Isnin, 26 Januari 2026

HUMBANKAN PERJANJIAN ANWAR-TRUMP

‘Lembaga Trump hanya sandiwara’ - MP ikrar tolak jemputan kedutaan AS

 Syahredzan Johan (PH-Bangi) menegaskan pendirian peribadinya untuk menolak sebarang jemputan ke acara anjuran Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur sebagai tanda protes terhadap tindakan Donald Trump di peringkat global.

Dalam perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Syahredzan merujuk kepada beberapa tindakan oleh presiden AS itu.

Antaranya ialah penubuhan Lembaga Keamanan Gaza, yang dipromosikan sebagai “unsur utama” fasa kedua pelan untuk menamatkan perang di wilayah Palestin tersebut.

“Awalnya Board of Peace ini untuk membangunkan semula wilayah Gaza, tetapi kini ianya lebih besar seakan-akan mahu menjadi gantian kepada PBB.

“Apa yang lagi pelik, siapa yang ingin jadi anggota tetap kena bayar ASD 1 bilion,” katanya.

Pada 23 Januari, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan berdepan kesukaran untuk menyatakan sokongan awal terhadap cadangan Lembaga Keamanan itu tanpa jaminan yang jelas dan tegas mengenai nasib rakyat Palestin, khususnya di Gaza.

Menurut Bernama, Anwar berkata Malaysia telah mengemukakan pandangan mengenai perkara itu dan terus memantau perkembangan berkaitan, khususnya hakikat bahawa serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh rejim Israel masih belum dihentikan sepenuhnya, selain keperluan untuk mengembalikan bantuan kemanusiaan.

Barat dan AS telah gagal

Mengulas lanjut, Syahredzan berkata Malaysia tidak perlu rasa kecewa apabila tidak diundang untuk menyertai lembaga itu.

“Saya sokong apa Perdana Menteri nyatakan sebelum ini; untuk mewujudkan apa-apa lembaga sekalipun, the attacks must stop.

“Kita tidak boleh bercakap tentang keamanan selagi Israel terus menyerang Gaza dan terus mengabaikan gencatan senjata yang telah dipersetujui. This is a farce (sandiwara), dengan izin,” katanya lagi.

Katanya lagi, masih ada kalangan rakyat Malaysia yang “berkiblatkan” dan “mengagungkan” Amerika Syarikat dan Barat, namun jelas Amerika Syarikat dan Barat telah gagal.

“Sebab itu, saya mengambil pendirian secara prinsip untuk menolak segala undangan daripada kedutaan mereka di sini,” katanya lagi.

Dia berkata walaupun mungkin terdapat menteri dan ahli Parlimen yang perlu meneruskan hubungan dengan AS melalui kedutaannya di sini, dia sebagai seorang ahli Parlimen penyokong kerajaan bebas untuk menolak jemputan sedemikian.

“Sekurang-kurangnya, saya berpegang kepada prinsip bahawa selagi mereka bertindak seperti ini, saya tidak boleh berurusan atau bertemu dengan mereka,” katanya sambil menegaskan Malaysia mesti terus memainkan peranan sebagai suara keamanan di pentas antarabangsa.

SOKONG YB INI

WAJIB DISOKONG

AMIN

TAPI TAK CUKUP

DENGAN TAK

MAHU TERIMA

JEMPUTAN

AMIN

WAJIB TOLAK

PERJANJIAN

ANWAR - TRUMP

2025

KHALAS

Tiada ulasan: