Isnin, 11 Januari 2010

UNTUK MEREKA YANG ANGKUH !



AKU HADIAHKAN SEGUNUNG BUNGA - SEKUNTUM INGATAN





LALU DIA PUN LUPA


dia pun lupa

lupa akan dirinya
lupa akan akan hari hari kelahirannya
lupa tentang sawah dan padi
lupa tentang sungai dan perigi

maka dia pun lupa
lupa kenapa di berada disini
lupa kenapa dia menjadi sebegini

jika dia melihat bumi ini
jika dia mendongak ke langit
jika dia ternampak awan
jika dia ternampak bintang
jika dia ternampak bulan
jika dia ternampak sinar matahari

pasti dia sedar betapa luasnya maya
pasti dia sedar betapa kecilnya dirinya
sebutir debu dalam mahamaya

lalu dia lupa

lalu dia menjadi angkuh
lalu dia menjadi sombong
lalu dia ingin memiliki dunia ini
lalu dia ingin memiliki maya ini
lalu dia ingin memiliki

lalu dia lupa akan kitab kitab kita kuno
lalu dia lupa akan surah surah lama
lalu dia lupa akan kesah kesah lalu
lalu dia lupa akan teromba alam

lalu dia lupa akan dirinya yang kini menjadi bagitu angkuh

lalu dia lupa
lalu dia memaksa semuanya tunduk ke bawah dulinya

lalu dia lupa
lalu dia mengakui bahawa dia sahajalah yang betul

lalu dia terlupa
setelah 80 ramadan
setelah 80 kong hee fatt chai
satelah 80 dewali
setelah 80 gawai
setelah 80 krismas

tujuh puluh kali salju turun
tujuh puluh kali musim bunga
tujuh puluh kali dia berpesta

akan sampai hari hari akhir

dia terlupa lilin lilin akan cair
dia terlupa musik musik akan berhenti
dia terlupa pesta angkuh ini akan berakhir

seperti dalam kitab kitab lama
seperti dalam surah surah kuno
kita semua akan berterbangan
kembali menjadi debu
kembali ke alam yang mahamaya

jangan terlupa
tidak ada apa yang tinggal
tidak pun sebaris ayat
tidak pun sekuntum shaer

yang tinggal hanya jejak jejak ingatan
yang tinggal hanya titik titik kebaikan
yang juga akhirnya akan dibalut masa





11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau hayat sampai 80 tahun. Kira bonus gila-gila arr tu. Kalau buat pahala.. banyak boleh kumpul tuu!!!!

kah..kah berkata...

Untuk jiwa & hati suci murni..

jgnlah berkabong
kalau masih melebong
jgnlah berkabong
kalau masih
mau berbohong
jgnlah berkabong
kalau masih dalam tong

..

demi sekuntum bunga
demi seharum kasturi
demi seindah pelangi
demi sesuap nasi
demi zahirnya cinta

berkabong lah..

abadi itu boleh ditemui..
indah itu boleh dicari..

dengarlah jeritan batinku!
kah..kah

Tanpa Nama berkata...

Mereka terlupa bahawa harus guna bahasa Melayu seluas-luasnya tapi tak boleh guna 'Allah' bahasa Arab yang bermakna Tuhan bukannya Tuhan Islam. Perlembagaan kata ada kebebasan agama tapi dalam amalan gereja boleh dibomkan. Nama 'Allah' tidak menjadi isu langsung di mana saja kecuali di bumi 'UMNO'. Apalah ngoknya! Ajaran agama oleh ulamak kita sudah 'songsang' man!

Tanpa Nama berkata...

Sham, itulah nama nya kehidupan. Dah kena lah tu...mereka kaya dan berkuasa. Tapi yang aku tak faham ni...ada mangkuk hayun yang miskin dan tak ada apa2 tapi tetap bodoh sombong, hipokrit dan angkuh. Tak tu dinamakan SIALLLLL!!! kah kah kah!!!



siber labukau

Tanpa Nama berkata...

yang sial adalah blog 'minda info kita',besar punya sial!!!!



gibuk

bangunberdiri berkata...

jangan jadi fasis agama...

yb berkata...

TT dengar sini.

Ada seorang mamat kaya, tapi bakhil. Duit berjuta-juta dan rumah keliling kota. Hujung bulan kutip sewa. Anak kawin, paksa orang sponsor plastik sampah. Mahal katanya.

Satu hari dia sakit perut. Lagak sakit macam sesak nak mati. Sudah sakit baru timbul rasa takut, takut mati agaknya.

Masa itu jugalah dia cepat-cepat hulur RM50 seorang kepada kami. Nak pahala sedekah agaknya.

Esoknya dia sembuh. Jumpa kami sambil merungut, rugi saya buang duit RM50 semalam.

yb

Tanpa Nama berkata...

Kepada yang angkuh,
Biarlah mereka terus angkuh
Nanti kita kapankan keangkuhan mereka
Sumbat bersama jasad di pusara
Untuk dikenang
Cucu cicit zaman berzaman

Janji Maha Esa
Mampukah keangkuhan itu dibawa menghadap
Pangkat darjat dirapak disembah
Dalam ruang yang sempit dan gelap

Biarkan mereka terus angkuh
Kerana keangkuhan itu akan kita kenang
Untuk sekian lama

Tanpa Nama berkata...

80 taun tu
kalau masih angkuh jugak
maknanya tak sedar diri
angkuh nak bawak mati

80 taun tu
maknanya sudah hampir
istana kata pergi
kubur kata mari

80 taun tu
kalau angkuh lagi
hari jadi akan datang
kita hadiahkan kain kapan

80 taun tu
kalau angkuh lagi
tak payah hadiahkan bunga
tapi papan buat keranda

akulah berkata...

doakan agar umurnya dilanjutkan, agar dapat ia melihat anaknya berambut lebat seperti isterinya hee hee hee

Mat Dangdut berkata...

Mula tak penting, yang penting finishing!