Isnin, 26 Januari 2026

PN AKAN KALAH PRU?



Pengerusi baharu PN dipilih Khamis ini?


KUALA LUMPUR: Pelantikan pengerusi baharu disenarai sebagai antara tiga agenda Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan berlangsung Khamis ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi notis dikeluarkan Timbalan Setiausaha Agung PN,  Takiyuddin Hassan, bertarikh 23 Januari lalu.

"Merujuk kepada perkara di atas (notis mesyuarat luar biasa) dan surat berkaitan daripada Presiden GERAKAN merangkap Timbalan Pengerusi PN,  Dr Dominic Lau Hoe Chai serta Presiden PAS,  Abdul Hadi Awang masing-masing pada 7 dan 10 Januari lalu.

"Berdasarkan peruntukan Fasal 12.2 perlembagaan PN, Mesyuarat Luar Biasa MT boleh diadakan atas permintaan bertulis kepada Setiausaha Agung, sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah parti anggota.

"Setiausaha Agung kemudian hendaklah memanggil mesyuarat berkenaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permintaan berkenaan," katanya.

Berdasarkan notis sama, PN dijadualkan memilih pengerusi mesyuarat dalam kalangan Timbalan Pengerusi, selaras Fasal 8.3(II)(b) perlembagaan gabungan itu.

Mesyuarat yang dijadual berlangsung pada jam 8.30 malam di Ibu Pejabat GERAKAN di sini itu, akan mengesahkan peletakan jawatan Pengerusi PN,  Muhyiddin Yassin, sebelum melantik individu baharu bagi jawatan itu.

Pengesahan peletakan jawatan Muhyiddin dan pelantikan individu baharu ke jawatan berkenaan dibuat mengikut Fasal 8.3 (I)(b) perlembagaan PN.

Baru-baru ini, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU dan Ahli Parlimen Pagoh, dilapor mengumumkan meletak jawatan Pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Bekas Perdana Menteri itu melepaskan jawatannya selepas lima tahun menerajui kepimpinan PN sejak gabungan itu didaftarkan secara rasmi, pada 7 Ogos 2020.

Selain BERSATU, parti utama yang berada dalam gabungan PN antaranya PAS dan GERAKAN.

Berikutan itu, timbul pelbagai spekulasi calon akan menerajui PN dengan antara nama disebut ialah Presiden PAS,  Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu,  Ahmad Samsuri Moktar.

Sebelum ini, wujud beberapa desakan daripada PAS termasuk oleh Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mahu jawatan Pengerusi PN diberikan kepada PAS.

Perselisihan hubungan antara PAS dan BERSATU semakin ketara selepas pergolakan politik di Perlis yang menyaksikan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang daripada PAS, Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar.


TAK KIRA SAPA

DILANTIK JADI

KETUA PN

KHAMIS INI

AMIN

PN AKAN PASTI

KALAH PRU16

JIKA PEMIMPIN

LEMBIK  TAK

HASUT RAKYAT

TURUN 

KE JALAN RAYA

AMIN

TAK CAYA SILA

TUNGGU

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lembik macam lembut x melawan alah tak heran sebab selesa dlm parti ada jawatan dan k’jaan negeri kah kah kah syok sendiri!!!