Isnin, 19 Januari 2026

APA INI ?


PAS beri bayangan sedia sertai kolaborasi agung


KUALA LUMPUR: PAS memberi bayangan bersedia menjadi sebahagian daripada kolaborasi agung jika seruan itu berpayungkan kerajaan yang menunaikan kewajipan mengikut ketetapan Allah SWT.

Presidennya,  Abdul Hadi Awang, berkata ia antara lain mengambil teladan Rasulullah SAW dengan bertonggakkan perpaduan Melayu Islam berkuasa dan perpaduan kemanusiaan masyarakat majmuk yang menerima kepemimpinan Islam.

Beliau berkata, PAS menolak perpaduan jika pemimpin menjadikan kuasanya kerana harta dan takhta yang dimuliakan serta dihormati kerana takut akan kezalimannya.

Selain itu, katanya, PAS tidak boleh menerima konsep perpaduan terutama yang membisu terhadap kezaliman dan dosa diharamkan Allah, yang menjadi sebab berlakunya perpecahan.

Ahli Parlimen Marang itu juga menjelaskan setiap perbincangan mengenainya perlu datang daripada kalangan ilmuwan bertafaqquh (kefahaman) dalam urusan Islam, bukannya individu jahil.

"Tidak juga melalui ilmuwan tidak bertafaqquh atau meletakkan akalnya dalam perutnya kerana penyelesaian Islam bersifat ilmu serta ciri keilmuan luas dan akal dimuliakan.

"(Ia juga perlu) berpandukan nas yang tidak berubah serta boleh menangani perubahan dalam kejadian alam termasuk manusia dan dasar umum.

"Kita mahukan perpaduan berpayungkan kerajaan menunaikan kewajipan memimpin yang menjadi amanah besar daripada Allah serta ditaati kerana menghormati keadilannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, BH melaporkan, UMNO akan memanggil serta mengundang 10 pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat.

Ia susulan hasrat UMNO untuk menyatukan semua parti Melayu dan Islam di bawah gabungan dikenali 'grand collaboration' atau 'kolaborasi agung', tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan.

Rentetan itu, Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN),  Zahid Hamidi, berkata tiada sebarang perjanjian atau syarat ditetapkan dalam memulakan usaha ini.

Mengenai kerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan, Abdul Hadi berkata, PAS menolak seruan berkonsepkan bebas tanpa sempadan ketetapan Allah yang direalisasikan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).


APAKAH INI

BERMAKNA

PAS  TAK SUKA

ANWAR 

BIN IBRAHIM

YANG SUKA

BERJUBORI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: