Wanita ditahan guna kaunter 'fast track' seludup warga asing di KLIA
Guna cap pasport meragukan, lima warga Vietnam ditahan
Lelaki Bangladesh ditahan cuba berlepas di KLIA dengan PLKS palsu - AKPS
Masuk negara ini secara haram, tiga warga China ditahan di KLIA
Pegawai Imigresen, isteri didakwa terbabit rasuah dan penggubah wang haram
'Roh AKPS' dibina atas integriti dan maruah – Mohd Shuhaily
PUTRAJAYA: Kekuatan sesebuah agensi penguatkuasaan terletak pada integriti setiap anggotanya bagi memupuk identiti dan 'roh yang tersendiri'.
Demikian ditegaskan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang bertekad menjadikan agensi itu dihormati atau diyakini oleh masyarakat.
Mohd Shuhaily berkata, hasratnya adalah menjadikan AKPS dihormati bukan kerana rasa takut, tetapi kerana ketegasan dan profesionalisme dalam menjalankan amanah menjaga sempadan negara.
"Saya mahu orang menghormati AKPS, bukan kerana takut, tetapi kerana tahu kita tegas dan berintegriti membabitkan semua elemen dalam AKPS.
"Selepas genap setahun beroperasi, perjalanan AKPS bukan sesuatu yang mudah kerana ia membabitkan penyatuan pegawai daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di bawah satu bumbung.
"Proses ini seperti penggabungan dalam dunia korporat. Ada yang rasa berat hati, ada yang masih menyesuaikan diri, tapi saya bersyukur pasukan saya kuat dan komited," katanya.
Mohd Shuhaily berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Pertama AKPS, di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini, semalam.
Beliau berkata, fokus utama kini adalah membentuk 'roh AKPS' agar setiap anggota memahami matlamat dan peranan sebenar mereka dalam melindungi sempadan negara.
"Saya mahu AKPS menjadi agensi yang bermaruah dan perjuangan kita untuk membina nama baik yang disegani," katanya.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu turut menegaskan bahawa disiplin dan ketegasan akan terus menjadi tunjang kepada budaya kerja AKPS.
"Saya mahu apabila seseorang dalam kapal terbang menuju ke Malaysia, mereka sudah mula berfikir dua kali sebelum melintasi garisan Imigresen dan Kastam, sama seperti rasa 'takut' apabila kita melakukan kesalahan bila masuk ke Australia yang serius dan komited menangani kemasukan warga asing serta penyeludupan barangan salah," katanya.
"Saya hanya mahu satu perkara iaitu AKPS dikenang sebagai agensi yang dihormati. Bila saya pergi nanti, orang lain boleh teruskan jawatan yang saya duduki ini (Ketua Pengarah) tanpa beban," katanya.
Khidmat 220 veteran ATM ke AKPS mampu kukuhkan kawalan sempadan negara
Dalam pada itu, Shuhaily berkata, keupayaan 220 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bakal diserapkan ke AKPS pastinya bakal mempertingkatkan lagi keupayaan agensi berkenaan mengawasi pintu sempadan negara.
Berbekalkan disiplin dan semangat ketenteraan, pengalaman mereka juga pasti ditagih oleh AKPS yang baru setahun dipertanggungjawab mengawasi setiap laluan masuk utama ke negara ini.
Langkah itu katanya, bukan sahaja akan menambah kekuatan tenaga kerja agensi bermula tahun hadapan, tetapi juga mampu memperkukuhkan kedaulatan negara.
Pengambilan veteran itu diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2026 sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh keselamatan di pintu masuk negara.
"Selepas pengumuman itu dibuat, saya sendiri menerima banyak pertanyaan daripada bekas anggota tentera. Ada yang datang terus ke pejabat hantar resume.
"Mereka ini bukan calang-calang orang, ada yang berpangkat Kolonel, Leftenan Kolonel dan Mejar," katanya.
Bawa budaya tegas tentera dalam AKPS
Beliau berkata, penyertaan veteran ATM dilihat sebagai langkah strategik kerana mereka mempunyai pengalaman luas dalam aspek disiplin, pertahanan dan keselamatan negara.
"Apabila kita bawa masuk veteran, kita bukan saja tambah tenaga kerja, tapi kita bawa budaya kerja berdisiplin dan tegas dan Ini membantu kami meningkatkan kecekapan serta mengurangkan kos operasi," katanya.
Beliau menjelaskan, pengambilan tersebut akan dibuat sama berdasarkan model PERHILITAN, di mana ia berbentuk kontrak perkhidmatan, bukannya lantikan tetap sebagai penjawat awam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan