Sabtu, 22 Oktober 2022

SULTAN TAHU PERANGAI POLITIKUS


Pemimpin khianat, tipu akan jahanamkan negara, titah Sultan Selangor

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah pemimpin yang hanya mahukan kuasa dan mencari kekayaan dunia akan menjadi perosak serta pengkhianat kepada rakyat dan negara.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin turut menegaskan pemimpin yang khianat, menipu dan menyalahgunakan kuasa untuk mengumpul kekayaan diri, pasti akan dibenci oleh rakyat dan dikutuk oleh Allah SWT kerana boleh menjahanamkan negara.

“Sesungguhnya pemimpin yang tidak menegakkan nilai integriti, kejujuran dan amanah, akan menyebabkan pemimpin itu sendiri terjerumus ke dalam aktiviti bersifat kemunafikan dan kemaksiatan, seperti amalan rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan menyebarkan fitnah, yang mengakibatkan kerosakan sebuah kehidupan bermasyarakat dan bernegara,” titah baginda.

Titahnya lagi pemimpin yang berintegriti, jujur dan beramanah bukan sahaja akan mengubah landskap dan ekosistem kehidupan bermasyarakat bahkan akan memacu negara untuk mencapai matlamat yang telah dirangka, agar menjadi sebuah negara mampan, stabil, dihormati dan beridentiti.

Sultan Sharafuddin bertitah junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW, telah menonjolkan dirinya sebagai ikon hamba Allah yang berintegriti tinggi, sehingga dikenali dengan gelaran ‘al-Amin’, iaitu ‘yang sangat dipercayai’ dalam kalangan masyarakat Islam ketika itu.

Justeru baginda bertitah integriti berlandaskan nilai-nilai Islam yang berpaksikan kepada kekuatan akidah, syariah dan akhlak, adalah penyelesaian terbaik kepada kerosakan dan kemelut yang berlaku dalam diri, organisasi dan negara hari ini.

“Sedarlah wahai pemimpin, janganlah kamu menjadi pengkhianat terhadap amanah yang diberikan,” titah baginda sambil menambah sifar jujur dan amanah hendaklah menjadi identiti yang sebati dalam diri pemimpin.

Titah baginda golongan pemimpin hendaklah menyerlahkan bukan sahaja kelembutan budi bahasa tetapi kemuliaan akhlak dari sudut kejujuran dan keikhlasan serta boleh diyakini dan dapat dipercayai oleh rakyat bahkan mengundang kehormatan daripada negara-negara lain di dunia. – Bernama, 21 Oktober, 2022.

SULTAN TAHU

PERANGAI

HODOH

 POLITIKUS

AMIN

KERANA POLITIKUS

GAGAL MAKA

SULTAN AKAN

KEMBALI

 BERKUASA

AMIN

KHALAS

PARTI AMANAH BERJIWA BESAR



AMANAH sambut baik pertemuan Mahathir-Anwar, namun minta hormati pilihan PM Pakatan Harapan

AMANAH menyambut baik kesediaan Pengerusi Pakatan Harapan  Anwar Ibrahim menerima pelawaan  Dr Mahathir Mohamad untuk bertemu.

Namun Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menegaskan, parti-parti dalam Pakatan Harapan telah bersetuju Anwar adalah calon perdana menteri pilihan mereka.

“Dalam mewujudkan kerjasama, kami harap perkara ini sentiasa diperakui dan dihormati,” kata Khalid dalam kenyataannya hari ini mengulas kesediaan Anwar untuk bertemu Mahathir.

Mahathir dalam kenyataan melalui videonya semalam sekali lagi menghulurkan tangan perdamaian kepada Anwar, kira-kira sebulan menjelang pilihan raya umum pada 19 November.

Dalam video yang dikeluarkan hari ini, bekas perdana menteri dua kali itu berkata dia sedia bertemu dengan Anwar dan bersedia mengorak langkah ke arah itu.

Tidak kisah dianggap menjilat ludah, Mahathir berkata dia sedia melakukan perkara itu bagi menyelamatkan Malaysia, seperti yang dirintisnya pada 2018 untuk menjatuhkan Najib Razak.

Bagi Khalid, kerjasama semua pihak perlu untuk menyekat Umno/BN bangkit semula yang menyebabkan negara kembali ke belakang.

Bagi Khalid, parti-parti pembangkang perlu bekerjasama dalam pilihan raya ini untuk menentang Barisan Nasional (BN) bagi menyekat kemungkaran dan kemusnahan negara yang disebabkan oleh parti itu.

“Kesedian untuk dua pihak ini bertemu menunjukkan mereka lebih mengutamakan kepentingan negara dari perasaan atau kecenderungan masing-masing. Sikap mengutamakan kepentingan negara perlu disanjung dan dicontohi semua,” katanya.

PRU ini merupakan satu PRU yang sangat penting untuk menghalang kembalinya Umno/BN ke tampuk kekuasaan. Oleh itu usaha kerjasama untuk elak berlakunya pecah undi adalah penting, katanya.

UNTUK MELAWAN

MUSUH UTAMA

SEMUA PERLU

BERSATU

AMIN

KETEPI PERBEZAAN

BERSEPAKAT

LAWAN PENCURI

LAWAN PENYAMUN

LAWAN PERASUAH

LAWAN UMNO

AMIN

KHALAS

SAUDARA KITA PERLU BANTUAN



SAUDARA KITA

PERLU BANTUAN

AMIN

UNDI YANG ADIL WALAU PUN KAPIR


UNDI YANG ADIL

WALAU PUN KAPIR

AMIN

KHALAS

Unknown commented on
 "PANGKAH SEDU"

Imam Ali AS bgtau,Pilih pemimpin yg adil walaupun dia kafir sbb keadilan dia berguna utk org lain tp kafir dia hanya Tak manfaat diri dia sorg,jgn pilih pemimpin yg kejam walaupun dia islam sbb keislaman dia hanya berguna utk diri dia sorg je.


NAJIB ADA TALIPON DALAM JIL?


NAJIB ADA

TALIPON 

DALAM JIL  ?

AMIN

KHALAS


Amier The Hero commented on
 "ANAK BANDUAN MARAH"

Apak omak anak samo bangang!!! Jgn layan dah keturunan ni.. seghupo gampang!!! Tak ketahuan aghah punyo manusio. Duit dah beghatuih billion, tak cukup laie ko.. nak memokak jugak laie. Dok ontok², umo panjang apak eh idop lagi 12 tahon.. maso tu tolan la duit songlap yg disughok kan tu. 


Jgn nnt menantu ngap dulu harta² ismet ulam raja dan fatimah hatom tai sudah la.. kah kah kah kah kah kah!!! Kono igt, besan fatimah hatom tai pun samo level skali.. bokeh laki eh punyo pompuan simpanan hilang without a trace. Den ghaso.. keluargo tu akan dapek pengajaran bilo menantu dgn besan dah ngap sumo ghoto nnt tak cayo.. kito tggu la kesudahan eh. Org monggol tu.. jgn buek memain.. kah kah kah kah kah!!!

SEDIA MENUNGGU

 





SEDIA MENUNGGU

SABTU  22/10/2022
SEMUA SEDIA MENUNGGU
MENUNGGU KEMPEN
MENUNGGU NAMA CALON
MENUNGGU LAPORAN
KAJI CUACA
AMIN

UNDI 18 JADI KUNCI
TAPI MACAM MANA
NAK BAWA MEREKA TURUN MENGUNDI
KALAU DULU ADA DEMO BERSIH
KALI INI TAK DA DEMO

TAK DA DEMO JALAN RAYA
TAK MENANG PILIHANRAYA
AMIN

UKRAINE
TAMBAH BERAT
GUA PERHATIKAN
POLITIKUS EROPAH MAKIN BANGANG
TAK NAK BELI GAS
DARI RUSIA
NAK BOIKOT RUSIA
AMERIKA JUAL GAS
BERGANDA GANDA MAHAL

SEKARANG RAKYAT DAH MARAH
DASAR SOKONG UKRAINE
DASAR SEKAT RUSIA
DAH TERBALIK KOT
DATANG MEMUKUL DIRI SENDIRI

UK
KRISIS KEPIMPINAN
PALING SERONOK
BOJO - BORIS JOHNSON
NAK DATANG SEKALI LAGI
JADI CALON PM
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
MACAM DAH BIASA DENGAR
KAH KAH KAH

ITALI
MELONI AKAN JADI PM
WANITA PERTAMA DI ITALI
INI DARI PARTI GARIS KANAN
KITA LIHAT APA DASAR
AKAN DIBAWA

HOKKIEN
KERING MATAHARI DAH KELUAR
UDARA PAGI YANG SEGAR
KL & KL SENTRAL CERAH
PAGI SABTU TAK DENGAR
DERAMAN KERETA
BANYAK DAH BALIK KAMPUNG
CUTI PANJANG DEWALI

LANGIT ARAH SHAH ALAM
DILIHAT MULA NAK BIRU
AWAN PUTIH BERTABURAN
GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS

BRO
SENYUM
SENYUM
KITA SAMBUT CAHAYA
PENCERAHAN DEWALI

BRO
PIKIRAN TERBESAR
MAMPU MELAKUKAN
KEJAHATAN TERBESAR
SAMA SEPERTI MELAKUKKAN
KEBAIKKAN TERBESAR

BRO
AKAL SEHAT ADALAH
ANUGERAH PALING
BANYAK DALAM DUNIA
KERANA SEMUA ORANG
BERFKIKIR DIBERKATI
DENGAN BAIK

BRO
HIDUP TANPA FALSAFAH
SAMA DENGAN MENUTUP MATA
TANPA BERUSAHA MEMBUKANYA

BRO
UNTUK MENCARI KEBENARAN
DALAM HIDUP
KITA PERLU MERAGUKAN
SEMUA HAL SEJAUH MUNGKIN

BRO
TIDAK ADA
YANG LEBIH ADIL DARI 
AKAL YANG SEHAT
TIDAK ADA YANG BERFIKIR
DIA MEMERLUKAN
LEBIH DARI YANG DIA MILIKI

BRO
UNTUK MENGETAHUI
APA SEBENARNYA DIPIKIRKAN ORANG
PERHATIKAN APA YANG MEREKA
LAKUKAN
BUKAN APA 
YANG MEREKA KATAKAN

BRO
TIDAK CUKUP
HANYA MEMILIKI PIKIRAN BAIK
YANG UTAMA ADALAH
MENGGUNAKAN DENGAN BAIK

BRO
SETIAP PERSOALAN
YANG LU SELESAIKNA
JADI  PEDOMAN
UNTUK SELESAIKAN YANG LAIN

BRO
MEMBACA  BUKU YANG BAIK BAIK
SAMA SEPERTI
MENDENGAR PERBUALAN
DENGAN PEMIKIRAN TERBAIK
DI ABAD ABAD SEBELUMNYA

BRO
UNTUK MEMPERTAJAM PIKIRAN
KITA HARUS
LEBIH SERING BELAJAR
DARI MERENUNG

BRO
JIKA ASASNYA RUNTUH
SEMUA
AKAN RUNTUH

BRO
SYARAT PERTAMA
JANGAN TERIMA
SEMUA SEBAGAI BENAR
SEHINGGA KITA MENGETAHUI
TANPA KERAGUAN SEDIKIT PUN

BRO
SELALU BERINGAT
TETAP KAN HATI UNTUK BERHASIL
LEBIH PENTING DARI
HAL HAL  YANG LAIN

BRO
CARA TERBAIK
UNTUK MENGHANCURKAN MUSUH
ADALAH JADIKAN DIA
SEBAGAI TEMAN

BRO
PIJAK KAN KAKI LU
DI TEMPAT YANG TEPAT
KEMUDIAN BERDIRI
DENGAN TEGUH

BRO
KALAU LU LARANG
KEBEBASAN ORANG LAIN
LU PUN TIDAK BEBAS
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU