Selasa, 24 Februari 2026

TEATER AMERIKA - SKRIP LAMA


AMERIKA BUAT

TEATER PAKAI

SKRIP LAMA

KAH KAH KAH

KUNUN NAK SERANG

ARAH PEGAWAI

SEMUA  UNDUR

KAH KAH KAH

INI SKRIP LAMA

PERANG SARAF

NAK BERI TAKUT

KAH KAH KAH

SEBENARNYA

AMERIKA TAKUT

NAK SERANG IRAN

AMIN

AKHIRNYA  UMUM

ADA PERJANJIAN

KAH KAH KAH

KHALAS


AS arah staf bukan petugas utama tinggalkan kedutaan di Beirut


WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengarahkan staf bukan petugas utama untuk berpindah keluar dari Kedutaan AS di Beirut, Lubnan, susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, lapor Xinhua.

"Jabatan Negara telah mengarahkan pelepasan staf Kerajaan AS bukan petugas utama serta ahli keluarga yang layak dari Kedutaan AS di Beirut.

"Kami sentiasa menilai persekitaran keselamatan, dan berdasarkan penilaian terbaharu.

"Kami memutuskan bahawa adalah wajar untuk mengurangkan kehadiran kami kepada kakitangan penting sahaja," menurut Jabatan Negara dalam satu kenyataan tanpa memberikan alasan khusus.

Sumber di kedutaan AS berkata seramai 50 individu telah dipindahkan, manakala seorang pegawai di lapangan terbang Beirut menyatakan 32 kakitangan kedutaan serta ahli keluarga masing-masing berlepas dari lapangan terbang Beirut pada Isnin.

Jabatan Negara AS memaklumkan bahawa pemindahan itu adalah langkah sementara dan kedutaan kekal beroperasi dengan kakitangan teras.

"Sekiranya kakitangan yang berada di posisi kecemasan ingin meninggalkan jawatan, sila semak susunan alternatif untuk mengisi posisi kecemasan itu.

"Rujuk dengan Pejabat Eksekutif biro serantau anda jika perlu," menurut satu surat dalaman Jabatan Negeri mengenai penarikan balik kakitangan itu, yang dilihat oleh Reuters.

Satu pusingan baharu rundingan AS-Iran kini dijadualkan berlangsung pada Khamis di Geneva dan dijangka menumpukan kepada program nuklear Iran, termasuk tahap pengayaan uranium dan pelonggaran sekatan.

Presiden AS, Donald Trump, pada Jumaat berkata beliau sedang mempertimbangkan serangan ketenteraan terhad ke atas Iran.

AS mengerahkan salah satu penempatan ketenteraan terbesar di Asia Barat, dengan Trump memberi amaran akan menjadi 'hari yang sangat buruk' bagi Iran sekiranya tiada perjanjian dicapai untuk menyelesaikan pertikaian program nuklear Tehran.

Iran pula mengugut untuk menyerang pangkalan AS di rantau itu sekiranya ia diserang.

Jabatan Negeri AS turut mengemas kini amaran perjalanan bagi Lubnan, menegaskan semula bahawa warganegara AS tidak digalakkan untuk melancong ke negara itu.

Kakitangan kedutaan yang masih berada di sana dilarang melakukan perjalanan peribadi tanpa kebenaran awal, dan sekatan perjalanan tambahan mungkin dikenakan 'dengan sedikit atau tiada notis disebabkan isu keselamatan atau ancaman yang meningkat', menurut amaran itu. - AGENSI


Tiada ulasan: