Isnin, 11 September 2023

11 SEPTEMBER


11 SEPTEMBER

SENIN 11 SEPTEMBER 2023
HEBOH PASAL ZAHID BELUM REDA
MAKIN BANYAK SUARA DI DENGAR

KEPUTUSAN PRK PULAI JERAM
BANTU PAKATAN
PENGUNDI TOLAK PERIKATAN
SEBENARNYA PENGUNDI
AMAT TAKUT DENGAN TALIBAN

SELAGAI PERIKATAN
PAKAI DASAR TALIBAN
SELAGI ITU
PENGUNDI AKAN TOLAK
AMIN

CHILE
11 SEPTEMER 1973
LIMA PULUH TAHUN DULU
BERLAKU RAMPASAN KUASA
DI SANTIAGO CHILE
KERAJAAN  ALLENDE JATUH

RAMPASAN KUASA  PINOCHET
DI DALANGI OLEH CIA
INI SAMA SEPERTI BERLAKU
DI IRAN  TAHUN 1953
DI INDOSENAI TAHUN 1965

MOROKO
LEBIH 2000+++ WARGA TEWAS
DALAM GEMPA BUMI
BANTUAN DARI LUAR NEGARA
DARI UK
DARI QATAR DARI UAE
MULA MASUK

THAILAND
BEKAS PM THAKSIN
DUDUK LUMAYAN DALAM PENJARA
ADA SOFA  TV INTERNET
DAN HAWA DINGIN
KAH KAH KAH

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
MATA HARI TAK KELIHATAN
KL & KL SENTRAL CERAH

DI TEPI PINTU MASUK
SATU KUMPULAN TIONG BERCEKAK
ENTAH APA YANG DI BINCANG
HEBOH BUNYINYA

DARI JAUH JANTAN BERKOKOK
DARI  JAUH GUA DENGAR
TU TUK TUK

SEBUAH PESAWAT MELINTAS
TAPI TIDAK KELIHATAN
GUA HANYA DENGAR BUNYI

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS

BRO
 SENYUM
KITA SAMBUT SENIN
DENGAN GEMBIRA

BRO
SEPI BUKAN BERERTI HILANG
DIAM BUKAN BERERTI LUPA
JAUH BUKAN BERERTI  PUTUS

BRO
IKATAN YANG TIDAK
PERNAH DI LUPAKAN
NAMANYA PERSAHABATAN

BRO
HIDUP INI SEMPOI
HARGAI ORANG YANG HARGAI LU
HORMATI ORANG YANG HORMAT LU
SAYANGI ORANG YANG
SAYANG  PADA LU

BRO
LUPAKAN MEREKA
YANG LUPAKAN LU
JANGAN PENDULI YANG
TAK AMBIL PEDULI PADA LU
TINGGALKAN MUSUH LU

BRO
BETULAKAN  HATI
HATI AKAN BETULKAN AKAL
AKAL AKAN BETULKAN LIDAH
LIDAH AKAN BETULKAN HIDUP

BRO
JANGAN DICARI SAPA YANG SALAH
TAPI CARILAH HIKMAH
SESEBALIK MUSIBAH

BRO
BUAT BAIK TAK PERLU DIPUJI
TIDAK PERLU DI KENAL ORANG
NAK MEMBANTU YANG SUSAH
TAK PERLU JADI YB
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENYAMBUT
PAGI SENIN

Ahad, 10 September 2023

PAKATAN KURANG UNDI MELAYU


Undi Melayu tidak cukup untuk Perikatan menang PRK Johor

UNDI Melayu di Simpang Jeram dan Pulai tidak cukup untuk memberikan kemenangan buat Perikatan Nasional (PN), kata Pengarah Program Merdeka Centre Ibrahim Suffian.

Menganalisis keputusan dua pilihan raya kecil (PRK) di Johor semalam, Ibrahim berkata ada penolakan jelas daripada pengundi bukan Melayu terhadap PN.

Ibrahim yang juga pengasas bersama badan kaji selidik itu mendedahkan keputusan itu menunjukkan isyarat jelas penyokong Umno memilih kerajaan perpaduan dengan mengundi calon Amanah.

“Jika kita lihat daripada segi demografi, kedua-dua kerusi adalah bercampur dan di kawasan bukan Melayu, penolakan terhadap PN adalah jelas, kita boleh kata lebih 90% undi diberikan kepada Pakatan Harapan (PH).


“Ini bermakna, PN hanya dapat sokongan Melayu tetapi ia tidak mencukupi. PN juga tidak dapat menambah sokongan Melayu. Anda perlu sekurang-kurangnya sokongan 75% undi Melayu untuk menang.

“Berkenaan jumlah pengundi yang rendah, biasanya ia akan beri kelebihan keada PN, namun di Johor ia tidak mencukupi buat PN, gelombang hijau tidak terlalu besar,” katanya.

Warna hijau dikaitkan dengan parti Islam, PAS dan “gelombang hijau” dilihat sebagai popularitinya yang semakin berkembang di semenanjung selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada November lalu.

Ditanya jika pengundi Umno menyokong kerajaan perpaduan susukan Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan tanpa dilepaskan daripada 47 pertuduhan kes rasuah, Ibrahim berkata keputusan itu mungkin ada kesan terhadap pengundi Umno.

“Daripada kerja di bahagian akar umbi, ada tanda menunjukkan semangat tinggi daripada penyokong Umno. Mereka yang saya temui meluahkan rasa puas hati, dan hasilnya ialah, PH-BN terima undi daripada pengundi Umno.

“Kesan terhadap pengundi bukan Melayu pula, isu Zahid bukan perkara penting untuk mereka, dan mereka hanya tidak mahu undi PN,” katanya.

Calon PH, Nazri Abdul Rahman menang kerusi Simpang Jeram dengan 3,514 undi majoriti, menentang calon PN Dr Mazri Yahya.

Timbalan ketua Amanah bahagian Bakri itu memperoleh 13,844 berbanding 10,330 diterima Dr Mazri dan calon bebas, S. Jeganathan yang hanya dapat 311 undi serta hilang wang deposit.

PH turut mengekalkan kerusi Pulai menerusi calonnya, Suhaizan Kaiat yang menewaskan calon PN, Zulkifli Jaafar.

Suhaizan menang kerusi itu dengan 18,641 undi majoriti selepas menerima 48,283 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Calon PN, Zulkifli Jaafar memperoleh 29,642 undi sementara calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi menerima 528 undi. – 10 September, 2023.


INI PERJUANGAN

MELAYU ISLAM

AMIN

KITA TUNGGU

PULA APA AKAN

JADI DI PELANGAI

JENG JENG JENG

PRK PELANGAI

PAS LAWAN UMNO

AMIN

MELAYU ISLAM

LAWAN MELAYU

KLEPTOKRASI

AMIN

APAKAH TALIBAN

AKAN DI TOLAK

SEKALI LAGI

JENG JENG JENG

KHALAS

ROSMAH BERCUTI DI MANA ?



Gempa bumi kuat di Sulawesi

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada pukul 10:43 malam tadi.

Pusat gempa bumi tersebut terletak 0.1° Utara dan 119.8° Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km) 110 km Utara dari Palu,Indonesia, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Setakat ini, katanya, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – 



ROSMAH BERCUTI

DIMANA ?

AMIN

BUKANKAH 

ROSMAH

JADI PEMAISURI

DI PULAU INI

KA KAH KAH

AMIN

UKRAINE MENUNGGU KALAH



Lebih 420,000 askar Russia berada di Ukraine

KYIV menganggarkan Russia menghantar lebih 400,000 askar di kawasan yang dikawalnya di timur dan selatan Ukraine, kata Timbalan Ketua Risikan Vadym Skibitsky.

“Russia mengerah lebih 420,000 anggota tentera ke wilayah kami yang pada masa ini dijajah, termasuk Crimea,” katanya pada sidang akhbar di Kyiv.

Angka itu tidak termasuk Pengawal Negara Russia dan unit khas lain yang mengukuhkan kuasa di wilayah Ukraine, katanya.

Skibitsky berkata sejak sebulan lalu Russia secara aktif melancarkan serangan dari Crimea.

“Dron dihantar di Crimea digunakan untuk menyerang pelabuhan kami di Izmail dan Reni,” katanya.

Pelabuhan itu digunakan sebagai hab alternatif eksport, khususnya sejak tamat urus niaga perlindungan eksport di Laut Hitam.

Ukraine melancarkan serangan balas di timur dan selatan pada Jun tetapi berdepan serangan ganas tentera Russia.

Tentera Kyiv turut melancarkan serangan di sekitar Kharkiv di barat daya, iaitu kawasan yang dapat dibebaskan tahun lalu. – AFP, 10 September, 2023.

WOIT

UKRAINE TUNGGU

KALAH

KAH KAH KAH

ATAU SIMPAN

HARAPAN ASKAR

AMERIKA AKAN

MASUK PERANG

JENG JNEG JENG

KHALAS

WAREH !!! DEN SOKONG


WAREH!!

DEN SOKONG

KHALAS 

BUKU MALAPETAKA IKLIM

 


MALAPETAKA IKLIM

 ADA DI JUAL

DI PESTA BUKU



JEMPUT HADIR - BOOK HAVEN - MERDEKA DENGAN BUKU

maka Salam Madani semua 

Jemput hadir bersama pesta jualan buku - termasuklah acara bulanan READINGS @ SANTAI SENIMAN yang akan dirasmikan & dihadiri tetamu istimewa ADUN Kota Damansara YB Muhammad Izuan Ahmad Kasim

Dengan hos Nizal Mohammad 

Serta juga di acara lain sepanjang program dua hari - Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli Ngah Talib - Tan Sri Syed Hamid Albar - Hishamuddin Rais - Pyanhabib - Nasir Jani - Sani Sudin (Tokoh Penyair Kuala Lumpur 2023) & ramai lagi 

Sabtu - Ahad 9hb - 10hb September
10 pagi - 10 malam