Jumaat, 9 Januari 2026

IRAN PERLU PERUBAHAN


Penunjuk perasaan Iran tingkatkan bantahan ketika angka kematian meningkat, internet diputuskan

PARIS: Penunjuk perasaan Iran meningkatkan penentangan mereka terhadap kepimpinan ulama dengan mengadakan protes terbesar setakat ini dalam hampir dua minggu perhimpunan, ketika pihak berkuasa memutuskan akses internet dan angka kematian terus meningkat.

Gerakan yang bermula dengan penutupan bazar Tehran pada 28 Disember selepas nilai mata wang Rial menjunam ke paras terendah pernah direkodkan, kini telah merebak ke seluruh negara dan dicirikan oleh demonstrasi berskala lebih besar, termasuk di ibu negara.

Protes ini menggemparkan pihak berkuasa di bawah pimpinan Ayatollah Ali Khamenei, yang sedia berdepan krisis ekonomi selepas bertahun-tahun sekatan serta sedang pulih daripada perang pada Jun lalu dengan Israel.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengancam untuk mengambil tindakan keras terhadap Iran sekiranya pihak berkuasanya "mula membunuh orang", sambil memberi amaran Washington akan "bertindak dengan sangat keras".

Kenyataan itu dibuat selepas kumpulan hak asasi menuduh pasukan keselamatan Iran melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di Norway, Iran Human Rights, berkata pasukan keselamatan telah membunuh sekurang-kurangnya 45 penunjuk perasaan, termasuk lapan kanak-kanak bawah umur, sejak demonstrasi bermula.

NGO itu berkata, semalam merupakan hari paling berdarah, dengan 13 penunjuk perasaan disahkan terbunuh.

"Bukti menunjukkan skop tindakan keras semakin ganas dan semakin meluas dari hari ke hari," kata pengarah IHR, Mahmood Amiry-Moghaddam, sambil menambah ratusan lagi cedera dan lebih 2,000 ditahan.

Media Iran dan kenyataan rasmi melaporkan sekurang-kurangnya 21 orang, termasuk anggota keselamatan, terbunuh sejak pergolakan bermula, menurut kiraan AFP.

Pada Rabu, seorang pegawai polis Iran terbunuh di barat Tehran ketika cuba "mengawal kekacauan", menurut agensi berita Fars.

Walaupun berdepan tindakan keras, protes kembali berlaku hingga lewat malam tadi.

Orang ramai dilihat berkumpul di Lebuhraya Ayatollah Kashani yang luas di barat laut Tehran, menurut imej media sosial yang disahkan AFP, manakala imej lain menunjukkan orang ramai berdemonstrasi di bandar Abadan di barat.

Ketika protes menggegarkan bandar-bandar di seluruh negara, pemantau internet Netblocks hari ini berkata bahawa "metrik masa nyata menunjukkan Iran kini berada di tengah-tengah gangguan internet peringkat nasional".

Dengan protes kini merebak ke seluruh Iran, Agensi Berita Aktivis Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di AS berkata, perhimpunan telah berlaku di 348 lokasi di kesemua 31 wilayah Iran.

Reza Pahlavi, anak kepada Shah Iran yang digulingkan dalam Revolusi Islam 1979 dan tokoh pembangkang buangan utama, menggesa lebih banyak protes besar pada Khamis.

Parti-parti pembangkang Kurdish Iran yang berpangkalan di Iraq menyeru mogok umum di kawasan berpenduduk Kurdish di barat Iran.

Kumpulan hak asasi Hengaw berkata seruan itu dipatuhi secara meluas di sekitar 30 bandar dan pekan dengan memuat naik rakaman kedai-kedai yang ditutup di wilayah barat Ilam, Kermanshah dan Lorestan.

Ia menuduh pihak berkuasa melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di Kermanshah dan bandar berhampiran Kamyaran di utara, mencederakan beberapa orang.

IHR berkata seorang wanita di sebuah protes lewat Rabu di Abadan ditembak tepat di mata.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menyeru "kekangan maksimum" dalam menangani demonstrasi, sambil berkata "sebarang tingkah laku ganas atau paksaan harus dielakkan". - AFP



APA YANG

BERLAKU DI IRAN

JADIKAN ILMU 

AMIN

KERAJAAN BAIK

BUKAN KONTROL

PAKAI TUDUNG

AMIN

BUKAN KONTROL

GAYA HIDUP

AMIN

KERAJAAN TEGUH

BERJAYA  BILA

EKONOMI

KESIHATAN

PERUMAHAN &

PEMBELAJARAN

RAKYAT DI JAGA

AMIN

MORAL  WARGA

YANG BAIK

LAHIR DARI

MASYARAKAT YANG

MAKMUR

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tell that to your so called MM.

Tanpa Nama berkata...

Ya Ali

Rindu zaman Reza Pahlavi...