Isnin, 26 Januari 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

SENIN 26 JANUARI 2026

ALAM  KITA


HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Langit biru indah. Matahari bersinar panas. KL & KL Sentral cerah. Kemarin tak hujan. Di Jelebu pun tak hujan tapi   tak bersinar.

Malam tadi angin kuat – angin sejuk.

Pagi ini Cengkerik bersimponi di pintu masuk. Tekukur berlagu dari atas bukit. Gua dengar suara  How Wow jauh. Keng Keng juga  menjerit.

Pagi ini Puppy cepat datang . Gua belum sampai ke Wakaf Pertama mereka dah berada di atas jalan.  Pagi ini Siti dan Jantan Baik tak kelihatan.  Entah kemana  mereka merantau. Emak dan 4 Puppy datang makan.

Gua bergerak arah ke Wakaf Tiga – Wow depan Pokok Ara satu kumpulan Pipit berterbangan. Hampir seratus ekor – nampak jelas SERBAN PAK AJI. Ini  kawasan rumput masih panjang.

Gua pulang  dan berhenti di Wakaf Dua – Semua menunggu  lalu gua tabur Friskies – ha ha  dua ekor Tiong datang sama untuk menikmati Friskies.

Gua masih bertanya bagaimana Tiong ini tahu ada rezeki ?

Hari ini akan panas. Gua nak mandikan Tak Tak  petang ini – kemarin dia BERKUBANG dalam parit di Kampung.  Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN

BRO
Lu wajib hormati alam sama seperti lu wajib hormati diri lu sendiri.

BRO
Dalam hutan tebal itu jika lu masuk  dan lihat lu akan bertemu dengan keajaiban alam.

BRO
Alam yang indah penuh dengan cerita yang di ceritakan tanpa kata-kata. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN  HARI INI
SELAMAT MULA BEKERJA

Tiada ulasan: