PAGI INI
PAGI INI
SENIN 19 JANUARI 2026
DADAH
GREENLAND
Projek BOM IRAN di tangguh. Kini Trump beralih ke Greenland. Trump nak jadikan pulau ini tanah jajahan Amerika. Penduduk pulau ini seramai 57,000 menolak dan menentang niat Trump.
Pulau ini kawasan BEBAS di bawah naungan Denmark. Juga anggota NATO – jeng jeng jeng.
UK – Jerman dan France – dah mula hantar soldadu ke Greenland. Tak ramai tapi satu SIGNAL untuk Trump bahawa Eropah TIDAK BERSETUJU dengan dasar Trump.
Apakah Trump akan menyerang ?
Atau membeli pulau ini ?
Kita tunggu dan baca.
COLOMBIA
Syahwat Trump jadi keras bila berjaya menculik Maduro. Kini Trump pasang niat nak serang Colombia. Mengikut Trump Presiden Colombia Gustavo Petro – orang jahat macam Maduro – penyeludup KOKAIN.
Sebenarnya Gustavo ini bekas gerila kiri – Dia menang atas dasar SOSIALIS – inilah yang nak di hapuskan oleh Trump. Pengaruh kiri dan SOSIALIS makin berkembang merebak di Amerika Latin. Satu demi satu kerajaan SOSIALIS didirikan.
Wajib di ketahui bahawa kerajaan Gustavo ini jelas dan gigih membasmikan tanaman kokain. Penanam kokain di beri dana untuk menanam tanaman baru – BUKAN KOKAIN.
Gustavo menjalankan dasar anti-dadah yang berjaya. Malah nyawa Presiden Gustavo ini menjadi SASARAN kartel kokain.
GAZA
Dunia diberi tahu telah diwujudkan satu Lembaga Gaza – untuk membina kembali Gaza. Apakah akan berjaya ?
Apa yang jelas – Hamas dan kumpulan Palestin yang bersenjata TIDAK akan melepaskan senjata dari tangan mereka. Mereka TIDAK akan mengikut langkah Al-Fatah yang meninggalkan perjuangan bersenjata.
Untuk MERDEKA wajib senjata di sandang. Tanpa senjata MERDEKA tidak akan tercapai.
BUKTI jelas kerana 7 OKTOBER 2023 Hamas menyerang Zionis Israel – HASILNYA kini PALESTIN kembali menjadi agenda dunia. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk. Petang kemarin hujan lebat – sekejap tapi lebat. Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi – pagi ini cukup riuh. Matahari belum kelihatan. KL & KL Sentral berkabus nipis. Langit agak pucat.
Pagi ini gua bertegur sapa dengan Pak Cik Hee – dia bekerja membersihkan kubur. Mencabut rumput di atas makam. Pak Cik Hee 62 tahun duduk di Brickfeilds – gua rasa dia kerja pagi. Tak pernah gua lihat dia ada waktu petang.
Depan Wakaf Pertama Siti muncul di tepi gua. Dia datang bersama dua Puppy. Kami berjalan ke Wakaf Tiga -Siti ikut sama – Gua cari dimana Jantan Baik – Tidak kelihatan.
Berjalan pulang gua ternampak sekali lagi kumpulan Pipit – di tempat yang sama gua lihat kemarin- Wilayah ini rumput masih panjang. Rezeki banyak.
Di Udara Keng Keng melintas – ha ha – kuat sungguh suara Keng Keng.
Sampai kembali di Wakaf Pertama saekor Ibu sampai – lalu gua beri makanan – nasi dan Friskies. Siti dan Tak Tak dapat hati ayam.
Ketika menulis gua dengar suara How Wow dari belakang dapur. Suara kuat dari kawasan Bukit Hutan.
Ha ha – hari ini pasti panas. Tak Tak sedang menjalar mandi cahaya di balkoni. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SENIN
BRO
Bila lu baca buku – lu sedang berbual senyap-senyap dengan seorang teman.
BRO
Buku ialah benda ajaib yang boleh kita bawa ke mana-mana.
BRO
Buku ialah teman lu yang paling setia. Lu boleh bawa masuk ke tandas untuk berbual. Amin
BRO
LAKUKAN SEKARAN
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA




Tiada ulasan:
Catat Ulasan