingga 60 tahun.

Tambah beliau, sepanjang operasi itu sebanyak 45 premis di kawasan sekitar diperiksa merangkumi kedai runcit, restoran, kedai serbaneka dan pelbagai premis perniagaan yang menjadi tumpuan orang ramai hadir.

“Hasil pemeriksaan 199 individu ditahan dengan 196 orang membabitkan 150 warga Pakistan, (21) Bangladesh, (10) India, (6) Indonesia, (4) Nepal, (2) Jordan, (2) Filipina dan (1) Sri Lanka serta tiga wanita tempatan yang menggaji PATI.

“Siasatan mendapati, sebahagian daripada mereka bekerja di restoran sekitar kawasan itu yang menawarkan pelbagai makanan Pakistan dengan sah dan ada PATI didapati digaji secara salah oleh majikan tempatan di premis perniagaan masing-masing.

“Kita juga akan membuat semakkan lanjut bagi mengenal pasti sama ada terdapat premis perniagaan atau majikan yang melakukan kesalahan berulang, dan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas mereka,” katanya.

Wan Mohammed Saupee juga memaklumkan operasi tersebut berjaya mendedahkan kegiatan mengemis yang dijalankan seorang warga asing bersama anaknya dan menemukan sejumlah besar wang kertas RM1 di dalam beg.

Tambahnya, operasi itu turut melibatkan kerjasama JIM Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan serta turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Mengulas lanjut katanya, kesemua individu yang ditahan dikesan melakukan kesalahan tiada pas atau dokumen perjalanan yang sah dan akan dibawa ke pejabat JIM Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

“Mereka akan disiasat di bawah di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1963, Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 56(1)(d) dan Seksyen 55B Akta Imigresen.

“Selain itu, tindakan turut diambil di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 oleh DBKL, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972 oleh KPDN dan Seksyen 30(1) Akta Syarikat 2016 dan Seksyen 17A(2) Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 2019 oleh SSM,” jelasnya. – 

SATELAH DI TAHAN

APA AKAN JADI ?

AMIN

APAKAH AKAN

DIHANTAR PULANG

ATAU HANYA

NAK PAU?

JENG JENG JENG

PERLU ADA 

LANJUTAN BERITA

KHALAS

Tiada ulasan: