prempuan itu aku terlihat berdiri di tepi tiang
mukanya terbungus hitam
tangannya menghulur panjang
helaian taka koyak menjadi modal
ibu siapa perempuan ini
janda siapa perempuan ini
isteri siapa perempuan ini
anaknya berapa ramai
rumahnya dimana
kibaran bendera politik melintangi jalan raya
muka haji berkeyatap
janggutnya sampai ke pusat
muka mullah berserban
beratnya sebuah tempayan
perempuan itu aku lihat dari jauh
dia membongkok-bongkok
tangannya mencucuk anak anak padi
matahari telah turun
dia masih membongkok-bongkok
saekor anjing berjalan di atas permatang
saekor kambing dengan anaknya sedang berjalan pulang
sawah nan terbentang
siapakah tuan empunya
tasik yang maha luas
ikan didalamnya harta siapa
perempuan itu berdiri di sebelah pintu kedai
seorang anak berdiri sama
tangannya menghulur meminta-meminta
setiap pelanggan yang masuk ke luar si perempuan cuba menduga
petang hari tadi
apakah perempuan ini masuk ke dalam khemah
yang memisahkan si ibu dengan si anak
untuk mendengar khutubah seorang mullah
yang tidak menghalalkan si anak masuk
kerana si anak seorang jantan
perempuan –perempuan ini adalah ibu kita semua
perempuan- perempuan ini adalah kakak kita semua
perempuan –perempuan ini adik kita semua
perempuan-perempuan ini adalah kita semua
perempuan ini adalah anak semua bangsa
Khamis, 25 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
Perempuan itu adalah Bik Mama.
Tetap menanti....
Disisi seorang anak iras monggolia.
Menanti Genghis Khan, Kublai khan ataupun Shahruk Khan
tidak.....
Mat Monggol khan!!! sudah menghilang????
maka semua nya akan kalah perang...
Perempua itu pasti....
Ya ...pasti
Bik Mama tapi bukan....
perempuan???
Madah berhelah........
Perempuan-perempuan itu....
woi Bik Mama lalala....adohai....
:)
memula...
teman rasa keliru ng post nih...
namun setelah teman tenung-2 intipati nyer...
keliru bertukar sebak...
hairan bertukar menjadi kesedaran...
pening bertukar menjadi sindiran...
nampak benor perjuangan kita belum selesai...
nampak benor perjuangan yang sedia ada hanya untuk orang-orang tertentu sahaja...
perubahan patut dilakukan segera...
dan...
harapan agar perubahan itu selanjar dengan apa yang diperjuangkan...
teman setia menunggu dan akan memperjuangkan mereka-mereka yang memerlukan...
terima kasih kerana menyedarkan...
apa yang patut kita perjuangkan...
bhasa yang indah..
Salam
Wah, best la sajak bro Isham ni...
Tersentap naluri wanita saya bila baca...
Tapi kalo ada picture lgi best, kami yg tk ada peluang ke sana boleh tengok ttg kehidupan mereka di sana.
Akulah perempuan dan dot2...
Kenapa guna istilah perempuan? Perempuan membawa konotasi perempuan dipunyai(empuan) oleh kaum lelaki. Istilah ini mungkin wujud pada zaman feudal dulu. Kan lebih mulus jika diguna istilah wanita bagi memperihalkan insan yang mempunyai vagina, menstruasi dan payudara bagi membezakannya dengan kaum lelaki yang telah lama mendominasi wanita.
bro. membaca bait2 katamu ini. ia menusuk jiwa. terasa sebak. lalu segala roma liang berdiri. ya. energi dhaka telah sampai. memperlihat segala telatah manusia-manusia. memperlihat segala jenis pedih. duka. miskin. dhoif. ia amat menyentuh. kanak-kanak.
aku jadi hairan. dari dulu. sampai sekarang. yang kaya-kaya. yang katanya kerajaan. dimana ya segala hasil ruah limpah kekayaan bumi ini. mengeleng aku. sedih aku. entah mana salah silap. dituduh inilah kapitalis...ia benar, dikata inilah cara islam....ia juga benar... semacam zaman polpot...ia juga benar... dikala mao menjadi dewa.... ia juga benar....ianya realiti...nyata! teori hanya pada buku...hanya pada kitab...!
ahhhh.... apa jua sistem ia tetap berkhilaf. mullah? imam? jeneral? semuanya manusia. berak tetap busuk dan hukumnya najis mutawasitah!
Bro,Dengar cerita dinegeri sebelah ni kena pakai baju longgar ,seluar longgar.Elak pakai seluaq jean yg ketat.Bukan dikejar pompuan tapi dikejar lelaki.Bahaya tuuuu.. Kiff.
bro nak tanya ni!!!??...
ada iklan dekat tv tu promote camera compact Olympus...yang aku binggung ni perkata pada tagline dia tu ditulis sebagai kamera 'baharu' bukannya kamera 'baru'...mana satu yg betui ni???
ini mesti Dewan Bahasa Dan Petaka ni buat buat buta lagi ni...
Halo brader...testlah kau punya m16 kat minah Bangla...ha..ha..ha...
Oooo..kalau ngan pompuan..tajam ja pandangan mata ngko ekk???...Hehe... Cantik karya ni...gambaran realiti kehidupan.
Oooo..kalau ngan pompuan..tajam ja pandangan mata ngko ekk???...Hehe... Cantik karya ni...gambaran realiti kehidupan.
Catat Ulasan