Ahad, 22 Februari 2026

TERUS TIBAI ANWAR BIN IBRAHIM

 


JANGAN TUBUH

PARTI BARU

AMIN

KEKAL DALAM

PKR & TERUS

TIBAI ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

AMBIL ALIH

PKR

SATU MALAYSIA

AKAN SOKONG

KHALAS

Rafizi akan umum hala tuju politik Jun ini, tak akan sertai parti sedia ada


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, yang lantang mengkritik kerajaan, berkata beliau akan mengumumkan hala tuju politiknya pada Jun ini.

Rafizi berkata hala tuju politiknya akan berpegang kepada prinsip "empat tidak", termasuk tidak menyertai mana-mana parti politik sedia ada.

Dalam satu wawancara bersama Sin Chew Daily, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi itu turut berkata beliau tidak akan menyertai 'kuasa ketiga', tidak akan menubuhkan parti baharu, dan tidak akan bekerjasama dengan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Khairy, bekas Ketua Pemuda UMNO, kekal tanpa parti sejak dipecat pada 2023 atas dakwaan pelanggaran disiplin dan kini menjadi hos bersama podcast Keluar Sekejap.

Walaupun berpendirian demikian, Rafizi berkata, beliau berhasrat mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Namun, beliau enggan mengesahkan sama ada akan bertanding sebagai calon Bebas.

"Pilihan raya umum tidak lama lagi. Ia mungkin diadakan dalam tempoh setahun atau lebih awal. Saya mempunyai tanggungjawab kepada pengundi Pandan dan penyokong di seluruh negara. Mereka mahu tahu sama ada saya akan bertanding pada pilihan raya akan datang dan di bawah panji apa," katanya.

Rafizi berkata beliau memilih Jun untuk membuat pengumuman itu kerana ia menandakan setahun sejak beliau meletakkan jawatan dalam Kabinet Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim.

Beliau berundur selepas tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Nurul Izzah Anwar.

"Saya percaya tempoh setahun mencukupi untuk saya menilai sentimen rakyat, berinteraksi dengan orang ramai dan membuat keputusan mengenai langkah seterusnya," katanya.

Sementara itu, Rafizi berkata beliau bersedia berdepan tindakan disiplin parti, termasuk penggantungan atau pemecatan, susulan kenyataan terbukanya.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, sebelum ini berkata tindakan terhadap Rafizi hanya akan diambil sekiranya terdapat aduan rasmi dikemukakan.

Ahad lalu, Rafizi menyertai bekas menteri dan Ahli Parlimen PKR, termasuk Nik Nazmi Nik Ahmad, Wong Chen dan Rodziah Ismail, pada perhimpunan "Tangkap Azam Baki".

PKR didakwa menyimpang daripada akar reformasi

Dalam wawancara itu, Rafizi turut mendakwa PKR telah menyimpang daripada akar reformasinya.

"Saya menyertai parti kerana idealisme progresif, berbilang kaum, profesional dan terbuka. Ketika itu, kami memenangi undi melalui sikap progresif, keberanian dan keterbukaan bersuara," katanya sambil menambah bahawa ciri-ciri tersebut semakin pudar selepas parti berkuasa.

Beliau menyifatkan kritikannya sebagai satu "ujian tekanan jantung" (cardiac stress test) terhadap PKR bagi menilai tahap toleransi parti terhadap perbezaan pandangan.

Rafizi menegaskan beliau tidak berniat menjatuhkan Anwar atau bertanding jawatan presiden parti, sebaliknya hanya mahu menyuarakan pandangan dan memaklumkan pendirian kepada orang ramai.


Tiada ulasan: