Isnin, 26 Januari 2026

GEN ZEE - KE JALAN RAYA LAWAN RASUAH



𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗿𝘂 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗣𝘂𝘁𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵
KUALA LUMPUR | 26 Jan 26 – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru anak-anak muda agar bangkit menjadi generasi yang memutuskan rantaian rasuah dan penyalahgunaan kuasa, sambil menegaskan bahawa rasuah bukan kesalahan kecil sebaliknya satu bentuk pengkhianatan terhadap negara.
Titah itu dizahirkan baginda ketika berkenan berangkat ke Program Wacana Belia Diraja 2026 di sini hari ini, dengan kehadiran Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
“Dengar dan ingat baik-baik wahai anak muda, rasuah itu bukan rezeki, ia najis. Penyalahgunaan kuasa itu bukan kebijaksanaan, ia racun. Kekayaan haram itu bukan kejayaan, ia kutukan yang menunggu waktu,” titah baginda seperti dilaporkan media, istanapahang.my.
Baginda turut mengingatkan agar generasi muda tidak mewarisi sebuah negara yang kelihatan megah dari luaran, namun rapuh dan rosak pada asasnya.
“Jangan wariskan kepada anak cucu sebuah negara yang megah pada bangunan, tetapi busuk pada asas. Jangan jadikan Malaysia tanah air yang kaya di atas kertas, tetapi miskin dari segi maruah,” titah baginda lagi.
Menurut baginda, maruah bangsa tidak diukur melalui pembangunan fizikal atau kekayaan material, sebaliknya terletak pada nilai dan prinsip yang dipertahankan ketika berdepan godaan kuasa dan wang.
Baginda menegaskan, banyak negara di dunia runtuh bukan kerana serangan musuh dari luar, tetapi akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kerakusan dalaman yang dibiarkan berakar.
“Ketahuilah, rasuah bukan kesalahan kecil dan penyalahgunaan kuasa bukan kelemahan manusia biasa, tetapi kejahatan berjawatan. Apabila undang-undang dipermainkan oleh mereka yang sepatutnya menegakkannya, maka negara sedang dipimpin ke jurang kehancuran,” titah baginda.
Al-Sultan Abdullah turut menyentuh kewujudan individu yang memegang jawatan dan membawa nama institusi, namun terlibat dalam perbuatan mencemarkan integriti.
“Hari ini ada yang memakai seragam, memegang kuasa dan membawa nama institusi, namun tangannya kotor dan hatinya mati. Mereka bukan sekadar merosakkan imej organisasi, malah mencuri masa depan anak bangsa,” titah baginda.
Titah Sultan Pahang itu dilihat sebagai peringatan tegas dan berprinsip, khususnya kepada generasi muda, agar menolak budaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa demi memastikan masa depan negara dibina atas asas integriti, maruah dan amanah. @sumber




GEN ZEE

KIBARKAN LUAS

BENDERA

LANUN LUFFY

AMIN

AGENDA KAMU

IALAH SUSUN

ATUR TURUN

ANAK MUDA

KE JALAN RAYA

AMIN

 LAWAN RASUAH

HINGGA BERJAYA

AMIN

INI TUGAS SUCI

TUGAS SEJARAH

UNTUK GENNERASI

KAMU

KHALAS

Tiada ulasan: