Ahad, 22 Februari 2026

TAHNIAH PN - LANTIKAN TEPAT - SELAMAT SAMPA DR SAM


PN BOLEH

MENERAJU NEGARA

AMIN

PARTI ISLAM PAS

WAJIB BERGERAK

KE TENGAH

AMIN

LANTIKAN  DR SAM

LANGKAH AWAL

UNTUK   PAS

MULA BERGERAK

KE TENGAH

KHALAS

Ahmad Samsuri dipilih Pengerusi baharu PN


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu, dipilih sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden GERAKAN,  Dr Dominic Lau, selepas selesai mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) PN di Ibu Pejabat PAS, di sini, hari ini.

Terdahulu, semua empat presiden parti komponen PN dilaporkan tiba di Ibu Pejabat PAS bagi menghadiri mesyuarat itu.

Selain Lau, turut hadir ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan; dan Presiden BERSATU,  Muhyiddin Yassin yang tiba terakhir sekali.

Mesyuarat jam 2 petang dimulakan dengan pertemuan antara presiden parti sebelum disusuli kehadiran Ahli MT PN pada jam 3 petang.

Mesyuarat itu menjadi tumpuan susulan jangkaan perbincangan mengenai pelantikan Pengerusi baharu PN serta kemungkinan penentuan Ketua Pembangkang yang baharu di Parlimen.

Pada 30 Disember 2025, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Januari lalu, selepas mengetuai gabungan itu sejak 7 Ogos 2020.

Tiada ulasan: