Selasa, 24 Februari 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

SELASA 24 FEBRUARI 2026

PUASA HARI KE 6

PERIKATAN NASIONAL


DR SAM PEMIMPIN BARU
Bila diumum Dr Sam sebagai Pengerusi Baru Perikatan Nasional ombak segar meredah Malaysia. Memang ramai berharap Dr Sam akan di lantik.

LANTIKAN DR SAM LANGKAH BIJAK DARI PERIKATAN  NASIONAL.

Dalam  dunia siber  -  Tik Tok – Insta -FB dan dan dan semua heboh dengan nama Dr Sam. Ada yang bertanya sapa Dr Sam. Ada yang memberi pencerahan Dr Sam ini memiliki keilmuan kapal terbang. Bukan ilmu Pengajian Melayu dari UM. 

Malah jelas Dr Sam telah di anggap OLEH WARGA INTERNET  sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. 

Ombak segar sedang merebak. Ini petanda baik untuk memastikan Madafaka Anwar bin Ibrahim akan di humbankan dalam PRU16.

TAPI – AWAS !
Parti Dr Sam ialah Parti Islam PAS.  Untuk meneraju Malaysia PAS wajib bergerak ke garis tengah.

PAS JANGAN DI LIHAT SEBAGAI PARTI LEBAI KAMPUNG.  

Untuk memenangi  hati  rakyat  mudah :
Pertama JAGA KERJA
Kedua JAGA MAKAN
Ketiga JAGA RUMAH
Keempat JAGA SEKOLAH
Kelima  JAGA HOSPITAL

Jangan JAGA BURIT & KOTE RAKYAT

Bukan TUGAS KERAJAAN untuk menjaga BURIT & KOTE RAKYAT. Amin

HOKKIEN
Pagi ini sejuk kering. Langit biru muda berawan putih. Matahari belum bersinar. KL & KL Sentral berkabus agak tebal. 

Bila gua mendaki masuk  suasana sunyi. Tak  kedengaran suara How Wow -  tapi Simponi Cengkerik cukup kuat – macam gua masuk hutan bana.  Cengkerik berdesing  kuat – Ring Riang juga berlagu.

Di jalan besar hanya Siti  yang menunggu. Yang lain tak kelihatan. Lalu gua beri Friskies untuk Siti. Bila gua menapak ke Wakaf Tiga Siti mengekor. Kemudian berjalan pulang bersama Tak Tak.

Bila gua sampai ke Wakaf Pertama – kosong – Gua terperanjat kerana sebaik saje gua sampai Tiong Suami Isteri berlabuh.  Ertinya Tiong juga  dah tahu sapa gua – tanpa perlu melihat Siti dan Keluarga. Gua tabur Friskies – kali ini Tiong makan tanpa takut takut.

Gua berjalan  pulang ke arah Pintu Masuk muncul dua Ibu dan Jantan Baik. Gua beri nasi untuk mereka bertiga – YANG LAIN entah berhijrah  ke mana ?

Di Pintu Masuk gua terdengar Jantan  berkokok. Ha ha pagi ini ada dua ekor jantan berkokok  lawan berlawan. Suara merdu dari  Jantan Tua – suara serak dari Jantan Muda – macam suara SM Salim dengan Ahmad Jais. 

Bila jantan berkokok pagi ini menjadi indah.

Ketika gua menulis ini - Matahari dah bersinar indah – Tak Tak sedang menjalar di balkoni. Gua rasa jika panas tak terik puasa hari ini jadi santai. Amin

BRO
SENYUM
SAMBUT SELASA
SEPERTI BIASA

BRO
Perkara besar yang wujud  semuanya bermula dengan kerja kecil.

BRO
Hati dan jiwa lu akan tenteram jika lu terus berlaku baik sesama manusia.

BRO
Orang baik lebih ramai dari orang jahat.  Lu pilih lah  lu nak jadi orang jenis apa. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERPUASA

Tiada ulasan: