Selasa, 1 November 2022

DENGKI DENGAN MENANTU ABAH !!!



Umno cuba tamatkan karier politik Khairy, kata pemerhati


UMNO cuba membunuh karier politik Khairy Jamaluddin dengan mencalonkan bekas ahli Parlimen Rembau itu sebagai calon bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada pilihan raya umum akan datang, kata pemerhati.

Pakar politik bersetuju Khairy hampir tidak mempunyai peluang untuk menang di kubu kuat PKR itu pada 19 November kelak.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight yang Khairy mempunyai peluang lebih baik untuk menang jika beliau dinamakan sebagai calon di Kuala Pilah, Negeri Sembilan atau di Tanjong Karang, Selangor yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

Pada Sabtu, dilaporkan menteri kesihatan itu akan bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Sungai Buloh untuk pilihan raya umum.

Nampaknya Umno menghidu peluang kerana Ahli Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa Rasiah (PKR) kini akan digantikan oleh pendatang baharu Ramanan Ramakrishnan.

Sivarasa menewaskan tiga lawannya pada tinjauan pendapat terakhir pada 2018, mengambil hampir 56% undian.

Khairy meluahkan ketidakpastiannya mengenai masa depan politiknya baru-baru ini apabila berkata beliau ditolak keluar dari Rembau oleh Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, yang berminat untuk menempatkan dirinya sekali lagi di Negeri Sembilan.

Pemerhati politik veteran, Sayuti Omar tidak teragak-agak pabila ditanya sama ada Khairy boleh mencetuskan kekecohan di Sungai Buloh.

Menggunakan penjara Sungai Buloh sebagai metafora, Sayuti berkata Umno cuba mengunci cita-cita politik Khairy - sekurang-kurangnya selama lima tahun.

“Sungai Buloh sinonim dengan penjara Sungai Buloh dan kita tahu penjara adalah tempat kita mengurung orang. Simboliknya beliau dihantar ke Sungai Buloh untuk dikurung kerjayanya.

“Ia adalah petanda yang Khairy perlu menggandakan usahanya untuk menang di Sungai Buloh tetapi Umno mahu meletakkan cita-citanya di sebalik ‘palang besi’”, kata Sayuti.

Sayuti berkata Khairy dilihat sebagai seorang yang pernah menentang presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

“Hasad dengki dan dendam adalah perkara biasa dalam politik. Khairy bukan pak turut. Beliau juga tidak bersetuju untuk mengadakan pilihan raya tahun ini dan mahu ia ditangguhkan sehingga tahun depan. Beliau berkata demikian berdasarkan kapasitinya sebagai menteri kesihatan.

“Tetapi parti, terutama presiden, tidak suka apa yang Khairy katakan. Sama ada BN berpeluang menang atau tidak, bukan isunya, isunya ialah mereka cuba membunuh kerjayanya. Jika beliau menang itu bonus bagi BN, kalau kalah, itu juga bonus untuk BN,” jelasnya.

Turut bersetuju dengan sentimen Sayuti ialah Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar yang berkata adalah sukar untuk Khairy menang.

Bagaimanapun, Hisomuddin berkata Khairy boleh memenangi kerusi itu jika Perikatan Nasional (PN) mencalonkan bukan Melayu untuk Sungai Buloh.

“Menarik untuk melihat pertembungan ini di Sungai Buloh. Pendatang baharu menentang pemimpin Umno yang berpengaruh di kerusi majoriti bukan Melayu.

“Pengundi Melayu kira-kira 66% diikuti Cina 22% dan India kira-kira 11%. Jika PN mencalonkan bukan Melayu, BN ada sedikit peluang untuk menang.

“Bagaimanapun, Sungai Buloh adalah kubu kuat PH, saya boleh faham mengapa orang lain berkata langkah ini adalah membunuh diri politik Khairy - yang menjalankan tugas dengan baik sebagai menteri dalam masa paling mencabar - Covid19.

“Walaupun beliau menang, bermakna orang mengundinya bukan kerana latar belakang Umno tetapi kerana prestasinya sebagai menteri. Tetapi ia akan menjadi sesuatu yang sukar baginya,” kata Hisomuddin.

Peluang lebih baik di Kuala Pilah atau Tanjong Karang

Ahli akademik Dr Mazlan Ali mempersoalkan Umno kerana tidak meletakkan Khairy di kerusi majoriti Melayu di mana beliau boleh menang dengan baik.

Beliau berkata Khairy sepatutnya diletakkan di kerusi Melayu melainkan Umno cuba menamatkan laluan politiknya.

“Kuala Pilah adalah kerusi yang lebih baik berbanding Sungai Buloh. Tanjong Karang di Selangor juga satu lagi kerusi yang boleh ditandinginya. Demografi antara Sungai Buloh berbeza dengan Kuala Pilah dan Tanjong Karang.

“Sungai Buloh adalah kerusi bandar. Bukan semua orang Melayu akan mengundi Umno sedangkan orang bukan Melayu, kita tahu mereka lebih suka PH berbanding BN,” katanya.

Mazlan berkata pengundi di Sungai Buloh celik politik, sambil menambah imej Umno tidak membantu parti itu menang di kerusi bandar.

“Kita tahu Umno adalah parti yang dilanda isu rasuah. Imej tidak bersih. Bagi pengundi bandar ini adalah faktor untuk tidak mengundi Umno.

“Khairy mempunyai peluang tipis untuk menang. Beliau perlu bekerja keras tetapi saya rasa masa tidak mencukupi,” tambahnya.

Umno memutuskan untuk menamakan timbalan presiden parti Mohamad Hasan sebagai pengganti Khairy di Rembau.

Mohamad sebelum ini berkata Umno akan mencari kerusi “sesuai” untuk Khairy sambil menambah Umno tidak mahu beliau “hilang” begitu sahaja.

Pada 2008, Khairy memenangi kerusi Rembau dengan 5,764 undi. Lima tahun kemudian, pada 2013, beliau meningkatkan sokongan kepada 18,357 undi manakala pada pilihan raya umum lalu beliau menyaksikan undinya menurun kepada 4,368.

PKR sebaliknya menggantikan veteran parti Sivarasa dengan Ramanan.

Pada pilihan raya umum lalu, Sivarasa memperoleh 43,631 undi menewaskan calon PAS Nuridah yang memperoleh 16,977 undi, A Prakash Rao daripada BN (16,681), dan Zainurizzaman Moharam daripada PSM (642).

Sungai Buloh secara tradisinya adalah kerusi MIC tetapi bagi pilihan raya kali ini, Umno menukar kerusi itu dengan parti berasaskan kaum India itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian pada 19 November, 5 November untuk penamaan calon dan 15 November untuk pengundian awal. – 1 November, 2022.


DENGKI PADA

MENANTU ABAH

AMIN

BUDAK PANDAI

DARI OXPORT

AMIN

AKAN MENANG

DI SUNGAI BULUH

KERANA PKR

BUBUH CALON

INDIA MANAI

AMIN

GUGURKAN SIVA

JUGA DARI OXFORD

AMIN

BUKAN SIVA HANYA

LULUSAN

OXFORD MALAH

SIVA ADALAH

RHODES SCHOLAR

AMIN

JIKA SIVA CALON

KJ MAKA PASTI

 KALAH

AMIN

APAKAH ADA

DOUBLE 

KONSPIRASI ?

JENG JENG JENG

AMIN

ZAHID DENGAN MAIL TERUS BERGADUH



MAIL BERA

DENGAN

ZAHID HAMIDI

TERUS BERGADUH

AMIN

KALI INI BUKAN

ISU BUBAR

PARLIMEN

KAH KAH KAH

KALI INI GADUH

TENTANG SAPA

NAK JADI CALON

AMIN

ZAHID PILIH

CALON YG PRO

ZAHID & NAJIB

AMIN

ZAHID CANTAS

TERAJANG KELUAR

CALON  PRO MAIL

KAH KAH KAH

AMIN

KYIV TAKDA API TAKDA AIR



KYIV TAKDA API

TAKDA AIR

AMIN

SETIAP BULAN SAEKOR YB MATI


TERBAIK ADA

SAEKOR YB MATI

SETIAP BULAN

AMIN

BILA ADA PRK 

DAPAT BARANG

PERCUMA

AMIN 

Unknown commented on 
"BARANG PECUMA
 NAK BELI UNDI"

Gwa rasa kita patut jadikan pru budaya kita. Setiap 6bulan pru. Ini membolehkan rakyat dapat tuang petrol percuma ke dalam tangki motor. Beli barang dapor murah. Telor dah lama hilang tiba2 ada. Minyak masak boleh jadi murah dan sebagainya. Muka kita tak kenal pun kerap ke sana ke mari senyum sengih salam dengan kita macam sudah kenal lama . Jika debat bukan budaya kita marilah kita promosikan pru sebagai budaya. Filem kita wajah kita! Eh silap pru budaya kita! Amin.
Unknown commented on 
"BARANG PECUMA 
NAK BELI UNDI"

Sbb apa waibee masih teruskan bagi beras tepong minyak masak sadin dan duit RM50 setiap kali dekat pilihanraya? Sebab melayu sumer mkn umpan suka jd B40 dpt barang free 5 thn skali.

TUHANG SAYANG ORANG KELANTANG

 




TUHANG SAYANG

ORANG KELANTANG

KANG KANG KANG

AMIN 

panglimo potaseh commented on

 "SUSAH KAN 

WARGA KELANTAN"

TuckbEEr .. Sememang Tuhan sayang pada umat Kelantan ..negeri terpaling Islang dalam Malaya ..keadaan di Kelantan hampir seperti Syurgo Lokka .. Air sungai di Syurga macam susu mengalir .. air di Kelantan macam Teh Tarik rendek ..TT jangan dengki bila Tohan memberi kelebihang ini pada Kelantan .. TuckbEEr ..

TUNGGU SAPA CALON GEROMBOLAN

 




SAPA CALON ?

SELASA 1/11/2022
LAGI EMPAT HARI
PENAMAAN CALON
BANYAK NAMA
 YANG DAH DI UMUM
GEROBMBOLAN MASIH
BELUM UMUM NAMA CALON

LAPORAN DEMI LAPORAN
KATA KALI INI
TAKDA SATU KUMPULAN
YANG AKAN MENDOMINASI
MAKA AKAN BERLAKU
KEMAH BESAR

KEMAH BESAR SEBELUM PRU
GAGAL DI DIRIKAN
PASTI KEMAH BESAR
LEPAS PRU BOLEH DIDIRIKAN
KERANA SEBELUM PRU
NAMPAK KABUS
LEPAS PRU
JELAS NAMPAK
KERUSI  PERDANA MENTERI
AMIN

DI BRAZIL
LULA MENANG
TAPI BOLSONARO
YANG KALAH MASIH SENYAP
TAK MAHU NGAKU KALAH

MAKA 
APAKAH AKAN BERLAKU
KACAU BILAU DI BRAZIL 
KITA TUNGGU DAN LIHAT

AFGHANISTAN
KAH KAH KAH
BUNGA POPI TAHUN INI  TERBAIK
GETAH POPI JADI CANDU

CANDU EKSPOT BESAR AFGHAN
TAHUN INI TALIBAN
BENARKAN CANDU
DI JUAL KE LUAR NEGARA

KALI INI 
PAK TANI SATELAH SELESAI
MENUAI POPI PASTI
AKAN TANAM LAGI POPI
TANPA CANDU KERAJAAN TALIBAN
LANGSUNG TAKDA  DUIT TUNAI
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI JAM 7++
 HUJAN LEBAT
GUA TAKDA PILIHAN
TUNGGU REDA 
BEBERAPA MINIT KEMUDIAN
LEBAT MAKIN KURANG
GUA BERPAYUNG KE HOKKIEN

JALAN BASAH
BANYAK LOPAK AIR
TENGAH JALAN HUJAN BERHENTI
SUASANA SEGAR
TAPI BURUNG DAN UNGGAS
TIDAK KELIHATAN

KL & KL SENTRAL
BERKABUS
KETIKA GUA  MENGETIK INI
MATA AHRI DAH KELUAR
NAMPAKNYA CUACA MOLEK

DALAM BELUKAR DEPAN FLET
KENG KENG TAK HENTI HENTI
BERSUARA
INI TANDA HARI AKAN PANAS
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM 
KITA SAMBUT
SELASA YANG INDAH

BRO
HARGAILAH DIRI SENDIRI
MAKA ORANG LAIN PUN
AKAN MENGHARGAI  KITA

BRO
ORANG YANG TIDAK BIJAK
TAK TAHAN LAMA
DALAM KESULITAN
JUGA TAK TAHAN LAMA
DALAM KEMAKMURAN

BRO
YANG PENTING BUKAN
APA TERJADI PADA LU
TAPI APA REAKSI LU
TERHADAP APA YANG BERLAKU

BRO
KEKAYAAN TIDAK
TERDIRI DARI MEMILIKI
HARTA BENDA YANG BANYAK
TAPI
MEMILIKI KEINGINAN
YANG SEDIKIT

BRO
PERTAMA KATAKAN 
PADA DIRI SENDIRI
APA LU NAK JADI
KEMUDIAN LAKUKAN
APA YANG HARUS
LU LAKUKAN

BRO
LU TAK BEBAS
KALAU LU TAK DAPAT
KAWAL DIRI LU SENDIRI

BRO
MUSTAHIL UNTUK
SESEORNAG MEMPELAJARI
SESUATU 
YANG DIA   FIKIR
DIA SUDAH MENGETAHUI

BRO
LU CARI  KAWAN
YANG AKAN NAIKKAN LU
KAWAN LU INI AKAN
MENIMBULKAN
KEBAIKKAN DALAM DIRI LU

BRO
DALAM SENANG
KITA RAMAI MEMBER
MASA SULIT
SUSAH NAK JUMPA MEMBER

BRO
SEBELUM BERCAKAP
SEBELUM BERTIDAK
PIKIR MASAK MASAK
KERANA KITA TAKADA KUASA
UNTUK MENARIK KEMBALI
APA YANG SUDAH KITA LAKUKAN
ATAU APA YANG TELAH KITA
KATAKAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
CALON GEROMBOLAN