Selasa, 26 April 2022

MELAYU HILANG KOMPAS

 




Najib popular kerana rakyat sudah hilang rasa malu, kata Rasuah Busters

NAJIB Razak sudah tentu tidak akan popular walaupun telah disabitkan bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram serta berdepan banyak lagi pertuduhan jika rakyat dapat membezakan mana satu yang betul dan tidak, kata pengasas gerakan antirasuah.

“Kita sudah tidak ada rasa malu.

“Mengiktiraf kebaikan seseorang itu tidak salah, tetapi menjadikan orang yang telah disabitkan bersalah seperti Najib popular, itu kita perlu renungkan,” Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters Nurhayati Nordin memberitahu The Malaysian Insight.

Nurhayati berkata dalam hal ini Najib tidak harus dipersalahkan kerana bekas perdana menteri itu mempunyai keberanian untuk terus muncul di hadapan khalayak ramai meski dilabelkan sebagai memalukan negara.

“Walaupun tidak boleh menyalahkan sekumpulan kecil pemimpin yang mengambil kesempatan ketika rakyat sedang terbeban dengan masalah ekonomi, kita sendiri sepatutnya ada kesedaran,” kata aktivis berusia 47 tahun itu, ketika ditanya pendapat beliau mengenai populariti Najib semasa pilihan raya negeri di Melaka dan Johor baru-baru ini.

Bekas peguam itu berkata bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia bahawa rasuah mesti diperangi dari segenap penjuru, pendidikan dan kempen antirasuah perlu diperhebat hingga ke peringkat akar umbi.

Rasuah Busters katanya sedang menggiatkan usaha untuk mengikis toleransi rakyat Malaysia terhadap jenayah rasuah.

Nurhayati menambah, kebanyakan rakyat kini sudah hilang rasa malu dan seperti tidak kisah dengan rasuah.

“Sikap ini perlu ditangani. Di Rasuah Busters, kami menyedari rasa malu ini perkara mustahak, oleh itu kami menekankan nilai moral.

“Disabitkan bersalah oleh mahkamah kedua tertinggi di Malaysia bukanlah satu kebanggaan dan rakyat perlu sedar yang mereka tidak perlu mempopularkan Najib.

“Rakyat kena tanya pada diri sendiri kenapa mesti popularkan orang yang ada imej sebegini.

“Kita tak sepatutnya menyokong tindakan tidak bermoral yang melingkupkan negara, kerana hanya perasuah memilih pemimpin  terpalit rasuah,” katanya.

Pada 28 Julai 2020 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC). 

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan diselesaikan.

Najib selain itu berdepan pelbagai pertuduhan berkait skandal 1Malaysia Development Berhad.

Selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan terpalit kes rasuah 1MDB, ahli Parlimen Pekan itu tampil dengan kempen “Malu Apa Bossku” bagi memulihkan imejnya dalam kalangan orang Melayu. – 26 April, 2022. 

MELAYU HILANG

KOMPAS NILAI

AMIN

AMAL MAKROF

NAHI MUNGKAR

TAK JALAN

AMIN

KENAPA JADI

MACAM INI ?

AMIN

JAWABNYA

THE OTHER

YANG LAIN

AMIN

APA MAKNA

THE OTHER

YANG LAIN

AMIN

MAKNANYA

OK NAJIB MENCURI

DIA MELAYU BUKAN

THE OTHER IAITU

CHINA

NAJIB MELAYU

BUKAN CHINA

KHALAS

MERAYAKAN BUDAYA MELAYU

 



MERAYAKAN

BUDAYA MELAYU

AMIN

LEMANG KETUPAT

TAPAI RENDANG

KHALAS

hamim commented on 

"ISHAM RAIS PENGANUT

 ISLAM BUDAYA"

Isham Rais kata kamu penganut islam budaya, tolong bagi tahu apa dia islam budaya, adakah islam budaya tidak beriman tak tidak percaya kepada Rukun Iman, dan adakah islam budaya tidak mengamalkan Rukun Islam?

BERSEDIA MENGHADAPI CHINA MERAH

 



BERSEDIA

MENGHADAPI

CHINA MERAH

AMIN

KITA MACAM MANA?

AMIN

 UMNO BUAT

 KERJA SAMA DENGAN 

PARTI 

KOMUNIS CHINA

AMIN

DIRIKAN BANYAK PENJARA

 



DIRIKAN

BANYAK LAGI

PENJARA DEMI KESEJAHTERAAN 

ORANG RAMAI

AMIN

ToraTora commented on

 "NAJIB BUAT 

HELAH LAGI"

nak sumbat najib dlm jel kena slow slow...ingat mael cuma ada 114 , 114 tu bukan semua mr clean, kalau rasa tak selamat 114 akan melompat....kalau nak malaysia jadi suci murni tak cukup penjara sg buluh woo....

TUGAS KITA HASUT BERI PENCERAHAN

 



TUGAS KITA

HASUT BERI

PENCERAHAN 

UNTUK BANGUN

MELAWAN

AMIN

Unknown commented on

 "JANGAN PUTUS ASA"

orang baik tahu kejahatan yang tak bangun melawan adalah orang jahat

PUASA HARI KE 24

 



PUASA HARI KE 24

SELASA 25/4/2022
KITA MASUK KE HARI 24
BERPUASA

LAGI BERAPA HARI
KITA RAYA ?
KAH KAH KAH

ANGKA  MAT KOBID
MAKIN MENURUN
AMIN

CUACA
TIAP PETANG HUJAN TURUN
APAKAH INI WATAK
BULAN TIGA DAN BULAN EMPAT
GUA LUPA  CUACA
TAHUN LALU

SAPA ADA INGATAN
SILA BERI PENCERAHAN

EKONOMI
INFLASI HARGA BARANG
MAKIN NAIK
AWALNYA DI GANGGU KOBID
KINI DIGANGGU PERANG

PERANG UKRAINE
DAH MASUK TAHAP BAHAYA
RUSIA MEMBUAT
LEDAKAN PERCUBAAN
BOM NUKLEAR
APA KAH INI SIGNAL?
BOM NUKLEAR AKAN DIGUNAKAN?

HOKKIEN
PAGI INI SEJUK BASAH
HUJAN LEBAT PETANG KELMARIN
LOPAK AIR MASIH ADA

MATA HARI BELUM KELUAR
YANG GUA DENGAR 
KICAUAN MURAI
JUGA 
GUA NAMPAK SAEKOR PIPIT
MERAGUT RUMPUT
KENAPA KESAORANGAN
GUA PUN HAIRAN
BIASANYA BERKUMPULAN

DI LORONG MASUK
EMPAT ORANG  PEKERJA SEDANG MEMBAIKI KUBUR
TIGA BANGLA
SATU INDON
INILAH MALAYSIA KITA

KL & KL SENTRAL KELAM
GUA RASA HARI INI
PANAS TAK TERIK
DAN HUJAN PETNAG
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUM GEMBIRA
KITA DILAHIRKAN
KEMBALI UNTUK MEMBUAT
KEBAJIKKAN

BRO
SOSOK BIJAK
MELAKUKAN DAHULU
SEBELUM BERCAKAP
KEMUDIAN BARU BERCAKAAP
MENGIKUT APA YANG TELAH DILAKUKAN

BRO
SESUATU KEJAYAAN
BERGANTUNG PADA PERSEDIAAN
TANPA PERSEDIAAN 
PASTI AKAN GAGAL

BRO
HANYA SOSOK
YANG BIJAK
DAN
SOSOK YANG BEBAL
TIDAK BERUBAH

BRO
KAJI SEJARAH LAMPAU
JIKA MAHU MAJU
KE DEPAN

BRO
KEAGUNGAN KITA
BUKAN KERANA KITA
TAK PERNAH GAGAL
TAPI
SETIAP KALI GAGAL
SETIAP KALI KITA BANGUN

BRO
BELAJAR TANPA BERFIKIR
BUANG MASA
FIKIRAN TANPA BELAJAR BAHAYA

BRO
JANGAN PAKSAKAN
PADA ORANG LAIN
PEKARA YANG LU SENDIRI PUN
TIDAK MEMINATI

BRO
BILA LU BUAT SILAP
DAN LU TAK BETULKAN
KESILAPAN
INI SEBENARNYA KESILAPAN

BRO
PEMBELAJARAN BAWA KEYAKINAN
KEYAKINAN BAWA HARAPAN
HARAPAN BAWA  DAMAI

BRO
SOSOK YANG BIJAK
RENDAH DIRI DALAM BERCAKAP
TAPI HEBAT
DENGAN APA YANG DIBUAT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERPUASA