Memang suka hina orang, tetapi orang Punjabi atau Singh atau Bai atau lain-lain dikenali sebagai bangsa Singa, dikenali sebagai amanah, integriti, moral tinggi sehingga sekarang, dahulu ramai Singh duduk kerusi tinggi jawatan, walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan selain ketika pilihanraya namun satu komuniti yang terpaling berjaya, menjadi peminjam wang, pengembala lembu, perniagaan susu, sekarang kesatuan antara mereka amat padu, siapa berani kacau Singh?
Orang yang suka hina orang lain, perlu melihat cermin bangsa agama sendiri? Setiap masuk TV3 kes rasuah, kes curi, kes sondol kes main bini orang, rogol a anak juga kecil jaga lembu tak apa, tetapi jangan jaga moral orang apabila moral sendiri pun macam syaitan kah kah kah
Syarikat dipercayai milik warga asing disyaki dalang import e-waste secara haram
KUALA LUMPUR: Syarikat dipercayai milik warga asing disyaki menjadi dalang mengimport sisa elektronik (e-waste), plastik dan kertas secara haram untuk diproses bagi tujuan kitar semula.
Perkara itu dikesan hasil risikan terbaru dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang giat memburu dalang, termasuk pihak berkuasa disyaki bersubahat, berkait kes pencemaran berterusan angkara e-waste dibawa masuk secara haram ke negara ini.
Setakat ini, SPRM mengesan sekurang-kurang 2,000 hingga 3,000 kontena mengandungi e-waste sudah diseludup masuk melalui pelabuhan utama negara.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pihaknya akan memperhebatkan siasatan terhadap premis-premis disyaki terbabit pengimportan e-waste secara haram ke Malaysia, termasuk syarikat dipercayai dimiliki warga asing.
"Syarikat berkenaan disyaki mengimport sisa elektronik, plastik dan kertas untuk diproses bagi tujuan kitar semula.
"Komponen berharga seperti tembaga, aloi dan emas diambil, manakala baki sisa dilupuskan secara membakar, menanam atau dibuang terus sehingga mencemarkan udara serta sumber air.
"Kita tidak menolak kemungkinan kegiatan itu dilindungi oleh pihak berkuasa tertentu yang sepatutnya bertanggungjawab mengekang kemasukan sisa pepejal berkenaan.
"Jika tidak dibanteras secara menyeluruh, ia berpotensi mengakibatkan pencemaran serius kepada negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Khusairi berkata, SPRM melalui Mesyuarat Petugas Khas Berkaitan Penguatkuasaan E-Waste, bekerjasama dengan 12 agensi untuk menangani isu berkenaan.
Ia termasuk Agensi Kawalan Penerimaan Sisa, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
"Mesyuarat itu akan meneliti undang-undang khusus berkaitan e-waste dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan lebih berkesan bagi memastikan kegiatan penyeludupan berkenaan dapat dibanteras hingga ke akar umbi.
"SPRM memandang serius isu ini dan memberi amaran kepada pihak berkuasa terbabit agar segera menghentikan pengimportan e-waste," katanya.
E-waste mengandungi bahan toksik seperti plumbum, merkuri, kadmium, bahan kalis api berasaskan bromin serta asid daripada bateri, dan jika tidak diuruskan dengan betul, bahan berkenaan boleh bocor ke dalam tanah, air dan udara.
Antara kesannya terhadap alam sekitar dan kesihatan ialah ia boleh mengakibatkan pencemaran tanah serta air yang menjejaskan pertanian dan sumber air.
Selain itu, pencemaran udara akibat pembakarannya secara terbuka yang menyebabkan risiko kesihatan seperti masalah pernafasan, gangguan saraf dan kerosakan buah pinggang, selain risiko kepada kanak-kanak serta pekerja tidak dilindungi.
Di Malaysia, e-waste diklasifikasikan sebagai sisa terjadual.
EU beri amaran tindak balas tegas tanpa kompromi terhadap rancangan Trump ambil alih Greenland
DAVOS: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) berikrar akan bertindak tegas tanpa kompromi terhadap ancaman Amerika Syarikat (AS) susulan rancangan Presiden AS, Donald Trump, untuk mengambil alih Greenland, wilayah autonomi milik Denmark.
Pemimpin Eropah yang berhimpun di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos bersatu menentang pendekatan "America First" Trump yang semakin agresif.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, memberi amaran bahawa tindakan Trump boleh menjejaskan hubungan AS–EU dan mencetuskan ketegangan berpanjangan.
Pemimpin EU dijadual mengadakan sidang kemuncak tergempar mengenai isu Greenland di Brussels pada Khamis.
Perdana Menteri Greenland, Jens-Frederik Nielsen pula memberi amaran penduduk wilayah itu perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman ketenteraan.
Trump berkata, beliau bersedia mengadakan pertemuan di Davos bagi membincangkan isu itu, namun enggan menjelaskan sejauh mana langkah yang akan diambilnya.
"Kami ada banyak mesyuarat mengenai Greenland dan saya percaya perkara ini akan berjalan dengan baik," katanya kepada pemberita.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menyifatkan ancaman Trump untuk mengenakan tarif sehingga 25 peratus ke atas negara yang menentang rancangannya sebagai tidak boleh diterima.
Trump sebelum ini menegaskan Greenland penting untuk keselamatan AS, sambil mendakwa ia perlu dilindungi daripada ancaman Russia dan China.
Eropah kini mempertimbangkan langkah balas selepas Trump mengancam untuk mengenakan tarif ke atas beberapa negara Eropah, walaupun Washington memberi amaran tindakan balas itu tidak bijak.
Trump berkata, beliau sudah berbincang dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Mark Rutte, mengenai isu Greenland dan bersetuju bertemu beberapa pihak di Davos.
Bekas Ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen, memberi amaran bahawa rancangan Trump itu mencetuskan krisis terbesar dalam sejarah NATO dan boleh menjejaskan susunan dunia.
Sementara itu, Nielsen berkata walaupun penggunaan kekuatan ketenteraan tidak dijangka, ia tidak boleh ditolak sepenuhnya kerana Greenland adalah sebahagian daripada NATO.
Woit tak payah warga asing, warga tempatan lagi hebat menipu, buka apa saja media sosial terpapar cerita, pengurus bank buat pinjam palsu, guna dokumen palsu, pekerja bank jual informasi pelanggan kepada scammer, penjawat awam buat tu tuntutan palsu, penjawat kahwin dua pakai kemudahan kerajaan,
itu belum kira yang pakai pemandu, pakai wang kerajaan, hantar anak sekolah, bawa bini shopping, bawa bini jalan ke kampung,.bawa kereta kerajaan semasa bercuti, jadi jangan anggap orang kita semakin lemah, ianya semakin kuat, lagi besar jawatan lagi besar kepala, kah kah kah
siap minta macam-macam dari anak buah beranak kah kah kah cuma di negaraku selagi tak tangkap tak salah, kalau tak masuk media sosial teruskan saja kah kah kah
Ketika ini Persidangan Kaum Kapitalis dan BUDAK SURUHAN Amerika sedang berhimpun dan berbincang di Davos Switzerland. Trump datang sama.
Apa yang baik dan menarik ialah secara terbuka Kesatuan Eropah telah membuat kenyataan bahawa EU akan MENENTANG niat Trump untuk menjajah Greenland.
INI BERITA BAIK untuk warga dunia.
Trump, seperti yang di ramal, akan menghuru harakan dunia kapitalis.
Kemarin Bursa Saham Wall Street jatuh 2%. Di Jepun dan Hong Kong Bursa Saham jatuh juga. Kejatuhan ini kerana Trump terus berkeras nak ambil Greenland. Dan EU juga BERKERAS akan melawan.
KITA DI MALAYSIA WAJIB BERSEDIA – kita wajib menyusun UNITED FRONT – musuh utama kita ialah BUDAK SURUHAN TRUMP – Anwar bin Ibrahim - Budak Suruhan Trump ini wajib di humbankan secepat mungkin.
Bila Amerika dan Eropah gaduh – Trump tidak ada masa untuk membantu dan melayan macai dan budak suruhan. Inilah masanya kita bangun dan mendirikan Tanah Melayu baru.
BILA AMERIKA kacau maka KITA BOLEH KOYAK DAN BAKAR SURAT PERJANJAN ANWAR-TRUMP.
Inilah masa yang amat baik. Jika PERANG DUNIA BERLAKU – lagi baik – sejarah berulang – kita ada peluang untuk mendirikan TANAH MELAYU BARU. Amin
HOKKIEN
Pagi ini kering segar cerah. Kemarin tak hujan. Matahari tak kelihatan. Langit biru pucat. KL & KL SENTRAL berjerebu kerana kemarin panas.
Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi – amat meriah – Di atas bukit Tekukur berlagu. Suara How Wow gua tak dengar.
Di sebelah Wakaf Pertama rumput panjang – Pagi ini ratusan Pipit Uban mencari rezeki. Belakang Pokok Ara gua dengar Murai berkicau. INDAH.
Depan Wakaf Dua gua nampak Puppy Hitam – tapi Siti dan Jantan Baik tak kelihatan. Gua bersenam di Wakaf Ketiga. Saekor Gagak melintas dan melaung sedih.
Berjalan pulang di depan Wakaf Kedua – semua datang berlari. Siti mengejar Tak Tak. Pagi ini semua 5 Puppy datang makan bersama Emak. Jantan Baik tidak kelihatan.
Mengarah ke Pintu Keluar gua dengar suara How Wow dari Bukit Kiri kuat dan terang. Kemudian gua dengar suara dari Bukit Pokok Tinggi di Bukit Kanan. Apakah ada dua ekor How Wow pagi ini?
Ha ha – gua memandang ke pokok dan melihat How Wow berwarna hitam terbang melintas – ketika terbang dia bersuara. Sah ! Hanya ada saekor – dia berpindah-pindah.
Suara How Wow ini di selangi pula oleh kokok Jantan dari hutan belukar. Pagi ini jadi indah. Hari ini pasti panas. Sinar dah sampai ke balkoni gua.
Ketika gua mengetik ini How How masih bersuara. Gua mendengar jelas suara dari belakang dapur. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM UNTUK
SAMBUT PAGI RABU
BRO
Belajarlah dari alam kerana alam memberikan pelajaran dan keindahan yang tidak ternilai.
BRO
Kalau lu belum pernah masuk ke dalam hutan lu belum tahu bagaimana megahnya bumi yang lu pijak.
BRO
Kebahagiaan lu belum sempurna selagi lu belum merasa kebahagiaan dari keindahan alam.
‘Umno boleh tembus 40 kerusi jika tinggalkan PH, berpakat dengan PN’
PAS mendakwa Umno berpotensi memenangi lebih 40 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang sekiranya parti itu memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), berbanding meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata, berdasarkan kira-kira mudah keputusan PRU15 lalu, gabungan undi Umno dan PN boleh memberikan kelebihan ketara kepada Barisan Nasional (BN), khususnya di kerusi-kerusi marginal yang kini dikuasai PH.
Dalam kenyataannya hari ini, Fadhli menegaskan Umno yang hanya memenangi 26 kerusi pada PRU15 boleh menambah sekurang-kurangnya 10 kerusi lagi jika “Kolaborasi Agung” dan “Rumah Bangsa” yang digagaskan presidennya dilaksanakan bersama PN.
“Walaupun kira-kira pilihan raya tidak seperti kira-kira asas matematik, tetapi sudah difahami dengan jelas bahawa pengundi PN boleh mengundi BN seperti yang berlaku di siri-siri PRK selepas PRU2018.
“Ia dengan ketara berlaku di PRK Cameron Highland dan PRK Tanjung Piai,” katanya.
Fadhli seterusnya menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 kerusi parlimen yang dimenangi PH tetapi berpotensi dimenangi Umno jika undi BN dan PN digabungkan.
Antara yang disenaraikan adalah Lembah Pantai, Sungai Buloh, Hulu Langat, Sekijang, Ledang, Sri Gading, Alor Gajah, Hang Tuah Jaya dan Johor Bahru.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menggunakan Johor Bahru sebagai contoh, dengan menunjukkan potensi kemenangan jika kedua-dua parti itu berkerjasama.
“Ambil contoh Johor Bahru yang dimenangi oleh calon PH (Akmal Nasir) pada PRU15 dengan 43,252 undi, manakala calon Umno (Johan Ropi) memperoleh 27,211 undi dan calon PN (Mohtaj) memperoleh 22,075 undi.
“Namun dalam senario akan datang, sekiranya undi Umno dicampur dengan PN, jumlahnya menjadi 49,286 undi, sekali gus mengatasi undi PH dan membolehkan kerusi ini dimenangi oleh gabungan tersebut,” katanya.
Selain kerusi Umno, PAS turut mendakwa beberapa kerusi tradisi BN yang ditandingi MCA dan MIC seperti Bentong, Labis dan Sungai Siput juga boleh dirampas semula jika wujud kerjasama BN–PN.
Menurut Fadhli, strategi gabungan PH-BN pula berdepan masalah penerimaan pengundi akar umbi, yang menurutnya telah terbukti pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 2023 apabila sebahagian pengundi BN menolak kerjasama tersebut.
“Secara realitinya, pengundi BN sebenarnya lebih mudah untuk mengundi gabungan BN-PN berbanding gabungan PH-BN dengan sentimen dan semangat yang sama.
“Justeru, Kolaborasi Agung dan Rumah Bangsa perlu digagaskan ke arah kerjasama politik yang boleh membuka ruang luas untuk memenangi PRU16, bukannya menjadikan Umno dan BN semata-mata alat kepada PH,” katanya.
Pada Perhimpunan Agung Umno minggu lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan penubuhan jawatankuasa penyatuan ‘rumah bangsa’ untuk menerima penyertaan semula bekas ahli-ahli parti dan ‘kolaborasi agung’ melibatkan kerjasama parti-parti politik Melayu-Islam di Malaysia.
Semalam, Ahmad Fadhli mendakwa cadangan ‘kolaborasi agung’ dan ‘rumah bangsa’ oleh Umno sebagai tidak menyakinkan walaupun hebat kedengaran dari segi istilahnya.
1. Dulu, zaman awal tabung dan syarikat berkaitan kerajaan (GLIC dan GLC) pada tahun 1970-an, ada kementerian khusus untuknya.
2. Masa itu tidak dipanggil GLIC dan GLC. Tabung-tabung pelaburan dan syarikat-syarikat tajaan kerajaan ini dikenalil sebagai agensi amanah Bumiputera.
3. Kementerian khas itu
dipanggil Kementerian Perusahaan Awam (Ministry of Public Enterprises) diasaskan pada tahun 1974 apabila jawatan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam diwujudakan dengan Almarhum Hussein Onn sebagai penyandang.
4. Perbadanan Awam adalah kaedah Pentadbiran Almarhum Abdul Razak Hussein membabitkan kerajaan dalam ekonomi dan perniagaan bagi mengisi matlamat kedua Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu menyusun semula masyarakat.
5. Adalah amat wajar generasi muda Bumiputera mengenali dan mengingati peneroka-peneroka ekonomi Bumiputera seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Almarhum Ismail Ali, Almarhum Raja Mohar Raja Badiozaman, Junus Sudin, Desa Pachi dan Hanafiah Hussain. Jasa dan kewibawaan mereka wajib dicontohi.
6. Saya sangat-sangat bernasib baik mengenali dan berkoloborasi dengan mereka sebagai pemberita ekonomi mulai tahun 1972.
7. Malangnya, banyak orang Melayu, sama ada tidak tahu atau tidak peduli, sumbangan serta pengorbanan wira-wira ekonomi ini.
8. Jenama agensi amanah Bumiputera ini semakin hari semakin pudar dan terus hapus apabila Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, pada tahun 2004, mengubahnya menjadi Tabung Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
9. Hari ini, nampak seolah-olah GLIC dan GLC semakin hilang arah tujuan. Ya, keuntungan penting. Tetapi matlamat pengukuhan ekonomi Bumiputera masih boleh dicapai tanpa menjejas keuntungan.
10. Saya akui yang GLIC dan GLC telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan latihan dalam sektor korporat kepada Bumiputera.
11. Tetapi sumbangan ini boleh diperbesarkan jika GLIC dan GLC mengambil peranan proaktif dalam syarikat swasta yang mereka mempunyai pegangan saham.
12. Contohnya IJM Corporation di mana GLIC memiliki 46.63 peratus saham, boleh kata, semua pengurus kanannya adalah Cina. Kalau ada Melayu pun hanya dalam Lembaga Pengarah.
13. Seperti yang saya tulis dalam akhbar Sinar Harian Ahad (18 Januari), IJM ini sedang cuba dibeli oleh sebuah syarikat milik Cina yang lain iaitu Sunway Berhad.
14. Pengulas ekonomi sudah pun mengatakan GLIC memainkan peranan penentu dalam cadangan bernilai RM11 bilion itu.
15. Kita wajib bagi perhatian rapi kepada urusan M&A itu. Dengan pegangan saham yang begitu besar, GLIC yang terlibat - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan, Urusharta Jemaah dan Tabung Haji - wajib memainkan peranan cergas. Mereka wajib berusaha mendapatkan tawaran terbaik.
16. Mohon baca rencana akhbar Sinar Harian yang dikepilkan untuk kefahaman yang lebih mendalam.
Dapatkan Buku Terbaru Hisham, hubungi 012-664-8873 Hadi
BUKU TERKINI
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET (hegemoni media daulah pecah) Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market