Selasa, 11 Februari 2014

AL-FATIHAH




AL-FATIHAH
STUART HALL 1932-2014
pemikir intelektual kiri

KESAH NYA
ketika itu aku bekerja sebagai pelayan
disebuah restoran
152 shaftbury avanue 
diwilayh soho london

aku bekerja  di restoran 
masakan melayu minang indonesia
ertinya masakan yang menggunakan lada

stuart hall
berasal dari jamica
warga jamaica juga menggunkan lada
malah lebih pedas dari masakan melayu
ertinya lidah dan cita rasa 
warga jamaica
tahu menikmati masakan melayu

satu malam sang profesor dengan kawan
mungkin juga seorang profesor
tapi lebih muda
mungkin anak pelajar

ujung minggu kota london
agak susah untuk mendapatkan meja makan
bila aku ternampak stuarat hall di tepi pintu
aku terus menyediakan meja
walau pun dia tidak ada booking

kami tidak pernah berkenalan
tetapi sebagai anak mahasiwa kota london
mustahil tidak mengenali intelektual besar
saperti stuart hall

aku melayan si profesor ini
dia memesan
satay
sambal ikan rendang sayur campur

kemudian
aku memula kesah melayan sang profesot

aku menerangkan 
kepada sang professor bahawa
bahawa
aku telah menenemui satu teori
kenapa kaum buruh
tidak lagi bangun memberontak

mata sang profesor terbuka luas
dia tersenyum
aku mengundur dari mejanya
untuk melayan meja yang lain

aku perhatikan sang profesor
menanti jawapan
menunggu teori dari aku

aku menghampiri mejanya
lau berkata
' profesor, now it's almost past midnite
i've been working since 11 in the morning
the working class is really tired and fatique
for revolution
i need to rest and sleep'

'tuan profesor, jam telah melintasi tengah malam
saya telah bekerja dari jam 11 pagi
sebagai kelas buruh saya terlalu letih
untuk berevolusi
saya perlu rehat dan tidur'

KEMUDIAN
aku selalu menceritakan kesah ini
kepada kawan kawan lain dalam kampus
semuanya ketawa 
'kau gila isham - kau ganggu dia'

KELMARIN
aku terbaca sang profesor ini
telah meninggal dunia
al-fatihah

baca disini
http://www.theguardian.com/education/2014/feb/10/godfather-multiculturalism-stuart-hall-dies

-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika al-Fatihah bermaksud RIP atau Selamat Jalan maka kita boleh menyampaikan al-Fatihah untuk sesiapa saja yang telah meredah kehidupan dan terpakasa meninggalkan alam penafasan yang banyak bergantung hidup kerna menghirup oksigen. Jika kita analisis atau bongkar pengertian ayat-ayat dalam Al-Fatihah ia membawa maksud 'memuji segala kebesaran Allah ( Allah the Greatest) dan seterusnya si pendoa itu memohon jalan yang lurus ( walaupun dalam realiti perjalanan hidup itu sarat dengan bengkang-bengkuk, belum lagi termasuk amalan korapsi), kemudian ayat penutup memohon agar 'Allah the Greatest' memakbulkan agar sipendoa mendapat jalan yang diperkenankan, namun Allah the Greatest tidak pula secara sistematik menunjukkan apa itu jalan yang lurus di dalam ayat-ayat sebanyak 6,000 jumlahnya di dalam Al-Quran. Maknanya pandai-pandailah kita mencari sendiri atau bergantung saja pada tafsiran ulama/mufti/ustaz yang tiada pengentahuan moden logik lagi rasional. Jadi sedekah al-Fatihah dengan pengertian ringkas tadi bukannya sesuai untuk insan yang telah pergi meninggalkan alam oksigen. Sama juga membaca surah Yasin untuk nak lulus peperiksaan atau mereka yang hampir meninggalan alam kehidupan, jika nak sesuaikan pengertian dan maksud surah Yasin itu pun tak sesuai dan tak logik.