Rabu, 7 Januari 2009

SATU CADANGAN

SATU PANDANGAN DAN SATU CADANGAN

Ketika Terengganu dan Kelatan di bawah kerajaan Pas, saya pernah bertanya kepada seorang kawan yang rapat dengan Pas tentang kemungkinan di wujudkan satu program pemberian tanah kepada orang-orang India yang tidak memiliki tanah. Pertanyaan ini muncul pada tahun 2000 yang lalu.

Kini, pada tahun 2009, 5 buah negeri telah di miliki oleh pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat – sebuah pakatan yang menjanjikan kesejahteraan warga bukan mengikut bangsa atau agama tetapi berpandukan keperluan.

Justeru pertanyaan saya sembilan tahun dahulu ingin saya jadikan satu cadangan. Saya mencadangkan agar di wujudkan satu skim pemberian tanah berkelompok kepada bangsa India yang tidak memiliki tanah.

Saya bukan ahli akademik atau pun tukang kaji selidik – maka saya tidak tahu peratus dan jumlah keluarga India yang jatuh ke dalam status miskin tegar, daif dan hidup dalam kesesakan.Tetapi secara impirikal kita tidak dapat menafikan bahawa gulungan ini wujud.

Dari apa yang saya baca mereka ini adalah buruh-buruh ladang getah yang telah di tinggalkan bagitu sahaja apabila ladang-ladang ini beralih tuan, dari getah menjadi ladang kelapa sawit atau ladang-landang ini bertukar status dari pertanian ke perumahan.

Rasa saya adalah tepat jika bangsa India yang memiliki pengalaman dalam hal perladangan getah ini di berikan tanah agar mereka dapat menggunakan pengalaman lama mereka untuk perladangan sawit.

Tanah untuk yang mereka yang memerlukan tanah wajib dijadi dasar Pakatan Rakyat. Tanah untuk penggarap adalah dasar pertanian yang tepat. Jika kita menolak Tuan Tanah British yang duduk di London maka kita juga wajib menolak Tuan Tanah yang duduk di Country Heights. Siapa menggarap maka dialah yang seharusnya menjadi pemilik tanah.

Generasi muda hari ini mungkin kurang sedar bahawa masyarakat India yang kelihatan terbiar hari ini telah memainkan peranan pembangunan ekonomi yang bagitu penting dalam negara ini. Laluilah jalan-jalan dari kota ke kampung-kampung pendalaman. Dari bandar ke pekan-pekan kecial. Semua jalan-jalan ini adalah hasil dari tenaga buruh bangsa India.

Mereka juga bertanggung jawab membanting tulang untuk membariskan landasan keretapi dari Singapura hingga ke Padang Besar – dari Gemas hingga ke Wakaf Baru. Mereka juga memburuh membanting tulang penyumbang 60% untuk ekonomi British ketika kerajaan kolonial British menjajah Tanah Melayu.

Masyarakat imigran dari India yang di bawa oleh Britsh ke Tanah Melayu ini memiliki struktur sistem budaya berkasta-kasta. Justeru, secara licik dan sedar sistem kasta ini telah di ekploit ke maksima oleh penjajah British. Kasta yang paling terendah dijadikan kuli di ladang-ladang milik British. Kasta yang lebih tinggi dijadikan mandor atau pegawai rendah. Untuk melalai dan mententeramkan kehidupan kuli-kuli ini kedai-kedai todi telah disediakan oleh Tuan Ladang.

Seperti mana yang berlaku terhadap masyarakat Melayu, bangsa India juga telah di jual oleh para pemimpin mereka kepada kepetingan ekonomi British. Kalau bangsa Melayu telah di jual kepada British oleh kelas feudal Melayu, buruh-buruh India pula telah dijual bulat-bulat oleh pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja mereka.

Sejarah penjualan kuli dan buruh India di Tanah Melayu ini berterusan dari zaman British hingga ke hari ini. Pemimpin-pemimpin bangsa India yang kita kenali atau kita baca nama-nama mereka sama ada dalam parti Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat kebanyakan adalah dari kasta yang lebih tinggi dari kasta yang menjadi kuli dan buruh. Atau pun mereka, walau pun Tamil, tetapi bukan datang dari tanah besar India tetapi dari pulau Ceylon.

Malah banyak diantara mereka ini bukan sahaja tidak tahu berbahasa Tamil malah dari segi budaya mereka ini adalah saki baki dari kumpulan Anglo-Indian – yang berbontot hitam tetapi pengampu Mat Saleh. Bila Mat Saleh balik kampong mereak menjadi pengambu gerombolan United Malays National Organisation.

Masyarakat Melayu hari ini wajib menyedari jika kita membuat perbandingan diantara Melayu/India dan Melayu/Cina – maka kita akan menemui hubungan yang amat intim dan rapat diantara budaya Melayu dengan budaya bangsa India. Dalam sejarah pembudayaan negara bangsa, budaya Melayu di seluruh kepulauan Melayu ini amat rapat pertalian budayanya dengan budaya tanah besar India dari budaya tanah besar China.

Struktur feudal budaya Melayu yang kita gunapakai hari ini adalah serpihan dari budaya feudal India. Secara bijak pembentukan budaya feudal Melayu telah menapis keluar struktur kasta kolot dari tanah besar India. Secara positif bangsa Melayu telah menerima bangsa India tanpa melihat kasta dan keturunan mereka. Bangsa Melayu tidak mengenali Brahmin, Chettiar, Pariah atau Mandor. Bangsa Melayu tidak memiliki nilai untuk memisah-memisahkan bangsa India mengikut kasta-kasta mereka. Dalam mata hati bangsa Melayu semua bangsa India itu sama. Ini amat positif.

Dari segi pembudayaan bahasa – Bahasa Melayu tanpa menapis telah menerima pakai bukan sahaja perkataan-perkataan dari Sanskrit tetapi menghayati konsep-kosep yang dibawa oleh perkataan-perkataan ini. Mungkin ramai yang kurang sedar bahawa konsep dosa dan pahala itu memiliki akar umbi dari bahasa India Sanskrit.

Apa yang saya tulis diatas adalah sebagai hujah untuk menyokong cadangan saya agar bangsa India yang menjadi penduduk miskin kota ini di sediakan satu skim pemberian tanah berkelompok. Adalah adil untuk kerajaan Pakatan Rakyat melahirkan satu dasar skim tanah berkelompok sama seperti bangsa Melayu yang tidak bertanah yang telah mendapat skim tanah Felda.

Cadangan saya ini adalah sebagai jawapan positif kepada tuntutan Hindraf. Tuntutan Hindraf ini jika kita baca kelihatan tidak masuk akal dan kebudak-budakan. Tuntutan Hindraf ini mengingatkan saya ke zaman kemahasiswaan yang naif tetapi penuh dengan idealisma.

Masanya telah sampai untuk kita semua tidak lagi menyalahkan penjajah British. Itu adalah sejarah. Kita berkeupayaan untuk menyusun dan mendirikan sebuah masyarakat negara bangsa yang adil. Lesong di tangan dan lada dalam mangkuk maka kitalah yang wajib menumbuknya untuk menjadikan sambal. Menyalahkan British memang senang kerana mereka tidak wujud lagi dalam percaturan siasah harian kita.

Kita seharusnya menghadapi masaalah penduduk India yang miskin tegar ini dengan fikrah terbuka. Kemiskanan membawa pelbagai bentuk permasalahan. Masalah mereka akan menjadi masaalah kita semua. Kesusahan mereka adalah kesusahan kita semua. Jika mereka senang kita juga akaan menikmati kesenangn itu.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang berpaksikan Ketuanan Rakyat jika ingin dilihat adil dan melintasi politik perkauman wajib melakukan langkah-langkah yang bukan retorik tetapi dapat di pegang, di cium dan di makan. Jesturu satu skim tanah untuk bangsa India yang miskin tegar adalah satu cadangan dari saya.(
TT)



23 ulasan:

Mr Phil Dean berkata...

bagus tapi perkara ini diteliti dengan mendalam supaya jika india makin berleluasa didalam negara tiada lah lagi hak melayu.. saya harap perkara yang dibuat hendaklah seimbang.. saya risau sekarang cina yang kaya nanti mungkin satu hari nanti jika terdapat skim ini india pula yang kaya.. boleh dilakukan tapi hendakalah seimbang.. seimbang dari semua aspek.. ss

sang kancil berkata...

saya setuju dengan saudara. bukan india sahaja perlu di beri tanah tapi melayu dan cina yang tak punya tanah pun harus diberi.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan pendapat tuan itu. Orang cina yang di khuatiri jadi kominis atau simpati pada kominis ada kampong2 baru, di beri tanah tanah lot...tapi malang kaun India tidak, mengapa?

Tanpa Nama berkata...

Hati TT memang menjurus yang termulia, boleh mengenengahkan suatu cadangan untuk satu kelompok kaum yang terpinggir, terpisah dari pembangunan arus perdana. Tetapi insan pinggir di Malaysia bukan saja dari kelompok India, ada banyak lagi kumpulan terpuruk di Sabah dan Sarawak, mereka juga dalam sempadan wilayah Malaysia.
Artikel lain boleh menyentuh mereka, malahan antara mereka sana ada yang lebih parah seperti kelompok orang asli kita.

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dengan cadangan tukar tiub.

sampai bila lagi melayu nak jadi racist? mereka kaum lain punyai hak sama rata..

hafiz berkata...

Benar Bang Isham. komuniti India Malaysia sememangnya terpinggir. Ramai lagi yang masih terbelenggu kemelut kemiskinan melampau. Artikel ini tepat. ya. kita harus berubah. cuma dengan adanya gerombolan, masyarakat sentiasa-sentiasa-sentiasa dibodohkan.

Tanpa Nama berkata...

Saudara Hisham,
Amat baik pandangan anda untuk difikir dan laksanakan. Kaum India yang ada di Malaysia dikaitkan dengan masalah sosial. Saya percaya masalah sosial ini berpunca dari status atau peluang ekonomi. Jika dilaksanakan anda akan dilihat adil tetapi jika boleh integrasi semua kaum atau penduduk wajib ada. Jika kaum India mendiami sesuatu kawasan tenpa kaum lain maka akan timbul lah kumpulan-kumpulan samseng seperti Blues Gang (Ulu Tiram, Johor) atau 08, 021 (Ipoh). Saya membesar dipersekitaran tempat tempat ini, bagi saya pemimpin atau perancang tanah dan bandar gagal dalam tugas mereka mencium masalah yang bakal timbul. Apa hal pun, satu cadangan yang amat baik yang boleh diperbaikkan lagi.

Navy pencen

Tanpa Nama berkata...

Cadangan yg baik.
Menghapus kemiskinan.
Adil kepada golongan miskin.
Tidak berdasarkan warna kulit.
Tidak melihat hanya kepada agama yang berbeza semata-mata.

Kalau dibuat, negara akan makmur.
Org India yg miskin dibela.
Bila orang sibuk bekerja (usahakan tanah) masa utk minum todi akan berkurangan, maka sedikit masalah sosial dpt dibenteras juga.

Pada pemimpin dalam PR dan juga BN, jangan butakan mata dan pekakkan telinga dgn cadangan yg bagus mcm ni.

Fazrulls berkata...

Salam Tuan,

Rasionalnya dasar sosialis tidak mengira agama dan bangsa...

Selamat perjuangkan... dan semoga berjaya...

Sekian,

Tanpa Nama berkata...

Tukar tiub,
Pandangan dan cadangan anda seperti tertulis diatas memang amat memilukan hati pada sesiapa saja yang memiliki simpati.

Namun bangsa melayu masih perlu diberikan perhatian pihak pemerintah. Ini disebabkan walau pun sudah berpuluh tahun pihak kerajaan sudah memberikan perhatian pada bangsa melayu namun masih ramai yang daif.

Disini perlu kita jadikan ianya satu perbincangan "mengapa bangsa melayu masih daif...?"

Dalam politik, kita lihat parti UMNO dari hulu hingga kehilir mereka terpekik terlolong mencanangkan bahawa mereka adalah parti yang memperjuangakan nasib bangsa melayu.

Tapi apa yang sebenarnya berlaku terhadap bangsa melayu...? Mereka telah memperbodohkan bangsa melayu, hak dan keistimewaan yang sepatut bangsa melayu miliki tapi telah bertukar tangan kepada orang yang mengaku melayu dalam UMNO. Bangsa melayu yang sebenar tetap daif.

Jika cadangan anda itu untuk memberikan kesamarataan, adalah lebih baik diutamakan bangsa melayu yang miskin sebelum bangsa yang lain menerima kebaikan itu.

Kita telah melihat sejarah, bahawa bangsa selain melayu apabila mereka hidup selesa dan senang bernafas dibumi bertuah ini, mereka lupa daratan. Mereka mula besar kepala dan kurang ajar pada bangsa lain. Mereka menggunakan apa yang mereka miliki untuk menindas terhadap bangsa yang lemah.

Pekara itu pernah berlaku sebelum 13hb. mei 1969.

Walau apa pun cadangan dan pandangan kita amat berharap agar bangsa melayu tidak terpinggir dibumi yang bertuah ini.

painah berkata...

Bro Isham, saya setuju sangat ngan cadangan ni.

COntoh terbaik kemana agaknya buruh2 estat Prang Besar yang kini telah menjadi Putrajaya? Ada saya dengar sebahagian dari mereka ditempatkan di sekitar Pekan Dengkil. Pokonya disini mereka adalah mangsa kepada pembangunan Putrajaya dan apakah yang mereka dapat sebagai mengenang jasa mereka kepada tokey estet?

Tanpa Nama berkata...

Bro hisham,

Ini satu cadangan yg baik dan perlu dilaksanakan oleh kerajaan PR.Pemilikan tanah oleh kaum India agak terkebelakang berbanding kaum-lain.Cuma Selangor mungkin akan menghadapi masalah kerana kekurangan tanah,manakala kaum Indianya ramai.Tapi bolehlah di ganti dgn pemberaian tapak-tapak perniagaan utk mereka mencari rezki,supaya tidak terlalu bergantung dgn kerja di estet.

Tanpa Nama berkata...

boleh aku tumpang tanda tangan petisyen ini?

Tanpa Nama berkata...

Budaya sifatnya mengalir tertakluk kepada persekitaran semulajadi dan aktiviti ekonomi masyarakat yang berkait. Kalau budaya Melayu dikatakan pengaruh India, tapi India yang mana pula? "India" tidak wajar digunakan di sini kerana ia warisan penjajah dan diteruskan pula oleh BN yang menjadi pewaris penjajah.

Budaya Melayu yang terawal malah budaya seluruh Selatan China hingga ke Filipina (bahasa warisan penjajahnya ialah "Asia Tenggara") umumnya adalah kacukan budaya Pallava iaitu budaya Indo-Aryan, berbahasa Sanskerta dan berakar dari Parsi, tak sama dengan Tamil di Malaysia ni yang Dravidia dan berbahasa Tamil. Pengaruh Sanskerta kemudiannya kacuk pula dengan Tamil. Pengaruh Sanskerta dalam bahasa Tamil terlalu banyak dan mengakar, sama juga dengan pengaruh Sanskerta dalam bahasa Melayu walaupun tidak mengakar. Bahasa, agama, bahan-bahan pakaian dan pentadbiran pemerintahan yang menggunakan sistem mandala adalah dari Pallava, bukan Tamil.

Indo-Aryan dan Dravidia bermusuh pada zaman dahulu kala. Pallava berperang dengan Chola berbangsa Tamil. Chola melanjutkan perang hingga ke Semenanjung Melayu pada 1025 hingga runtuhnya kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya. Dari sini lah antara munculnya pengaruh awal Tamil di Semenanjung. Pengaruh ini tidak lama kerana ia diambil alih pula oleh Tamil dan Malayalam dan Gujerat Muslim pada zaman Kesultanan Melaka yang memecah sistem kasta kolot. Tamil dari Tamil Nadu, Malayalam dari Malabar di utara Kerala dan Gujerat yang bersempadan dengan Pakistan beragama Islam pada zaman itu adalah kacukan pedagang Arab dari perkembangan Islam yang awal dan dari kelas atasan. Tun Mutahir, Tun Ali, Abdullah Munsyi adalah dari golongan ini. Tun Fatimah gadis Mamak kacukan Arab menjadi femme fatale kerana digilakan Sultan Mahmud pada ketika itu. Ia serupa tapi tak sama dengan mamak di Malaysia sekarang ini yang sudah hilang kacukan Arabnya. Budaya Mamak ini lah yang kuat mempengaruh dunia Melayu dari Semenanjung hingga ke selatan Mindanao. Budaya berpakaian memakai songkok dan kain sarung pelikat (Palaikat) adalah pengaruh Mamak.

Maka pengaruh budaya “India” yang ada dalam masyarakat Melayu adalah Hindu Pallava (Indo-Aryan-Tamil) dan Tamil (Dravidia asli), Malayalam (cabang Dravidia) serta Gujerat (Indo-Aryan) Muslim (yang juga berakar dari kacukan budaya Arab-Parsi sebenarnya). Pengaruh Tamil Hindu adalah kurang. Cuma ada sedikit pengaruh bahasa Tamil (Dravidia asli) dalam bahasa Melayu seperti “Malaiyur”, kedai, katik, cheras dan lain-lain. Oleh itu budaya “India” yang kuat mempengaruhi masyarakat Melayu sebenarnya adalah campuran budaya Parsi kuno dan Arab Muslim. Ini diakui oleh para ahli sejarah Iran.

Isu masyarakat Tamil Hindu saudara warga Malaysia kita sangat jelas pertentangan kelasnya. Politik masyarakat Tamil Hindu di Malaysia berpecah kepada Persatuan Dravidia dan Hindu Sangam mengikut budaya kasta yang kolot pula. Hindu Sangam lebih dekat dengan MIC. Dari budaya kasta yang kolot dan tidak berperikemanusiaan itu ditambah lagi perebutan punca-punca ekonomi dalam BN lalu muncul “kasta” baru dalam MIC dan meminggirkan yang lain. Puluhan tahun kemudian muncul Hindraf manifestasi dari pertentangan kelas ini.

Memang Hindraf bersifat keanak-anakan. Ia bagai anak kecil yang menghempas botol susu. Dengan kesedaran palsu ia bersorak bagai chauvinis budaya dan membuat heboh kepada taulan sesuku di India. Padahal diskriminasi budaya terhadap golongan Dalit di India masih kuat yang mana keadaannya lebih parah.

Oleh itu isu masyarakat Tamil Hindu Malaysia harus dianalisis dan dilihat dari sudut pertentangan kelas dan kemanusiaan yang murni, tidak perlu dilihat dari sudut budaya. Permasalahan ekonomi harus diselesaikan dengan dasar ekonomi juga. Pembukaan tanah baru untuk pertanian dan pengeluaran makanan adalah penyelesaian terbaik! “Siapa menggarap maka dialah yang seharusnya menjadi pemilik tanah” adalah berbahaya kerana akhirnya ia akan menjadi pusaka dan pemilik pusaka berpotensi menjadi tuan tanah bagaikan tuan feudal pula. Seharusnya “Siapa menggarap maka dialah yang seharusnya menjadi pemilik hasil tanah”.

Reformasi tanah bukan lah perkara kecil. Ia bukan sahaja setakat membuka tanah baru tetapi juga sokongan lanjutan yang padu dari kerajaan selepas itu seperti benih, baja pupuk dan sebagainya. Kita harus ingat projek Felda adalah projek kerajaan pusat, bukan kerajaan negeri. Persoalannya adakah PR yang rapuh mempunyai kekuatan? Memang kerajaan negeri mempunyai kuasa terhadap tanah, tetapi adakah kerajaan negeri mampu menghalang kapitalis industri asing dan tempatan yang juga menagih tanah untuk membuka kilang, menarah bukit batu kapur dan sebagainya? Reformasi tanah adalah polisi mendasar yang memerlukan penyelidikan yang mendalam dan teliti, bukan sembang-sembang di warung kopi!

Tanpa Nama berkata...

Sangat bagus!

Tanpa Nama berkata...

Penulisan yang hebat!

Tanpa Nama berkata...

benar..kita sesama manusia nape nak beza2kn antara warna2 kulit?..hakikatnya bumi ini adalah utk sume manusia utk idup dgn sama rata tnpa hadirnya ape2 prejudis,ketidakadilan,penindasan dsbnya..mcm ayat yg bro isham ni sll gune dlm pnulisan2 dia sejak dulu,kita wajib meraikan kemanusiaan..

Tanpa Nama berkata...

Satu cadangan yang amat baik dan memiliki keperihatinan yang sangat memerlukan tindakan sokongan dari semua kerajaan terutama kerajaan2 PR yang sedang berazam untuk merialisasikan janji2nya dalam manifestonya semasa kempen pru 8 Mac lalu.Untuk menyegerakan cita2 yang baik ini kiranya boleh berunding dengan Felda Plantation jika ada pada setiap negeri kerajaan PR.
Pengambilan semula oleh kerajaan negeri untuk dijadikan skim tanah berpeneroka,seperti mana tanah peneroka Felda.Jika ini berjaya dilaksanakan Kurniakan untuk semua kaum yang benar2 miskin yang amat memerlukan pembelaan.Pastikan tiada pemisahan kaum dalam satu2 penempatan tanah pertanian.
Sekadarnya dari jorakelokai.

Tanpa Nama berkata...

Satu cadangan yang amat baik dan memiliki keperihatinan yang sangat memerlukan tindakan sokongan dari semua kerajaan terutama kerajaan2 PR yang sedang berazam untuk merialisasikan janji2nya dalam manifestonya semasa kempen pru 8 Mac lalu.Untuk menyegerakan cita2 yang baik ini kiranya boleh berunding dengan Felda Plantation jika ada pada setiap negeri kerajaan PR.
Pengambilan semula oleh kerajaan negeri untuk dijadikan skim tanah berpeneroka,seperti mana tanah peneroka Felda.Jika ini berjaya dilaksanakan Kurniakan untuk semua kaum yang benar2 miskin yang amat memerlukan pembelaan.Pastikan tiada pemisahan kaum dalam satu2 penempatan tanah pertanian.
Sekadarnya dari jorakelokai.

zaidi musa berkata...

amat bersetuju dengan cadangan isham.memberi bantuan tanpa ada diskriminasi demi mewujudkan bangsa malaysia!

Tanpa Nama berkata...

tidak ramai yang berani membeli masa depan yang adil, kebanyakannya hanya melihat diri-sendiri serta kiri-kanan mereka sahaja

Tanpa Nama berkata...

[tidak perlu publish komen ini ]
20 menyokong cadangan tuan setakat ini.

teruskan tulisan yang baik semoga lebih ramai lagi yang bertambah baik.

memang, diluar sana penuh 'jiwa' yang sanggup berubah kepada kebaikan.

kebaikan menjadi cahaya untuk tuan, saya dan ummat ini.

teruskan wahai mujahid..

teruskan..
sebarkan lagi kebaikan..

biar penuh muka bumi ini dengan kebaikan..
biar tepu ruang angkasa dengan kebaikan..

biar padat 'media' ini dengan kebaikan..

biar lahir lagi pebaca, penulis dan petugas-petugas yang menyebarkan kebaikan..

biarkan hati kamu dan kita diselubungi kebaikan..

biarkan akal dan fikiran sebok dengan kebaikan..

biarkan kebaikan yang mengalir seperti sungai dibadan manusia ini..

biarkan biji mata sentiasa mengintai kebaikan..

biarkan hati batu juga rindu pada kebaikan..

biarkan sipekak bercerita kebaikan..

bertuahlah kamu wahai insan yang menjadi punca kepada kebaikan ini..

muliakanlah wahai Pencipta akan si IBU dan BAPAK yang melahir dan mendidik kamu..

semuga kamu, keluarga, keturunan dan ummat ini diberi lagi kebaikan..

semoga maqbul ' kebaikan ' yang diinginkan, yang dicita-citakan, yang diidamkan, yang dihajati, yang diimpikan, yang digaukan, yang diratapi, yang dikasehi, yang dirindui..

mustaffa ali ibrahim
atometal@gmail.com


[tidak perlu publish komen ini ]

Tanpa Nama berkata...

wow!

tiada gunanya diberi tanah jika akhirnya ke tangan orang lain. lihat saja tanah yg org melayu pernah ada, kemana ianya skrg?

apa yg perlu ialah pendidikan. tanpa pendidikan tiada gunanya tanah sebesar mana pun.

cadangan yg sedikit pelik bagi saya kerana pendidikan lebih membantu utk maju. dgn pendidikan akan dtg harta. bukan diberi harta tanpa ada pendidikan utk menjaganya..

anda punya visi yang sama dengan pak lah berkaitan sektor pertanian yg perlu dimajukan.

apapun, saya menyokong meritokrasi..