Sabtu, 18 Oktober 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SABTU 18 OKTOBER 2025

PERANG MINYAK


VENEZUELA
Kita baca pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2025 dimenangi oleh Minah Trump dari Venezuela. Ini sebahagian dari PROJEK SERANG VENEZUELA. Bulan September lalu pesawat Amerika telah mengebom kapal dari  Venezuela – 11 anak kapal mati.  

Trump kata mereka ini kaki seludup dadah dalam perjalanan ke Amerika – Satu dunia ketawa – nak sampai ke pantai Miami di Amerika jauhnya lebih dari 1000 batu – kah ah kah. Minyak kapal kecil ini tak cukup – kah kah kah.

Semenjak tarikh itu Trump dah serang 9 kali kapal di laut yang dituduh  penyeludup kokain ke Amerika.

Minggu ini Trump beri arahan pada CIA pada  badan GELAP AMERIKA   untuk bersedia PERANG DADAH bermula – Apakah ini benar?

Dunia tahu KOKAIN di tanam di Columbia – Venezuela bukan pusat kokain. Malah dadah yang sidang menghuru harakan Amerika bukan KOKAIN tapi MET – yang kilang di Mexico . Bahan asal   - FENTANYL  - di bawa masuk dari China Merah

Trump sengaja menuduh  Presiden Maduro terlibat. Ini kerana kerajaan Venezuela ini progresif -  berhaluan kiri – menyokong Palestin. JUSTERU  MADURO wajib di jatuhkan.

Apa sebenarnya di belakang PERANG DADAH ini ?

Jawabnya mudah. MINYAK – bahan bakar petroleum. Venezuela ada negara  kaya dengan minyak. Deposit minyak dalam bumi dan laut Venezuela lebih banyak dari yang ada di Saudi atau di Iran. Dalam dunia ini Venezuela adalah negara   yang memiliki  simpanan minyak yang paling banyak.

Inilah dia PROJEK  PERANG DADAH – sebenarnya Amerika mahu menjatuhkan kerajaan Maduro dan merompak dan menjarah  minyak yang masih tersimpan dam perut bumi Venezuela.

ARAHAN terbaru Trump kepada CIA  kini membawa satu suasana politik baru di Venezuela. Kini Maduro telah siap sedia. RAKYAT sidang di latih untuk berperang. TENTERA RAKYAT sedang di bangunkan.

Apakah soldadu Amerika akan masuk menyerang ? Atau apakah Maduro akan di tembak mati oleh  CIA atau ajen CIA ?

Hadiah 50 Juta Dolar telah diumun keatas kepala  Presiden Maduro. Kepala Usama dulu hanya bernilai 10 juta dolar.

TALIPON PINTAR
Telah kita dengar ura-ura kerajaan untuk melarang mereka di bawah umur – 16 tahun ??? dari memiliki dan menggunakan talipon pintar – yang membuka media sosial.

Beberapa buah negara seperti New Zealand telah mengambil langkah  ini.

Ini langkah baik dan perlu kita sokong.   SEMUA BENDA INTERNET sedang mengubah  dan membawa budaya baru kepada masyarakat dunia. 

Kekang ? Kontrol ? 

Para pakar yang berilmu wajib berkumpul – berbincang dan mengeluarkan pandangan dan cadangan.

KAWAL DAN HUKUM – cctv dan rotan – TIDAK akan selesaikan masalah ini. Satu  pendekatan baru wajib. Kita yang tidak berilmu dalam hal ini  wajib sama-sama memberi perhatian dan sokong kepada langkah kerajaan yang baik. Amin

UKRAINE -AMERIKA
Presiden Zelensky berada di Rumah Puteh kemarin. Dia datang jumpa Trump nak mintak senjata misile Tomahawk – tapi Trump kata Amerika juga nak pakai senjata ini.  Ertinya Ukraine tak dapat senjata baru.

UK
Perogol Diraja  Andrew di tarik darjah  diraja. Ini PEROGOL DI RAJA yang kerjanya merogol kanak-kanak.

PORTUGAL
Negara ini haramkan pakai BURQA di tempat orang ramai.

BELANDA
Mahkamah Jenayah Dunia tolak rayuan untuk batal waran tangkap  Netanyahu dan  Gallant – Menteri Pertahanan Israel.

GAZA
Bantuan  masuk ke Gaza masih tersekat. Isreal seperti biasa buat banyak kerenah. Tambah pula semua tawanan yang hidup sedah bebas.

INDONESIA
Microplastik di temui dalam  air hujan yang turun di Jakarta. Ini bahaya besar untuk umat manusia. Kita akan minum dan MAKAN  plastik. Ini membawa maut.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar basah. Petang kemarin hujan lebat. Matahari dah keluar. Cahaya enak membakar pipi. Langit berawan putih. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Tekukur berlagu dari bukit kiri dan kanan. 

Jantan Baik dan Siti menunggu di Wakaf Pertama – mereka mengekor gua. Gua beri makanan di tempat biasa. Ramai turun makan.

Kemudian Siti ikut gua kerana dia tahu ada Friskies. Kah kah kah – Minah ini dah bijak tapi badan masih kurus.

Berjalan pulang hampir dengan pintu masuk - satu kumpulan Pipit – mungkin lebih dari 200 ekor  bangun bila gua hampiri sawah rumput – terbang dan hinggap ke bumi sekali lagi.

Bila gua hampiri mereka  bangun terbang – whooosh ... bunyi kepak yang gua dengar – apa yang gua bejaya  dengar kerana  mereka RAMAI .  Wow !  Bunyi ini tidak akan gua lupakan – Nikmat yang paling rare. Amin

Hari ini akan panas. Hari ini gua tak pergi pasar. Pergi esok. Gua  nak pergi Kedai Buku Pak Chong di PJ –  YB Hassan Karim lancar buku kesah hidup. Amin

Jika petang hujan malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM 
SENYUM DI PAGI SABTU

BRO
Bila Minah atau Mamat tu tak angkat talipon lu tiga  kali – masanya dah sampai untuk  lu beli tiket pergi ke Indonesia – di sana ada yang sentiasa menunggu.

BRO
Lu sentiasa  simpan beberapa helai duit  kertas seringgit dalam dompet . Ini kerana Penjual Tisu makin ramai. Ekonomi makin parah.

BRO
Bila  ditahan polis lu bayangkan MUKA POLIS  itu sedang menjilat burit isterinya. Lu pasti akan senyum.

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG 

SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: