Ahad, 22 Februari 2026

PAGI INI


PAGI INI





PAGI INI

AHAD 22 FEBRUARI 2026

PERANG UKRAINE


DAH EMPAT TAHUN BERPERANG
Lagi dua hari masuk  4 tahun OPERSAI SPESIAL PUTIN. Ratus ribu warga  dah mati. Soldadu mati pun banyak. Jumlah dan angka yang tepat tidak akan di keluarkan. Selesai perang mungkin kitA tahu.

Perang ini hanya akan tamat di MEDAN PERANG – nampak jelas segala bentuk rundingan telah gagal.  Perang berlaku bila perbincangan GAGAL.

PROJEK NAK RUNTUHKAN RUSIA
Perang Ukraine bertujuan anak pecah belahkan Rusia. SEKATAN EKONOMI di jalanan untuk beri tekanan kepada ekonomi Rusia – Bila ekonomi Rusia kacau maka rakyat Rusia akan bangun menjatuhkan Putin. INI TIDAK BERLAKU. 

Ekonomi Rusia terganggu tapi tidak mati. Rakyat masih setia kepada kerajaan Malah Rubel mata wang Rusia tak jatuh nilai. Minyak keluaran Rusia masih masuk  ke pasaran dunia – India dan China pembeli utama.

KINI warga Ukraine hidup parah – musim sejuk takda  leterik.  Paling TERUK kini  ORANG BUNTING pun di tangkap untuk dijadikan soldadu. Anak muda  di tangkap dalam kelab. Warga tua di tangkap  tengah jalan.

Hakikatnya ASKAR UKRAINE DAH PUPUS – hanya kerana bantuan Amerika dan Kesatuan Eropah  maka  perang ini berterusan.  Amerika beri senjata dan risikan. UK dan German dan France beri dana.

Bila perang akan tamat ? Perang akan tamat bila TAK ADA LAGI SAPA NAK JADI SOLDADU  UKRAINE – kah kah kah Amin.


HOKKIEN
Ketika gua dalam dapur lagi gua dah dengar suara How Wow – kuat bergema. Bila gua lalu depan  hutan pagar gua dengar suara Jantan  berkokok.

Buka Pintu Masuk  - wow – Cengkerik bersimponi – bumi basah cengkerik gumbira. Tertiba Tak Tak   memandang lama  ke arah  bukit – Ha  Ha – Jantan ada di sana  Kacak hansem  – kemudian Bini muncul – wow pagi ini  gua bernasib baik berjumpa Jantan Laki Bini.

Hokkien segar cerah basah. Matahari dah muncul. Pipi terasa panas. Langit biru indah. KL & KL Sentral berkabus nipis. Petang kemarin hujan lebat

Siti dan Keluarga dah menunggu gua di Jalan Besar. Pendatang Putih ada sama. Tak Tak marah – tapi Pendatang tak lari kerana nak makan. LaLu gua beri mereka nasi untuk  makan.

Berjalan pulang di Wakaf Pertama – Tiong Laki Bini menunggu sama – kali ini semua dapat Friskies. Gua tabur jauh untuk Tiong dapat rezeki.

Pagi ini meriah – berjalan pulang Murai berkicau – atas bukit suara pelbagai unggas. Hokkien kosong Pekerja masih bercuti justeru suara unggas jelas di dengar.  SUARA BISING KETIKA  sebuah pesawat dua kipas melintas   ke arah KLIA.

Hari ini akan panas. Sinar Tuhan Ra dah masuk ke balkoni gua. Jika petang hujan malam  sejuk santai. Amin.

BRO
SENYUM
SAMBUT AHAD
DENGAN SENYUMAN

BRO
Negara kita ini akan di tawan  oleh China Merah bukan dengan perang hanya dengan rasuah.

BRO
Hanya perang yang akan membawa damai.

BRO
Orang Miskin  wajib memerangi Orang Kaya. Orang Kaya jadi kaya kerana menghisap tenaga buruh Orang Miskin. 

LAKUKAN SEKARANG
LAKUAN HARI INI
SELAMAT BERPUASA HARI KE 4

Tiada ulasan: