Isnin, 19 Januari 2026

TAK SUKA BAHASA MELAYU SILA TINGGALKAN TANAH MELAYU


'Tak payah duduk Malaysia kalau tak mahu terima bahasa Melayu'

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat Malaysia yang enggan menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan supaya tidak tinggal di negara ini.

Bertitah ketika pembukaan sidang Parlimen 2026, baginda menegaskan bahawa apa juga sistem pendidikan yang ingin diperkenalkan harus selari dengan dasar pendidikan negara berteraskan bahasa Melayu.

"Sistem pendidikan negara juga perlu terus diperkasa, sebagai peminaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara.

"Jika hendak buat sistem pendidikan yang baru, ianya mesti dibuat selari dengan dasar pendidikan kebangsaan dan Bahasa Melayu mesti jadi bahasa utama kerana ianya bahasa kebangsaan.

"Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain, mesti terima Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia, kalau ada yang tak terima bahasa Melayu lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titah baginda.


YA AMPOON

YA MAULANA

AMIN

JELAS TERANG

SAPA TAK SUKA

BAHASA MELAYU

SILA TINGGALKAN

TANAH MELAYU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: