Sabtu, 18 Oktober 2025

AWAS !!! WABAK DARI INDONESIA


Hampir dua juta kes jangkitan pernafasan di Jakarta sejak Julai


JAKARTA: Hampir dua juta kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) direkodkan di bandar raya ini sejak Julai lalu.

Jumlah kes itu menandakan peningkatan berterusan penyakit seakan-akan selsema susulan cuaca tidak menentu dan tahap imuniti yang rendah, mendorong penularan jangkitan di seluruh bandar raya itu.

Ketua Pejabat Kesihatan Awam Jakarta Ani Ruspitawati, berkata jangkitan itu kekal sebagai penyakit paling biasa dirawat di pusat kesihatan komuniti memandangkan ia mudah merebak melalui titisan pernafasan dan aerosol.

"Setakat ini, ia tidak begitu ketara dan masih terkawal. Peningkatan itu bukan sesuatu yang luar biasa dan sering berlaku ketika cuaca tidak menentu dan tahap imuniti rendah," katanya kepada portal berita tempatan, detikcom.

Ani turut menggesa penduduk supaya peka terhadap gejala seperti batuk, hidung berair, sakit tekak dan demam, manakala tanda-tanda lain termasuk hidung tersumbat, sakit kepala, sakit otot, bersin serta suara serak.

"Dalam kes yang lebih teruk, gejala boleh termasuk sesak nafas, yang memerlukan rawatan perubatan segera," katanya.

Biro Komunikasi dan Maklumat Awam Kementerian Kesihatan turut mengesahkan peningkatan penyakit pernafasan di seluruh negara dalam beberapa minggu kebelakangan ini berdasarkan data daripada kemudahan kesihatan.

Ketua biro itu, Aji Muhawarman, berkata negara jiran termasuk Malaysia, Singapura dan Thailand turut mencatatkan peningkatan kes yang sama, dengan kebanyakan kes dikaitkan dengan Influenza A.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kementerian sudah meningkatkan pengawasan selain usaha komunikasi risiko turut dijalankan melalui pelbagai saluran media, katanya. - AGENSI


PERUBAHAN

IKLIM BAWA

PENYAKIT BARU

AMIN

VIRUS DULU

TIDUR KINI

BANGUN AKTIF

AMIN

CUACA MAKIN

PANAS

VIRUS MAKIN

BANYAK

KHALAS

Tiada ulasan: