Isnin, 19 Januari 2026

BERITA SEDIH UNTUK DI BACA



Guru di Selangor paling ramai bankrap akibat pinjaman peribadi

JASIN: Guru di Selangor dikenal pasti golongan penjawat awam paling ramai diisytiharkan bankrap akibat pinjaman peribadi, kata Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, (MDI), Datuk Ishak Bakri.

Beliau berkata, data itu sekali gus menjadikan Selangor negeri yang merekodkan jumlah tertinggi kes kebankrapan membabitkan kakitangan kerajaan di negara ini.

Katanya, walaupun jumlah sebenar tidak dapat didedahkan, namun dapatan MDI menunjukkan golongan guru paling ramai diisytiharkan bankrap dengan punca utama disebabkan kegagalan melunaskan pinjaman peribadi.

"Maklumat diperoleh itu dikumpul dan diumumkan ketika program literasi kewangan membabitkan rakyat Selangor pada tahun lalu dan jumlah kakitangan kerajaan yang bankrap adalah paling tinggi.

"Apabila diperincikan kategori mereka, guru adalah kumpulan paling ramai diisytiharkan bankrap.

"Kita ada statistik itu, tetapi tidak boleh dedahkan angka terperinci, yang pasti, Selangor memang mencatatkan jumlah tertinggi," katanya selepas menyempurnakan Program Literasi Kewangan anjuran MDI Melaka dan MDI Negeri Sembilan di Politeknik Merlimau, di sini, hari ini.

Ishak berkata, faktor utama menyumbang kepada situasi itu ialah kemudahan guru mendapatkan pinjaman peribadi berikutan status pekerjaan tetap dan pendapatan bulanan yang konsisten.

Beliau berkata, pinjaman diperoleh itu pula boleh dibuat bayaran balik menerusi potongan gaji.

"Apabila pinjaman mudah diperoleh, ia mendorong pengambilan hutang berlebihan sehingga akhirnya membawa kepada kebankrapan kerana gagal membayar hutang itu," katanya.

Ishak berkata, situasi ini juga berlaku disebabkan kecenderungan mengambil pinjaman peribadi tanpa perancangan kewangan kukuh.

BERITA SEDIH

BERITA

KEHIDUPAN YANG

DIALAMI GURU

BERGAJI BULANAN

AMIN

YANG MEMBURUH

BAGAIMANA PULA

AMN

INI TANDA 

EKONOMI KITA

GAGAL

AMIN

WARGA HIDUP

GAJI TAK CUKUP

HUTANG KIRI KANAN

KHALAS

Tiada ulasan: