Ahad, 13 Mac 2022

KULIAH POLITIK SELESAI

 



PRN Johor: Yang menang, yang tersungkur

BARISAN Nasional (BN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan menyapu 40 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri melalui penyertaan pengundi yang rendah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh malam tadi mengumumkan 1,426,573 orang atau 54.92% daripada pengundi berdaftar di Johor keluar mengundi, termasuk pengundi awal dan pengundi pos.

Jumlah itu hampir menyamai jumlah pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tetapi rendah dalam konteks jumlah pengundi berdaftar hampir 2.6 juta orang, susulan penambahan hampir 780,000 pengundi baharu.

Dengan jumlah pengundi yang rendah, sukar untuk dirumuskan sama ada pengundi Johor sudah bersuara atau mereka sebenarnya jelak dengan politik sehingga tidak mahu mengundi.

Sentimen itu memberikan mandat yang jelas yang diperlukan BN, yang menjadi alasan pilihan raya semalam diadakan lebih awal daripada tempoh mandat sehingga pertengahan tahun depan.

The Malaysian Insight meninjau makna keputusan PRN Johor semalam iaitu PRN yang keempat sejak PRU 2018 – selepas Sabah, Melaka dan Sarawak.


 PELAJARAN

YANG PALING 

BAIK IALAH

MENGALAMI

SENDIRI

AMIN

BILA DAH KALAH

BARU SEDAR 

AMIN

LAMBAT

TAPI OKAY

AMIN

PERLU DIDIRIKAN 

UNITIED FRONT

YANG BARU

AMIN


ZIONIS AJAK BINCANG DI NEGARA ZIONIS

 



ZIONIS ZALENSKY

AJAK PUTIN BINCANG

DI ZIONIS  ISREAL

KHALAS

RASUAH DAN HANTUK KEPALA CUCI DOSA

 


 RASUAH DAN

HANTUK KEPALA

PADA BATU ITAM

AMIN

Unknown commented on

 "BILA KEPALA TAIK

 DAH KELUAR BARU

 NAK CARI JAMBAN"

Kita ada sistem PENTADBIRAN yang korup, ITU saja masalah negara ini, semua Boleh know Tim, semua Boleh Kalau ada pelaris, pelaris pakai Gris pekat lendir Wang ringgit nak cuti nak hadiah cakap saja beres kah kah kah, lagi satu majority tak ada intergriti, sebab boleh cuci dosa,


 boleh hantuk kepala settle semua dosa, maka dosa berulang ulang, nak projek kena kow Tim Munke dulu, selepas ITU baru lah barisan garisan atas sampai bawah kah kah kah ada aduan pun buat pekak buta bisu budaya satu Malaysia amin kah kah kah tak boleh ubah perangai orang Kita diasuh dibelai disusu ngan rasuah setiap hari kah kah kah


TAHNIAH MUDA

 



Muda catat kemenangan sulung di Puteri Wangsa, kata Syed Saddiq

MUDA menunjukkan prestasi baik dalam penampilan pertamanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Presiden Syed Saddiq Syed Abdul Rahman malam ini ketika parti itu menawan kerusi Puteri Wangsa.

Walaupun ia merupakan parti baharu, beliau berkata parti itu menunjukkan prestasi baik dan tidak kehilangan deposit di kerusi yang tewas.

“Muda beraksi dengan baik dan tidak kehilangan sebarang deposit.

“Ia bukan mudah, lebih-lebih lagi apabila Muda terpaksa menggunakan logo sendiri yang masih belum diketahui,” katanya pada sidang media di Le Grandeur Palm Resort di Johor.

Muda bertanding di tujuh kerusi – Puteri Wangsa, Larkin, Parit Raja, Bukit Kepong, Machap, Tenang dan Bukit Permai.

Ahli Parlimen Muar itu berkata walaupun mereka yang kalah di kerusi yang mereka tandingi, mereka akan terus bekerja di lapangan.

“Muda akan terus bekerja di lapangan dan terus menjadi pembangkang yang berkesan untuk mengekalkan semak dan imbang.”

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Amira Aisya yang bertanding di Puteri Wangsa.

Menurut keputusan tidak rasmi, beliau telah memenangi kerusi itu.

“Bukan mudah untuk bertanding di Puteri Wangsa, kerana orang tidak tahu logo itu. Tetapi dengan bantuan akar umbi kami berjaya mendapat kepercayaan rakyat,” katanya.

“Ini adalah permulaan kepada perkhidmatan saya di Puteri Wangsa, saya menaruh harapan besar untuk membangunkan kawasan itu bersama rakyat.”

Setiausaha Agung Muda itu berkata beliau berbangga dengan parti itu memandangkan kerusi yang mereka tandingi bukan mudah.

“Walaupun kami baharu dan menampilkan muka baharu, kami memberikan perlawanan yang baik.

“Terdapat banyak perkara yang perlu dianalisis selepas pilihan raya, ia akan dikongsi dalam masa terdekat.” – 12 Mac, 2022.

TAHNIAH

KEJAYAAN

CEMERLANG

AMIN

AWAS 1 HANTU KOPEK

 



AWAS

JANGAN JADI

MANGSA

HANTU KOPEK

KHALAS

Unknown commented on 

"SESAK NAFAS BUKAN

 SERANGAN KOBID"

Dulu masa gua kecik emak selalu pesan.' Dah senja jgn main luar, nanti kena disembunyikan hantu t*t*k.' Emak ingat gua takut..tapi dalam hati gua...uihh best nyer.... Hahahuihuiuihuhuhu....kahkahkah...

BERKHALWAT HARI KE 722

 



KHALWAT KE 722
AHAD  13/3/2022
KITA MASUK KE  HARI 722
BERKHALWAT

ANGKA MASIH
20,000+++
OMICRON DAH BERANAK
NAMANYA
DELTACRON
LAHIR DI PERANCHIS

OMICRON LAHIR 
DI AFRIKA  SELATAN
AMIN

PRN JOHOR
GEROMBOLAN
MENANG BESAR
AMIN

PERANG UKRAINE
MASUK KE HARI 17
MASIH BELUM DILIHAT
PERDAMAIAN

KOTA KOTA UKRAINE
MAKIN HANCUR
DAN
SOLDADU RUSIA
HANYA LIMA BATU DARI
KYIV 
IBU KOTA UKRAINE

INI MACAM
TENTERA CHINA MERAH
NAIK DI  KOTA BARU
DAH SAMPAI KE SUNGAI BESI
MENGEPONG KUALA LUMPUR
AMIN

PAGI AHAD YANG KERING
HOKKIEN SEGAR
HOW WOW 
BERSUARA

LANGIT TIDAK BIRU
DAN TIDAK GELAP
LANGIT CERAH KELABU
MATA HARI DAH KELUAR

PAGI AHAD
HOKKIEN LENGANG
HANYA ADA SEBUAH MOTOSIKAL
YANG MELINTAS
SEMUA PEKERJA KUBUR CUTI

LOPAK LOPAK AIR
DI JALAN SEMUA DAH KERING
TAK TAK DAN EZI
KAKI TAK KOTOR
PERUT TAK BERPASAIR
DAN 
GUA HANYA PERLU
BASUH KAKI

GUA BERJALAN ARAH KE SUNGAI
LINTAS POKOK MENGKUDU
TAK ADA SUARA UNGGAS
MAKNANYA
BUAH DAH ABIS

GUA HARAP HARI INI
PANAS HINGGA KE PETANG
AMIN

BRO
SENYUM 
SENYUM LAH
KITA MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN

BRO
TAK KIRA HUBUNGAN
BENTUK APA  PERSAHABATAN
SAHABAT KAWAN ATAU HANYA
KENALAN
BILA BERAKHIR TERASA 
SEDIH DI HATI

BRO
SAYANGI KAWAN
DARI HATI
BUKAN DARI KEPERLUAN

BRO
PERSAHABATAN INI
BERGANTUNG PADA KITA
BUKAN DARI ORANG ITU
TAPI DARI APA YANG KITA ISIKAN
DALAM PERSAHABATAN ITU
BUKAN APA YANG
KITA AKAN DAPAT

BRO
BERJALAN DENGAN
KAWAN DALAM GELAP
LEBIH INDAH DARI
BERJALAN SEORANG DIRI
DALAM TERANG

BRO
HADIAH DALAM HIDUP
YANG PALING BERNILAI
IALAH
 MENDAPAT SEORANG KAWAN
YANG JUJUR

BRO
SEDIH YANG PALING SEDIH
IALAH
KEHILANGAN SEORANG
KAWAN

BRO
PERSAHABATAN BERMAKNA
KESEFAHAMAN
BUKAN PERSETUJUAN
INGATAN  AKAN BERTERUSAN
WALAU PUN BERJAUHAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT