Ahad, 12 Jun 2022

WARISAN SENI SEJARAH


Pembuat beca tertua Pulau Pinang mahu bersara

CHOO Yew Choon, 65, antara pembuat beca terakhir di Pulau Pinang, merancang untuk bersara daripada pekerjaan yang diwarisinya sejak 35 tahun itu. 

Warga emas itu adalah generasi keempat pewaris pekerjaan yang merupakan aktiviti perniagaan turun-temurun keluarganya yang dianggarkan sudah berusia lebih daripada 100 tahun.

Choo mula terlibat secara langsung dalam aktiviti membuat dan membaik pulih beca di sekitar Pulau Pinang pada 1989 selepas bapanya jatuh sakit.

“Dahulu saya kerja kilang, apabila ayah sakit saya balik tolong (menguruskan perniagaan), waktu itu saya berusia 30 tahun.

“(Sekarang) sudah 35 tahun buat beca dan baik pulih beca tiga roda. Kedai sudah 100 tahun, saya generasi keempat pembuat beca, diwarisi daripada keluarga bapa,” kata Choo, kepada The Malaysian Insight.

Kedainya yang hari ini terletak di Jalan Pintal Tali, Pulau Pinang mula beroperasi pada 2003 dan bertahan hampir 20 tahun.

Perniagaan keluarganya itu bermula di Lebuh Chulia dan beroperasi lebih 80 tahun sebelum berpindah disebabkan kadar sewa bangunannya naik.

Choo kini merancang untuk bersara dan berhenti terus daripada terlibat membuat dan membaik pulih beca kerana umurnya semakin meningkat.

Ditambah lagi tiada anak-anak mahupun warisnya yang mahu menyambung legasi perniagaan itu kerana ia tidak memberikan pulangan yang setimpal.

“Dah tua mesti mahu berhenti, saya pun sudah tak larat, (dalam tempoh) tiga atau lima tahun lagi saya mahu berhenti. Ini kerja berat.

“Anak-anak semua kerja di luar negara. Anak sulung pernah cuba, setahun kemudian dia tak mahu, dia kata kerja ini dia tak boleh buat. 

“Ini kerja kena ada minat, kalau tidak minat ajar pun tak guna,” kata bapa kepada tiga anak itu.  

Anak-anaknya kata Choo bekerja di luar negara, di Singapura dan Thailand.

Tambah Choo, sukar baginya mencari pelapis memandangkan pekerjaan sebagai pembuat beca tidak menjanjikan hasil lumayan.

“Ada juga yang mahu belajar buat beca tapi saya tak terima. Ini kerja tak bawa untung banyak, kos tinggi, sewa tinggi, untung kurang,” katanya. 

Kesukaran mendapatkan alat ganti beca yang kebanyakannya diimport dari China dan Thailand juga punca Choo menimbangkan hasratnya untuk bersara.

“Ada sesetengah barang alat ganti yang sudah tidak ada lagi, seperti loceng beca, mana-mana barang yang menggunakan alat ganti basikal masih ada, tetapi kalau alat ganti untuk beca memang sudah tidak ada.

“Alat ganti susah nak cari, ada alat ganti yang sudah tidak dikeluarkan lagi jadi saya cari barang yang lama-lama.

“Sedikit hari lagi banyak barang yang sudah tidak ada lagi, barang-barang ini semua buatan tangan,“katanya.

Choo berkata, disebabkan kekangan usianya juga tempoh masa menyiapkan seunit beca menjadi lebih panjang daripada sepatutnya.

“Sekarang masih ada buat beca baru, untuk siapkan beca sepatutnya memakan masa 20 hari, tapi saya buat dalam masa 35 hari.

“Saya buat seorang sahaja, sebulan tak boleh siap, saya ada membaik pulih beca lagi,” katanya.

Selain itu, tempahan untuk beca baharu juga katanya sangat sedikit hingga menyebabkan sukar baginya untuk terus bertahan. 

“Seunit beca sekarang berharga RM7,000. Tempahan pun sangat kurang, dalam setahun tempahan hanyalah antara tiga hingga empat unit beca sahaja, itu pun beca untuk pameran. Kalau penarik beca di sini tidak beli.

“Untuk tahun ini pun baru dua tempahan sahaja,” katanya.

Selain tempahan dari dalam negara, Choo juga pernah menerima tempahan beca daripada pelancong luar negara dan ekspatriat yang bekerja di Pulau Pinang untuk membawa beca yang ditempah itu pulang ke negara mereka. 

Choo berkata, beca hasil tangannya juga pernah dihantar ke Australia, New Zealand, Perancis, dan Jerman.

“Setakat ini saya sudah buat lebih 100 unit beca,” kata Choo.

Selain beca untuk membawa penumpang, Choo turut menghasilkan beca bagi kegunaan peniaga gerai tepi jalan.

Setiap rekaan beca roda tiga untuk peniagaan gerai tepi jalan pula katanya perlu dibuat mengikut spesifikasi tempahan dan perniagaan yang ingin dijalankan pemiliknya dan dijual pada kadar RM7,500 hingga RM8,000 seunit.

“Kalau gunakan untuk buat mee goreng depan kena ada dua lubang, satu untuk menggoreng, satu lagi untuk masakan, kalau jual sup, tengah ada lubang.

“Tempahan semua ikut jenis perniagaan mereka,” katanya.

Choo kini masih mampu bertahan menguruskan perniagaan berkenaan apabila kerajaan negeri Pulau Pinang ada menyediakan peruntukan kepada penarik beca untuk menyelenggaranya.

Penarik beca akan menghantar beca mereka untuk diselenggara kepada Choo dan pembayaran kemudiannya akan dibuat oleh kerajaan negeri.

Choo bagaimanapun tidak pasti sama ada akan terdapat kedai membuat beca lain bagi menggantikan kedainya apabila dia bersara nanti.

“Setakat ini, kalau kedai baik pulih ada lagi, kedai buat beca saya sahaja, saya tidak tahu kalau orang lain kalau ada buat beca.

“(Dalam tempoh) tiga atau empat tahun pun umur saya sudah dekat 70 tahun, nak buat apa lagi, pencen, bersaralah, duduk rumah, cadangannya macam inilah, tapi belum tahu lagi,” kata Choo, mengakhiri perbualannya. – 12 Jun, 2022.


BALAI SENI

MUZIUM NEGARA

WAJIB BELI

SEMUA ARTIFEK

INI SEBAGAI

BAHAN WARISAN

AMIN

BALAI SENI

WAJIB PAMERAN

BENTUK SENI BECA

AMIN

 BUKAN HANYA

LUKISAN LATIF

WAJIB DIPAMER

DI BALAI SENI

BECA JUGA

BERTARAF SAMA

KHALAS

JUAL SENJATA


JUAL SENJATA

AMIN

Unknown commented on 

"YANG MATI DAN 
YANG BUAT DUIT"

Sejak kita diserang dan dijajah Jepun, kita dah jadi penakut pengecut tak berani berperang. Sama penakut pengecut mcm Jepun selepas di bom atom hiroshima dan nagasaki. Sempadan dan perairan kita di ceroboh ikut suka hati siapa saja. Kalau bertindak pun habis kuat kita kowtim. Sedangkan negara2 kaya pula sebuk mengadu domba, berperang dan menjual senjata. Sebab mereka lebih bijak dan berani dari kita. 


Cukai rakyat mereka akan dibeli senjata dan yg untung pengeluar dan broker2. Di russia pun dah tentu penjual senjata mereka juga sedang menikmati suasana yg serupa. Sedang untung hasil jualan senjata. Adakah kedua2 blok yg berperang ini sedang berpakat untuk melariskan senjata mereka? Kita tak sebijak mereka. Kalau kita nak beli senjata pun kita kena pastikan boleh kowtim. Kalau boleh kita akan beli dan bayar dulu barang yang tak sampai sampa

SRI LANGAK KERAN PERANGKAP

 

AWAS !

SRI LANGKA

KENA JERAT

CHINA MERAH

AMIN

ALONG BARU

NAK GANTI

AMERIKA

KHALAS

JUAL KELENTIT



JUAL KELENTIT

AMIN


Unknown commented on 

"AWAS ! 
INI PERMULAAN"

Kelentik kering perlu diperluaskan tanamannya secara komersial. Mesia boleh jd pengekspot terbesar kelentik kering dipasaran dunia sebelum Thailand menjadi pelopor tanaman ini.

HARGA GETAH NAIK


HARGA 

GETAH NAIK

AMIN

Unknown commented on 

"PANDANGAN PENEROKA
YANG TEPAT"


.. gua ingat masa harga getah kaw2 mewah... wacakaklu deme sanggup benti kerja balik kg menoreh.. bila harga jatu semua pakat jadi jaga... kah kah kah

LAGI 25 HARI




TUNGGU HUKUMAN
AHAD 12/6/2020
LAGI 25 HARI
ROSMAH JATUH HUKUM

ANGKA KOBID
GUA TAK TENGOK

NAJIB
KES PEGUAM
MAT SALLEH JADI KE
TAK JADI ?

BAHAN BUKTI BARU
DI TERIMA KE
ATAU
HANYA PUTAR
AMIN

UKRAINE
MAKIN PARAH
EKONOMI DUNIA MAKIN PARAH
INFLASI DISANA SINI

DI AMERIKA
HARGA MINYAK KERETA
NAIK MENDADAK
DAH HAMPIR 10 DOLAR SEGELEN
BIDEN TERUS SALAHKAN PUTIN
WAL HAL YANG HALANG
MINYAK RUSIA 
MASUK PASARAN DUNIA 
 IALAH 
BIDEN SENDIRI
KAH KAH KAH
DAPAN KUMO
PADAN  MUKA
KAH KAH KAH

HOKKEN
CERAH SEGAR BASAH
UNGGAS GEMBIRA
DI PAGI YANG INDAH

MATA HARI DAH KELUAR
BELUM BERSINAR TERIK
KL & KL SENTRAL BERKABUS
KABUS TEBAL
HUJAN PETANG KELMARIN

GUA DENGAR JANTAN BERKOKOK
DARI BUKIT TEPI SUNGAI
KENG KENG
BAUT BISING SANA SINI
MENGINDAHKAN  LAGI
PAGI YANG INDAH

BRO
SENYUM
SENYUM 
DI PAGI AHAD YANG INDAH

BRO
TIGA PERKARA BAIK
BAIK FIKRAH
BAIK TUTUR KATA
BAIK KELAKUAN

BRO
ADA TIGA JENIS SOSOK MANUSIA
MANUSIA  MEMBINA SESUATU
MANUSIA  MELIHAT YG BERLAKU
MANUSIA YANG HAIRAN
APA YANG BERLAKU

BRO
EMPAT SOALAN BAWA KEJAYAAN
KENAPA?
KENAPA TIDAK?
KENAPA TIDAK AKU?
KENAPA TIDAK SEKARANG ?

BRO
TANDA TANDA MAT BEBAL
MARAH TAK TENTU HALA
BERCAKAP TAK BAWA UNTUNG
BERUBAH TAK BAWA KEMAJUAN
SELIDIK TANPA TUJUAN
PERCAYA PADA MAT PUTAR
LAWAN DIANGGAP KAWAN

BRO
JUJUR PADA DIRI SENDIRI
SETIAP HARI
HARI YANG AGUNG
BANTU KAWAN
BANYAK MEMBACA
JADIKAN PERSAHABATAN SATU SENI
SEDIA PAYUNG SEBELUM HUJAN
SYUKUR DENGAN
APA YANG ADA

BRO
KITA SEMUA SENANG MARAH
TAPI NAK MARAH
PADA SOSOK YANG BETUL
DENGAN CARA YANG BETUL
DENGAN MASA YANG TEPAT
DENGAN TUJUAN YANG BETUL
BUKAN MUDAH
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
7 JULAI 2022