Isnin, 4 April 2022

LARANG DANGDUT AWAJIB SOKONG

 



Terengganu larang persembahan dangdut? Penganjur kata tak tahu

PENGANJUR satu acara sambutan hari jadi di sebuah hotel di Kuala Terengganu kesal kerana program itu dituduh sebagai acara pesta dangdut yang melanggar undang-undang.

Ia ekoran penularan rakaman video menampilkan penyanyi wanita berpakaian ketat dan singkat di acara itu yang menyebabkan program tersebut disiasat kerajaan negeri.

Penganjur acara tersebut, Rohana Dol berkata acara tersebut diadakan pada Jumaat lepas atas pemintaan seorang lelaki bagi menyambut ulang tahun kelahiran isterinya.

“Saya adakan program ini kerana ingin tolong rakan yang mahu kejutan kepada isterinya.

“Saya tidak rasa ia merupakan satu kesalahan sebab program ini merupakan program tertutup yang hanya dihadiri kenalan terdekat sahaja.

“Ia tidak seharusnya ditularkan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Rohana mengakui acara sambutan hari jadi  bertemakan “dangdut ala padang pasir” tersebut menampilkan artis berpakaian ketat dan singkat seksi.

Anak kelahiran Terengganu itu berkata, beliau tidak maklum mengenai Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Terengganu yang melarang perkara itu.

“Saya tidak tahu wujudnya peraturan tersebut, lagipun ia merupakan acara tertutup jadi saya rasa taklah salah untuk buat program begini

“Kalau saya salah kenapa Terengganu ini boleh ada pusat karaoke? Maksudnya saya tidak salahlah,” katanya.

Jurucakap hotel terlibat juga mendakwa tidak mengetahui penganjur yang melibatkan persembahan seumpama itu di premis terbabit.

Kakitangan tersebut yang tidak mahu dinamakan berkata pengurusan hotel hanya dimaklumkan mengenai penganjuran makan malam bagi sambutan hari jadi sahaja.

“Kita tidak tahu, ada pesta dangdut dalam acara tersebut yang kita dimaklumkan hanya untuk sambutan hari jadi.

“Walaupun kita telah meminta aturcara majlis daripada pihak penganjur tapi mereka tidak beri kepada kami sehingga lah pada malam acara tersebut,” katanya.

Jurucakap itu berkata mereka membuat laporan polis sebaik sahaja mengetahui acara terlarang itu berlaku.

“Saya amat kesal kerana pihak hotel dituduh kerana sebenarnya kami sendiri tidak tahu adanya pesta tersebut.

“Kalau kami tahu sudah tentu kami tidak akan benarkan acara demikian dibuat,” katanya.

Kerajaan Terenganu kini menyiasat perkara tersebut dan akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan hotel berkenaan untuk mendapatkan penjelasan hari ini.

Exco Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Mohd Nor Hamzah dilaporkan berkata acara tersebut juga tidak wajar dilakukan sewaktu umat Islam bakal menyambut Ramadan.

Beliau sedia mendengar penjelasan penganjur yang mungkin tidak maklum mengenai peraturan berkenaan, katana seperti dilaporkan media semalam.

“Mungkin mereka tidak tahu garis panduan baharu. Kita sedia mendengar dan beri ruang kepada mereka untuk memberi penjelasan jika ada kelemahan tertentu, ” katanya.

Persembahan dangdut itu dirakam dalam video sepanjang kira-kira 25 saat yang mengabadikan aksi nyanyian dan tarian seorang artis bersama berapa individu di atas pentas.

Rakaman tersebut dikesan tular di kalangan pengguna media sosial di Terengganu dan menimbulkan pelbagai kritikan.

Garis panduan yang melarang aksi dangdut seperti itu dilancarkan Terengganu pada Mac 2020 mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002,

Ia antara lain menggariskan panduan kepada penggiat dan pengamal seni kebudayaan Muslim supaya berpakaian menutup aurat dan kepada bukan Islam untuk berpenampilan sopan.

Artis wanita pula hanya dibenarkan membuat persembahan sekiranya berusia 12 tahun ke atas dan hanya kepada khalayak wanita.

Namun ia terkecuali bagi persembahan berunsurkan keagamaan dan patriotik atau persembahan berkumpulan seperti koir.

Garis panduan itu juga menetapkan pakaian artis, tatarias dan dandanan rambut tidak menyerupai jantina yang berlainan.

Individu dikaitkan dengan kontroversi melibatkan aktiviti Lesbian Gay Biseksual dan Transeksual tidak dibenarkan membuat persembahan. – 2 April, 2022.
 

BETUL SOKONG

LARANG DANGDUT

LARANG KARAKOKE

AMIN

INI SEMUA 

MALAON YANG

TAK SABAR

NAK BERHIBUR

AMIN

TAK SEDAR

ADA HIBURAN

YANG LEBIH BEST

DARI DANGDUT

AMIN

SABAR TUNGGU

JANGAN TAK SABAR

KAH KAH KAH

LEPAS MATI

ADA HIBURAN

 LEBIH BEST DARI

DANGDUT

KAH KAH KAH

ADA BIDADARI

BERMATA JELI

KAH KAH KAH

ENTOTLAH

MENARILAH

BERDANGDUT

SEPUAS PUAS

KAH KAH KAH

KHALAS

GANTUNG LEHER PEMBERI & PENERIma RASUAH

 

Ganja perubatan: Bantu bukan hukum

PENAHANAN penyanyi dan komposer terkenal Yasin Sulaiman di bawah Akta 39B 1(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati, penjara seumur hidup serta sebatan sebanyak 15 kali saya kira sangat tidak wajar, sepertimana Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang menghukum individu yang melakukan percubaan bunuh diri sedangkan mereka memerlukan bantuan bukannya hukuman.

Apa yang terjadi pada Yasin menjadi polemik yang cukup besar memandangkan beliau juga menghidap penyakit bipolar disorder iaitu kecelaruan mental berkaitan perubahan mood yang ekstrem yang memerlukan rawatan. 

Pihak pembangkang juga pernah mencadangkan untuk meluluskan marijuana bagi tujuan perubatan seperti mana yang berlaku di beberapa negara iaitu Australia, Kanada, United Kingdom, Portugal, Chile, Jerman, dan banyak lagi negara, namun perkara itu masih lagi di peringkat penyelidikan.

Namun begitu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pernah menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkenaan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan. 

Menjawab pertanyaan tersebut dalam jawapan bertulis, Khairy berkata sekiranya terdapat cukup bukti saintifik menyokong penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan yang mengambil kira aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan, permohonan untuk mendaftarkannya boleh dikemukakan kepada pihak berkuasa kawalan dadah.

Tambahan lagi ia akan dinilai dan didaftar di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 untuk dipasarkan di Malaysia. 

Menurut Khairy, akta sedia ada yang mengawal selia kanabis dan hasilnya di Malaysia, melalui Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952, tidak menghalang penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

Melihatkan pada jawapan Khairy, besar harapan saya sekiranya kes Yasin ini menjadi satu titik tolak untuk penggubalan beberapa akta yang perlu dilakukan supaya pesakit seperti Yassin mendapat pembelaan sewajarnya. 

Beliau menanam ganja hanya untuk merawat dirinya tetapi hukuman yang diterima jauh lebih teruk daripada perbuatan membunuh atau merogol orang.

Kerajaan perlu mengkaji semula beberapa akta dan saya berpendapat penggunaan kanabis tidak sewajarnya diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 mungkin sekadar perlu dikawal selia di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

Saya juga mendoakan aafiyah (perlindungan) dan kesembuhan diberikan kepada saudara Yasin; begitu besar ujiannya pada bulan Ramadan ini. 

Semoga ada keadilan untuk beliau dan saya harap isu ini juga membuka mata ramai pihak bahawa pesakit mental bukannya gila dan memerlukan bantuan bukannya hukuman. 

Saya bersolidariti bersama Yasin. Ayuh, popularkan tanda pagar #BantuBukanHukum tanda sokongan.

* Yuslaini Azmi, pembaca The Malaysian Insight.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.

DUNIA DAH

BERUBAH DALAM

 HAL HAL GANJA

AMIN

KITA MASIH

MENGGANTUNG

WARGA YANG  

ISAP GANJA

AMIN

INI HUKUMAN

BAGINDA QUEEN

AMIN

TEORINYA

KALAU DIGANTUNG

MAKA RAMAI TAKUT

NAK ISAP GANJA

AMIN

KALAU BAGINI

KITA GANTUNG

JUGA PERASUAH

BIAR RAKYAT

TAKUT UNTUK

BERI & TERIMA

RASUAH

AMIN

KHALAS

SAPA ADA MULUT ?

 



SAPA ADA TANGAN

DAN MULUT

AKAN DITANGKAP

JABATAN ISLAM

MELAKA

AMIN

TANGAN BAWA

MAKAN

MULUT MAKANAN

MASUK

KAH KAH KAH

Unknown commented on

 "SAPA DAPAT BIDADARI"

Kah kah kah... Lopaih ni siapa bawak mulut pong boleh kona tangkop... Sobab membawak mulot boleh monimbulkan syak tak berpuoso... Hahaha... Sobab makang pakai mulot... Hahaha... Lawak lawak

SRI LANGKA KRISIS BETERUSAN

 


SRI LANGKA

KRISIS BETERUSAN

AMIN 

SATU DERAJAT

 



SEMUA WARGA

SATU DERAJAT

AMIN

Unknown commented on 

"KHEMAH YANG

 BETUL BESAR"

Khemah besar atau kecik tak penting. Yang penting, semua yang masuk khemah MESTI terima dan percaya ... NEGARA Malaysia tak kira warna kulit, kaum atau agama ... RAKYAT Malaysia sama taraf tak kira warna kulit, kaum atau bangsa. Dulu Amerika kuat kerana rakyatnya yang berkulit putih, hitam, coklat, kuning semua percaya dan terima sesama diri sendiri sebagai RAKYAT Amerika, NEGARA Amerika. Orang Malaysia sanggup tak?

TANGKAP PERASUAH LEBIH PENTING DARI TANGKAP ORANG TAK PUASA

 


TANGKAP

SOSOK RASUAH

LEBIH PENTING

DARI TANGKAP

SOSOK TAK PUASA

KHALAS

Unknown commented on

 "SAPA DAPAT BIDADARI"

Sapa yg tak puasa boleh makan di restoran, kantin dan tempat sewajarnya. Yg tak puasa tak payah pergi sana. Yg tak puasa boleh bayar hutang puasa kemudian. Bukan bayar dengan kerajaan. Ini urusan insan dgn tuhan. Ini semua tipu daya dajjal, apa yg islam tak ajar, dia orang nak buat, yg islam ajar dia orang tinggalkan.


 Jgn curi duit rakyat dan tak amanah. Itu dosa dgn manusia. Itu dia orang buat pekak. Tak puasa dosa dgn tuhan, dosa individu, boleh minta ampun. Bkn kau yg ampunkan. Bukan saja dia orang nak jadi raqib dan atid malahan atas dunia ni pun korang dah nak jadi munkar dan nankir.