Rabu, 4 Disember 2024

ANWAR MAKIN ZALIM DARI MADEY




Wartawan berarak ke parlimen bantah cadangan pinda Akta Mesin Cetak
Lebih 50 petugas media dan ahli NGO berarak ke Parlimen hari ini untuk menyampaikan memorandum memperjuangkan kebebasan media sambil membantah cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP).

Perarakan anjuran Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ), Geramm, dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), bermula di Taman Tugu dan menempuh jarak kira-kira 500 meter sebelum tiba ke Parlimen.

Selain wartawan - termasuk dari cawangan NUJ Malaysiakini - antara yang hadir ialah aktivis Fahmi Reza dan wakil dari Suaram, Sisters in Islam dan ramai lagi.

JELAS MAKIN

JELAS

AMIN

ANWAR IBRAHIM

MAKIN ZALIM

DARI MADEY

AMIN

MAHADANI LEBIH

MENINDAS DARI

MAHAFIRAUN

KHALAS

KES ROSMAH DI KOREA SELATAN



Krisis politik di Korea Selatan, apa sebenarnya terjadi

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol, menarik balik pengisytiharan undang-undang darurat pada Rabu selepas ahli Parlimen menentang keputusan itu dan ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanan.

Cubaan mengejut Suk-yeol untuk melaksanakan undang-undang darurat, yang pertama dalam lebih empat dekad, mencetuskan krisis paling teruk dalam sejarah demokrasi moden Korea Selatan dan mengejutkan sekutu rapatnya di seluruh dunia.

Dekri enam perkara daripada komander undang-undang tentera yang baharu, diikuti pantas dengan kenyataan ketua tentera Jeneral Park An-su, mengharamkan aktiviti politik dan parti, 'propaganda palsu', mogok dan 'perhimpunan yang mencetuskan kekacauan sosial'.

Arahan itu juga membawa semua media di bawah kuasa undang-undang tentera dan mengarahkan semua kakitangan perubatan, termasuk doktor yang mogok, kembali bekerja dalam tempoh 48 jam.

Pasukan keselamatan menutup Dewan Negara, dengan helikopter mendarat di atas bumbung dan tentera memasuki bangunan itu untuk masa yang singkat.

Amerika Syarikat (AS), yang menempatkan hampir 30,000 tentera di Korea Selatan untuk melindungi negara itu daripada ancaman Korea Utara yang bersenjata nuklear, pada mulanya menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap pengisytiharan itu, sebelum meluahkan rasa lega apabila ia ditarik balik.

Perkembangan dramatik ini turut mengancam kedudukan Suk-yeol, seorang ahli politik konservatif dan bekas pendakwa raya terkenal yang dipilih sebagai presiden pada 2022.

Parti pembangkang utama Korea Selatan, yang ahlinya melompat pagar dan bertempur dengan pasukan keselamatan untuk membolehkan mereka mengundi menolak undang-undang darurat – mendesak Suk-yeol segera meletak jawatan atas cubaan 'pemberontakan' itu.

Kesatuan buruh terbesar negara itu turut menggesa mogok umum tanpa had sehingga Suk-yeol meletak jawatan.

Malah, pemimpin parti Suk-yeol sendiri, Parti Kuasa Rakyat (People Power Party), menyifatkan tindakan itu sebagai 'tragis' dan menyeru supaya mereka yang terlibat diambil tindakan.

Suk-yeol akhirnya mengalah selepas Dewan Kebangsaan sebulat suara menolak pengisytiharan tersebut.

"Dewan Kebangsaan meminta darurat ditarik balik, dan kami telah menarik balik tentera yang dikerahkan untuk operasi undang-undang darurat," kata Suk-yeol dalam ucapan yang disiarkan pada jam 4.30 pagi (7.30 malam waktu GMT, Selasa).

"Kami akan menerima permintaan Dewan Kebangsaan dan menarik balik undang-undang darurat melalui mesyuarat Kabinet," katanya.

Agensi berita Yonhap melaporkan bahawa Kabinet Suk-yeol telah meluluskan usul untuk menarik balik perintah tersebut.

Keputusan tersebut disambut dengan sorakan di luar Parlimen, di mana penunjuk perasaan yang berdepan suhu sejuk malam berkumpul menentang perintah darurat Suk-yeol.

Penunjuk perasaan yang mengibarkan bendera Korea Selatan sambil melaungkan 'Tangkap Yoon Suk-yeol' meraikan kemenangan mereka.

Walaupun dikawal ketat pasukan keselamatan, 190 ahli Parlimen berjaya memasuki Dewan Kebangsaan dan sebulat suara mengundi untuk menolak undang-undang darurat.

Mengikut perlembagaan Korea Selatan, undang-undang darurat mesti ditarik balik jika majoriti ahli Parlimen menggesanya.

Suk-yeol memberikan beberapa sebab untuk mempertahankan keputusan undang-undang darurat, yang pertama dalam lebih 40 tahun.

"Untuk melindungi Korea Selatan yang bebas daripada ancaman komunis Korea Utara dan menghapuskan elemen anti-negara yang merampas kebebasan dan kebahagiaan rakyat, saya dengan ini mengisytiharkan undang-undang darurat kecemasan," katanya dalam ucapan yang disiarkan malam Selasa.

Beliau turut menuduh Parti Demokratik pembangkang utama, yang menguasai majoriti daripada 300 kerusi parlimen, sebagai 'kuasa anti-negara yang mahu menggulingkan kerajaan'.

Hubungan antara Suk-yeol dan pembangkang turut tegang berikutan pertikaian mengenai bajet negara untuk tahun depan, dengan pembangkang minggu lalu meluluskan pelan bajet yang dikurangkan secara ketara melalui jawatankuasa Parlimen.

Pengisytiharan undang-undang darurat itu berlaku selepas tahap sokongan Suk-yeol menjunam kepada 19 peratus dalam tinjauan pendapat Gallup minggu lalu, dengan ramai tidak berpuas hati terhadap cara beliau menguruskan ekonomi dan kontroversi melibatkan isterinya, Kim Keon-hee.

AS, sekutu utama Korea Selatan di Asia, mengakui tidak diberi makluman awal mengenai rancangan Suk-yeol untuk melaksanakan undang-undang darurat.

"Kami lega Presiden Suk-yeol telah membatalkan pengisytiharan darurat dan menghormati keputusan Dewan Kebangsaan Republik Korea," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS dalam satu kenyataan.

China, sekutu utama Korea Utara, menggesa rakyatnya di Korea Selatan supaya bertenang dan berhati-hati, manakala Britain menyatakan ia sedang 'memantau perkembangan dengan teliti'. - AGENSI

WOIT

ISTERI PRESIDEN

NI ADA KES

RASUAH

KAH KAH KAH

MACAM ROSMAH

JUGA

KAH KAH KAH

RAKYAT TURUN

KE JALAN RAYA

AMIN

NAK SELAMAT

ISTIHAR DARURAT

KHALAS

RASUAH DI SABAH


RASUAH DI SABAH

AMIN

RASUAH DARI DULU SAMPAI SEKARANG


KERAJAAN

HARI INI RASUAH

SAMA SEPERTI 

KERAJAAN

YANG DULU

KHALAS

Unknown commented on 
"INI NAMANYA 
KERAJAAN MADANI"

Nama tak penting tetapi agenda sangat penting kah kah kah Hadhari atau Madani agenda merompak merasuah kena teruskan, sejak merdeka banyak rasuah samun rompak dibuat atas nama DEB, kemudian atas nama penswastaan kemudian penyatuan ummah kemudian koporat kah kah 

segala harta kerajaan dipindahkan milik kepada kaum kerabatku kaum pemodal kaum pelaburan kah kah kah punca sebenar kita semuanya beres belaka jadi selama mana dapat merasakan nikmat jalan pintas ini mesti makan free saja selamat kah kah kah janji ayat ada untuk halal

ISLAM IALAH KEPERCAYAAN


ISLAM IALAH

KEPERCAYAAN

BUKAN 

DEMOKRASI

AMIN

Unknown commented on 
"SENI SEBAGAI SENJATA
 PERJUANGAN"

Regim iran...iran bukan demokratik kira isle nie tak demokratik ..serupa diktator macam korea utara...ini kenapa TT dan pejuang melayu isle tak bising bising boikot boikot probok probok?asyik yahudi zionis bagai? Dah kena jubo planta otak dah alih ke lutut atau kote ke?

PAGI INI



PAGI INI


RABU 4 DISEMBER 2024
BANJIR DAH REDA?
ATAU ADA OMBAK KE DUA?

KES KES KES
KES RASUAH MENJADI JADI
KES DI HEBOH
BAGAI NAK KIAMAT
TAPI AKHIRNYA 
NATO
NO ACTION TALK ONLY

APA JADI DENGAN KES
FASHION VALET
APA TINDAKAN
HEBOH BUKAN MAIN
RUMAH DI SERBU
KEDAI DI SERBU
KINI KENAPA SENYAP
ADA JUAL BELI KE?
JENG JENG JENG

APA JADI DENGAN KES PASIR
KES HEBOH ADA 5 JUTA RINGGIT
DITEMUI  DALAM RUMAH SELAMAT

SPRM KATA
AKAN DI PANGGIL SEORANG POLITIKUS
YANG DI KENALI DARI SELANGOR
BILA NAK PANGGIL?
SAPA POLITIKUS?
ADA JUAL BELI KE?
JENG JENG JENG

PALING TERNOW
KES RASUAH DI SABAH
ADA VIDEO
ADA MUKA
ADA SEMUA
HEBOH HEBOH HEBOH
APA JADI
SEDANG NAK BUAT
JUAL BELI KE?
JENG JENG JENG

KOREA SELATAN
KEMARIN MALAM
PRESIDEN ISTIHAR DARURAT
AHLI PARLIMEN BANTAH
KINI KRISIS BERMULA

FRANCE
MUNGKIN KERAJAAN JATUH
UNDI TAK CAYA
PADA KERAJAAN

AMERIKA
BIDEN AMPONKAN
ANAKNYA
MAKA TRUMP MINTA
KES DUIT PELACUR
YANG DIHADAPI DI HAPUS


SIAM
SEORANG AKTIVIS
KENA PENJARA 2 TAHUN
KERANA FITNAH RAJA

AMERIKA
TRUMP CADANGA
CANADA JADI WILAYAH
AMERIKA KE 51

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR
HUJAN KEMARIN
KL & KL SENTRAL BERKABUS
MATA HARI BELUM KELIHATAN
LANGIT PUCAT

HA HA HA
HARI INI HARI GAGAK
ENTAH KENAPA
BERPULUH PULUH
GAGAK BERKUMPUL
ATAS DUA POKOK
TERBANG SAMBIL BERSUARA
RIUH SATU HOKKIEN

GUA HARAP
JAP LAGI AKAN PANAS
JIKA PETANG HUJAN
MALAM SEJUK SANTAI

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI RABU

BRO
LU MINTA MAAF
BUKAN  BERMAKNA
LU SALAH
TAPI TANDA DEWASA

BRO
CINTAI SOSOK
YANG SEBATAL
DENGAN LU

BRO
LU BANGGA DENGAN DIRI LU
LU JANGAN AMBIK POT
CARA ORANG LAIN
LIHAT LU
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA