Sabtu, 15 Julai 2023

SANUSI TERLAJAK CAKAP




Sanusi mohon ampun kepada Sultan Selangor


MUHAMMAD Sanusi Md Nor memohon ampun kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataannya yang didakwa mempertikai kewibawaan baginda memilih menteri besar negeri itu.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook awal pagi tadi, menteri besar Kedah itu berkata beliau telah pun mengutus sepucuk surat kepada Sultan Selangor bagi menjelaskan maksud sebenar kenyataannya.

Sanusi yang juga pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) mendakwa kenyataannya dalam satu ceramah baru-baru ini diputar belit oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Sebaik mengetahui ucapan saya telah  dispin (diputar belit untuk menimbulkan kefahaman yang salah) oleh agen-agen Pakatan Harapan/Barisan Nasional, saya telah mengutuskan warkah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk menjelaskan konteks, maksud sebenar dan medan yang tercangkup daripada ucapan yang telah sengaja diputar belit itu.

“Warkah saya itu didahului dengan merafak sembah memohon ampun dan maaf kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor seraya berharap tidaklah timbul kemurkaan Baginda Tuanku Sultan bersabit isu-isu yang sengaja dibangkitkan daripada ucapan itu,” katanya.

Sanusi berkata beliau dimaklumkan oleh pegawai Istana Selangor bahawa Sultan Selangor telahpun memberi perkenan untuk menerima dan membaca suratnya itu semalam.

Media sebelum ini melaporkan Sanusi didakwa menghina dan memperlekeh kewibawaan Sultan Selangor berhubung pelantikan Amirudin Shari sebagai menteri besar dalam satu ceramah politik PN di Selayang baru-baru ini.

Kelmarin lalu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kertas siasatan terhadap Sanusi telah dibuka pada Rabu, berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja).

Siasatan dijangka mengambil masa selama tujuh hari, katanya dipetik Bernama pada sidang media khas di Bukit Aman.

Beliau juga berkata kes berkaitan 3R akan disiasat pasukan petugas PDRM yang dianggotai seramai 21 pegawai, dan siasatan dilakukan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Razarudin dilapor media berkata setakat ini sebanyak menerima 31 laporan polis telah dibuat terhadap Sanusi, menurut Razarudin semalam.

Dalam hantaran di Facebook awal pagi tadi Sanusi mengesahkan beliau telah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat PDRM pada jam 2.00 pagi semalam.  – 15 Julai 2023.

TERLAJAK PANCUT

DAPAT ANAK

KAH KAH KAH

TERLAJAK BELI

DAPAT HUTANG

KAH KAH KAH

TERLAJAK CAKAP

SANUSI NAMANYA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: