Khamis, 8 Januari 2026

WARGA VENEZUELA BANGUN MELAWAN


Venezuela kebumikan mangsa serangan AS, demonstrasi tuntut kembalikan Maduro


CARACAS: Ribuan rakyat Venezuela hari ini berarak menuntut pembebasan Nicolas Maduro, yang digulingkan dan ditangkap dalam serangan Amerika Syarikat (AS), manakala satu video rasmi menunjukkan ahli keluarga yang bersedih meratapi mereka yang terkorban dalam serangan berkenaan.

Penyokong kerajaan mengadakan demonstrasi setiap hari sejak 3 Januari, apabila tentera AS menahan Maduro dan isterinya, Cilia Flores, dalam satu serangan pengeboman di Caracas sebelum membawa mereka untuk dibicarakan atas pertuduhan dadah di New York.

"Nico, bertahanlah, rakyat sedang bangkit!" laung penunjuk perasaan walaupun di bawah panas terik dan hujan sepanjang perarakan sejauh tiga kilometer di pusat bandar Caracas.

"Trump, pulangkan Nico kepada kami!. Presiden kami tidak bersalah, presiden kami seorang pekerja, seorang pemimpin rakyat," kata Nancy Ramos, 58, seorang pemimpin komuniti yang berpakaian ala tentera dan beret merah, dengan air mata bergenang ketika bercakap kepada AFP.

"Kami tidak bersetuju beliau dibawa pergi seperti itu dan dirancang untuk dibicarakan di negara lain kerana negaranya ialah Venezuela," tambahnya sambil memegang dua patung kecil menyerupai Maduro dan Flores.

Kumpulan penunjuk perasaan turut meratapi puluhan individu yang menurut pihak berkuasa terkorban dalam serangan itu serta menyuarakan kebimbangan akan berlakunya serangan lanjut.

"Golongan imperialis datang dengan bom. Mereka membunuh askar dan orang awam," kata Tania Rodriguez, 57, seorang pesara.

Beliau menyertai perarakan itu "dengan kesakitan, malah dengan rasa takut, tetapi kami terus mara dengan maruah dan keberanian."

Pihak pembangkang pula kekal berprofil rendah sejak penahanan Maduro, susulan pengisytiharan darurat yang melarang sebarang pujian terbuka terhadap tindakan AS.

Tentera Venezuela menyiarkan video upacara pengebumian anggota tentera yang terkorban dalam operasi AS itu, memaparkan puluhan ahli keluarga yang berkabung dan keranda yang diselubungi bendera Venezuela.

Sejambak bunga dan kalungan, bersama gambar-gambar si mati, menghiasi keranda yang diiringi anggota tentera beruniform dalam formasi.

Sekurang-kurangnya seorang orang awam serta 55 anggota tentera Venezuela dan Cuba terbunuh dalam serangan 3 Januari itu, menurut angka rasmi kedua-dua negara.

Presiden sementara, Delcy Rodriguez kelmarin mengisytiharkan tujuh hari berkabung bagi memperingati mangsa yang terkorban.

"Imej jasad-jasad itu menusuk jiwa saya, tetapi saya tahu mereka syahid demi kebaikan republik ini," kata Rodriguez.

Menteri Pertahanan, Vladimir Padrino Lopez menuduh Amerika membunuh pasukan keselamatan Maduro "dengan kejam dan tanpa belas kasihan." - AFP



RAKYAT VENEZUELA

BANGUN MELAWAN

AMIN

OMBAK 

ANTI AMERIKA

AKAN MEREBASK

AMIN

WARGA  DUNIA

LAWAN AMERIKA

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Warga Venezuela bangun melawan

Warga Malaysia bangun merunding ☝🏼

Tanpa Nama berkata...

amereka sebuah negara diktator