Rabu, 22 Oktober 2025

BERI PELUANG PADA MAK JANDA



'Tak apalah, boleh scroll': Anak Anwar dihujani kecaman selepas naikkan klip persediaan Deepavali


Belum pun reda kritikan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dituduh tidak sensitif kerana menghadiri majlis sambutan Deepavali peringkat kebangsaan dua hari sebelum tarikh sebenar hari kebesaran penganut Hindu itu, anak perempuan beliau turut menjadi sasaran kecaman orang ramai apabila tampil dalam sebuah video meninjau persiapan perayaan Deepavali di Klang, Selangor.

"Di sebalik cahaya Deepavali, tersimpan harapan bahawa kebaikan, kasih dan perpaduan akan sentiasa mengatasi kegelapan. Happy Deepavali buat semua yang meraikan," tulis Nurul Izzah Anwar yang memuat naik video itu di saluran TikToknya.

Klip pendek itu menunjukkan Nurul Izzah, yang tampil berkaca mata hitam sambil membalutkan dirinya dengan kain sari berjalan-jalan di sekitar Little India, Klang, menyantuni orang ramai yang membeli belah menjelang sambutan Deepavali.

Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila diberikan jawatan penasihat ekonomi kepada bapanya sendiri selaku menteri kewangan, bagaimanapun menjadi sasaran kritikan apabila ratusan komen menyindirnya.

Tinjauan di pusat beli belah menjelang sesuatu perayaan biasanya dilakukan oleh wakil rakyat dan menteri Kabinet, menyebabkan ramai yang mempersoalkan atas kapasiti apa Nurul Izzah hadir di Little India.

"Tak pernah dibuat orang," tulis Ieda Fauzi, antara ratusan komen yang mengkritik anak sulung Anwar itu yang baru-baru ini dilantik sebagai timbalan ayahnya dalam PKR.

Ia mengundang jawapan balas Nurul Izzah: "Tak apalah kalau saudari rasa tak pernah dibuat orang. Boleh scroll TikTok saya," tulisnya.

Menurutnya, kehadirannya di Little India atas jemputan, seperti mana pada tahun sebelumnya ketika meninjau persiapan Deepavali di Pulau Pinang. 

"Kalau tak pernah dibuat orang, mereka pun takkan jemput saya," tambahnya.

Jawapan itu bagaimanapun gagal menghentikan serangan terhadapnya.

"Yela mane pernah, cuma dua beranak ni je yang pernah buat," tulis pengguna TikTok zam.azhr.

Pengguna bernama Sesuatu bertanya: "Nurul Izzah MP mana?", diikuti pelbagai jawapan sindiran.

"MP Pasir Bedengung," tulis Payung Emas, merujuk negara rekaan bernama "Pasir Berdengung" dalam filem komedi arahan P Ramlee, Laksamana Do Re Mi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu, Nurul Izzah ditewaskan di Permatang Pauh, kerusi Parlimen yang menjadi simbol kekuatan PKR yang pernah disandang oleh kedua-dua ibubapa beliau.

Sementara itu, ramai juga mengambil kesempatan mempersoalkan perjuangan beliau ketika di pihak pembangkang untuk menghapuskan beban hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), di samping pelbagai janji lain oleh bapanya.

"PTPTN sudah dimasuhkan ke belum Izzah... kesian rakyat yang berguling di atas jalan raya ikut Izzah punya ayah reformasi," tulis pengguna Wakzam.

Tidak kurang juga yang membidas Nurul Izzah kerana "berlakon".

"What movie is this? (Ini filem apa?)" tanya Los Blancos.

"Buat wayang ni," tulis Raj.

"Drama Tamil anak Anwar Ibrahim," cuit Ahmad Albab.

SMJ Tattoo pula mengulas: "Anak dan ayah pelakon", disusuli MrK7
yang menulis: "Which TV serial? (Drama bersiri mana satu?) Astro Vannavil ada siar ka?"

Loga pula menulis: "Apa sumbangan dia kepada masyarakat India. Suruh dia senarai dengan bukti."

Beberapa pengulas pro-kerajaan cuba menangkis serangan terhadap Nurul Izzah.

"Teruskan menyantuni rakyat semua bangsa, agama dan lapisan masyarakat!" menurut sebuah komen mempertahankan Nurul Izzah, yang segera memberikan reaksinya: "Insya Allah!"

Beliau turut menjawab beberapa komen positif, yang sebahagiannya dipercayai dimuat naik laskar siber (cybertrooper).

Sebelum ini, kerajaan dikritik kerana mengadakan Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani Peringkat Kebangsaan pada 18 Oktober, dua hari sebelum perayaan itu.

"Secara tradisinya, perayaan Deepavali diadakan selepas acara keagamaan, sesuai dengan adat Hindu. Namun, Anwar, sama ada kerana angkuh atau nasihat salah daripada sekutu Indianya, memilih untuk mengadakan rumah terbuka dua hari sebelum Deepavali," kata bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy.

Ramasamy turut berkata sambutan yang diadakan di Brickfields itu rata-rata dihadiri oleh penjawat awam "dan bukan oleh penduduk setempat keturunan India".

"Ketidakhadiran mereka menggambarkan rasa kecewa yang mendalam terhadap kerajaan Madani secara amnya dan Anwar Ibrahim khususnya," tambahnya.


WOIT

JANGAN TIBAI

BIK MAMA MUDA

AMIN

BAGI CHANLAA

PADA MAK JANDA

AMIN

KESIAN DIA

DAH MENJANDA

DUA KALI

IKUT PERANGAI 

BIK MAMA ORI

KAH KAH KAH

OPPSSS... LAKI

BARU DIA DAH

HILANG KE ?

KAH KAH KAH

TAK NAMPAK MUKA

DI LITTLE INDIA

PERGI KE JALAN

 PETALING KE?

KHALAS

MAHATHIR SAMAN ANWAR IBRAHIM

MADAFAKA

TAK DAPAT LARI

KAH KAH KAH

KENA SAMAN

DARI MADEY

AMIN

KEJAYAAN ANAK MUDA JATUHKAN PEMIMPIN RASUAH


Presiden Madagascar meninggalkan negara itu selepas protes Gen Z


ANTANANARIVO: Ketua Pembangkang, sumber tentera dan diplomat asing semalam, memaklumkan Presiden Madagascar, Andry Rajoelina, melarikan diri dari negara Afrika itu.

Ini sekali gus menandakan kejayaan menggulingkan kerajaan susulan gelombang kebangkitan Generasi Z kali kedua di seluruh dunia, dalam tempoh lebih sebulan.

Ketua pembangkang, Siteny Randrianasoloniaiko, berkata Rajoelina meninggalkan Madagascar kelmarin, selepas beberapa unit tentera berpaling tadah dan menyertai penunjuk perasaan.

"Kami menghubungi pegawai di Pejabat Presiden dan mereka mengesahkan beliau sudah meninggalkan negara," katanya sambil menjelaskan lokasi Rajoelina kini belum diketahui.

Pejabat Presiden bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.

Rajoelina menerusi perutusan kepada rakyat disiarkan di Facebook semalam, mengakui terpaksa berpindah ke lokasi selamat bagi melindungi nyawanya.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lokasinya tetapi tampil tegas dengan menyatakan tidak akan 'membiarkan Madagascar musnah'.

Sementara itu, sumber diplomatik berkata, Rajoelina enggan meletak jawatan selepas ucapan itu, manakala sumber tentera memaklumkan beliau melarikan diri dari Madagascar, menggunakan pesawat tentera Perancis, kelmarin.

Pesawat jenis Casa milik tentera Perancis mendarat di lapangan terbang Sainte Marie, Madagascar, sebelum memindahkan penumpang, dikatakan Rajoelina yang tiba menaiki helikopter, selang lima minit kemudian, kata sumber tentera.

Radio Perancis RFI melaporkan beliau sudah mencapai persetujuan dengan Presiden Emmanuel Macron.

Bagaimanapun, Macron ketika ditemui selepas sidang kemuncak Gaza di Mesir, berkata tidak dapat segera mengesahkan laporan Perancis membantu Rajoelina melarikan diri dari Madagascar.

Katanya, ketertiban perlembagaan perlu dikekalkan di Madagascar, selain menjelaskan keluhan golongan belia negara itu tidak wajar dieksploitasi tentera walaupun mengakui memahami keadaan terbabit.

Demonstrasi tercetus susulan gangguan bekalan air dan elektrik, pada 25 September lalu, sebelum segera bertukar menjadi kebangkitan menentang pelbagai isu lain termasuk rasuah, kelemahan tadbir urus dan kekurangan perkhidmatan asas.

Rajoelina dilihat semakin terasing selepas hilang sokongan CAPSAT iaitu unit elit yang pernah membantu beliau merampas kuasa dalam kudeta pada 2009.

CAPSAT menyertai demonstrasi hujung minggu lalu, menyatakan mereka enggan melepaskan tembakan ke arah orang awam, selain mengiringi ribuan penunjuk perasaan di dataran utama ibu negara, Antananarivo.

Pasukan itu kemudian mengumumkan mereka mengambil alih kawalan ke atas angkatan tentera dan melantik ketua tentera baharu, mendorong Rajoelina memberi amaran mengenai cubaan rampasan kuasa, kelmarin.

Berdasarkan saksi Reuters, satu lagi pasukan separa tentera gendarmerie yang menyokong tunjuk perasaan turut mengambil alih kawalan terhadap pasukan itu serta menamakan ketua baharu dalam upacara rasmi dihadiri pegawai kanan kerajaan, semalam.

Sementara itu, Senat dalam kenyataan memaklumkan Presidennya yang menjadi tumpuan kemarahan awam sepanjang protes, dilucutkan jawatan, manakala Jean André Ndremanjary dilantik sebagai pengganti sementara.

Ketua Senat akan memangku jawatan Presiden sehingga pilihan raya diadakan, sekiranya berlaku kekosongan.


INI KEJAYAAN

DEMO ANAK

MUDA

AMIN

SRI LANGKA

BANGLADESH

NEPAL

MADAGSACR

SEMUA BERJAYA

AMIN

INDONESIA

FILIPINA

MALAYSIA

TERUSKAN LAGI

BERDEWMO

AMIN

KIBARKAN 

BENDERA

LANUN LUFFY

KHALAS

KITA DEMO TOLAK TRUMP


SEBELUM

DRONE TRUMP

SAMPAI KITA

DEMO TOLAK

TRUMP

KHALAS

Unknown commented on
 "NAJIB TUDUH ORANG LAIN
 CURI DUIT 1MDB"

duit jatuh bergolek dari langit! hebat betul ilmu uncle najib nie! kah kah kah!


Unknown commented on 
"BAJET PERTANIAN 
MAT SABU CIPUT !!!"

kau nak tanam apa? ganja atau ketum? hari nie dah berapa tong gam basikal kau isap?

Unknown commented on
 "GUA SENTIASA TUNGGU
 DRONE TRUMP"

gua dah repot. bersiap sedialah dari sekarang! kah kah kah!

Unknown commented on 
"SATU LAGI CALON
PEMIMPIN NEGARA"

Kakakaka..pulis? Anggota pulis? Semua kaki pau la...bila nak bangun dari tido?

PANDANGAN AMAT BIJAK


PANDANGAN 

AMAT BIJAK

KHALAS

Unknown commented on 
"AKHIRNYA NAMA TMJ DISEBUT KES HARIMAU MALAYA"

sebut ke tak sebut ke.. satu dunia tahu siapa punya projek...


Unknown commented on
 "AKHIRNYA NAMA TMJ DISEBUT KES HARIMAU MALAYA"

pasai PA tak cakap bahasa melayu macam kebolehan cakap melayu pemain warisan jika tidak boleh cakap melayu jangan urus team harimau tanah melayu oops sorry harimau Malaya kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

RABU 22 OKTOBER  2025

HARI RAYA


DEEPAVALI - DEWALI
Dua hari dulu kita sambut  Dewali atau Deepavali -  cukup meriah – gua yang tak jauh dari Brickfeilds merasa kesesakan  hari Raya Hindu ini – Wow hingga malam tadi mercun masih lagi berdentam dentum.

Sabtu – sebelum Raya gua di Chow Kit – wah wah wah – penuh sesak dengan warga India – LAST MINIT SHOPPING -  gerai buah – gerai sayur – gerai ikan – gerai ayam -  semua penuh – KECUALI gerai daging lembu  kosong.

Sabtu malam -  gua ada makan malam dengan geng lama UM – dia ini Doktor Besar – Pegawai Kesihatan Kedah – geng lama – serumah di Kolej Ke Lima UM.  Seperti biasa kami  berHarimau – berAnggur dan bersembang – Dia merayakan DEWALI  kah kah kah.

TAPI BANGSAR – kosong – banyak kedai makan kosong – banyak tempat berHarimau tak ramai orang – tahun lalu Wow – penuh – tahun ini kureeng – Ini PERTANDA EKONOMI mula duduk  kah kah kah. 

MALAM ESOK NAK DEWALI  – gua masuk KL nak tengok wilayah DEMO 26 Oktober ini – jeng jeng  jeng – kenal pasti laluan kereta apai – Beres !!!

Kemudian bergerak ke  Changkat Bukit Bintang -   gua selalu datang ke sini – dulu  gua  bawa –  arwah  Jai dan Ezi – Tak Tak juga  pernah sampai – Tuan Empunya Kedai ini  gua kenal – jadi Tak Tak dan Ezi boleh lepak sama.

Kali ini kedai  THE MAGNIFICENT FISH AND CHIP dah  tak ada lagi – dah lain tuan – nama pun gua tak kenal. Tapi Changkat BB -  penuh dengan warga – Musik kuat – per lancung ramai – jam 12 bunga api meledak – kemudian mercun – Wow Hindu  Berhari Raya – kah kah kah –

Kami menapak ke JALAN ALOR – dah tambah cantik – dah ada kedai HALAL – ini petanda ramai Tok Arab datang  ke Jalan Alor. Di kedai makan yang KOSONG – kami berHarimau – enak sejuk dan santai.

Kereta di letak di Jalan Bukit Ceylon – berjalan pulang lalu depan kedai URUT – ooolaaaa MAK – ramai  Ayam Siam berdiri jual muka – Cun memang cun – bergetah lagi bergetah.

KEDAI URUT KAKI hanya IKLAN – sebenarnya URUT BATANG – kah kah kah .. gua tak tahu berapa harga sekali pancut – kah kah kah – apakah ada bilik Pancut dalam kedai ? Gua belum pernah melanggan – inilah pengalaman yang gua belum pernah merasa.

PALING MENARIK – ada  AYAM AFRIKA – GEMUK-GEMUK – ayam gemuk kah kah kah – gua gumbira kerana kalau ada abang-abang dah bosan dengan Ayam Kampung boleh cuba Ayam Afrika – dari mana mereka sampai gua tak tahu.

TAPI sayang Jambu dan Lady Boy tak kelihatan – jika tidak pasti lebih menarik. 

JUAL BURIT adalah PERNIAGAN yang TERTUA dalam dunia – Perniagaan KEDUA PALING TUA DI DIDUNIA ialah   JUAL AGAMA. 

Ini kesah Dewali 2025 -Amin.

RUSIA-AMERIKA
Perjumpaan Putin degan Trump yang di hebohkan TAK JADI. Dilaporkan minggu lalu Putin dan Trump akan bertemu di Budapest Hungary untuk bincang Perang Ukraine – Pasal apa tak jadi ?

ISREAL
JD Vance Naib Presiden Amerika di Tel Aviv – beri tekanan pada Netanyahu agar DAMAI 2025 berterusan ke fasa ke dua.

POLAND
Negara ini mengancam akan menangkap Putin  -jika  pesawat Putin melintas guna kawasan udara Poland – ke Budapest. 

FRANCE
Bekas Presiden France Sarkozy   di masukkan ke dalam penjara kemarin. Dia menerima hukuman 5 tahun penjara keran kes rasuah.

KOREA UTARA
Negara ini meledakkan peluru berpandu balistik – Ini beri signal pada Trump yang akan sampai ke Korea Selatan  lepas  di halau dari Kuala Lumpur.

GAZA
Hamas kutuk Isreal kerana sempadan Rafah masih ditutup. Bantuan tidak masuk.

UK
Kerajaan UK mula kerahkan soldadu untuk pantau  Damai 2025  di patuhi. Apalah soldadu UK akan masuk ke Gaza ?

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar tapi cahaya lemah. Langit pucat dengan awan mendung. Angin sejuk bertiup kencang. KL &KL Sentral berkabus nipis.

Gua tak dengar suara unggas pagi ini. 

Dua kereta  di tepi jalan -   gua berselisih dengan 5 anggota keluarga yang datang melawat kubur. Dua Mat Bangla – mungkin akan bersihkan kubur. 

Amoi Gemuk – takut bila Tak Tak rapat – kah kah kah. Tapi Tak Tak tak ambil pot.

Ha ha ha – Pagi ini semua Warga  datang  makan di temapt biasa – Siti juga buat seperti biasa. Kali ini Tak Tak hampiri makam tempat gua  meletakan makanan – Tak Tak memerhati saja – Emak menyalak dan cuba menyerang Tak Tak – ini pasti Emak yang ada 5  Puppy.

Hari ini gua rasa macam NAK HUJAN – cahaya matahari tak kelihatan di balkoni gua. Jika hujan makan malam ini sejuk santai. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM
DI HARI RABU

BRO
Bila ada Mamat atau  Minah senyum pada lu – jangan remehkan. Senyum kembali.

BRO
Hidup ini macam dalam kapal. Ada yang tenggelam – lu jadi Kapten Kapal ini dengan muatan KEYAKINAN DIRI  agar lu tak sesat dalam lautan hidup.

BRO
Lu jangan ingat mata tertutup itu tidur. Lu jangan ingat mata yang terbuka itu melihat.

BRO
Hari ini ialah HARI NYA  – jangan tangguh. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA