Sabtu, 5 Oktober 2024

KES BOLEH SELESAI




Hina YDPA: Iswardy Morni diperintah bela diri

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Pengarah Strategik PKR Sarawak, Iswardy Morni untuk membela diri selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong pada 29 Mei 2021.

Hakim Mahkamah Sesyen, Edwin Paramjothy ketika membaca keputusannya berkata, pendakwaan telah berjaya mewujudkan kes prima facie dilakukan oleh Iswardy.

Difahamkan seramai sembilan saksi akan memberi keterangan sepanjang prosiding pembelaan diri yang akan bermula November kelak.

Iswardy didakwa mengeluarkan kenyataan melalui Facebook miliknya Iswardy Morni Official dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini pada tahun 2021.

Video secara langsung itu turut mendapat tontonan sehingga 38,645 ribu orang ketika itu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 1 Jun 2021, tertuduh mengaku tidak bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan mohon dibicarakan. -

BRO

JANGAN RISAU

KES INI MUDAH

SELESAI

KAH KAH KAH

47 KES ZAHID

BOLEH SELESAI

MUSTAHIL LU

PUNYA KES

TAK BOLEH SELESAI

KAH KAH KAH

SAP SAP SUI

SEMUA KAUTIM 

 INI MADANILAH

KHALAS

PERANG HINGGA ISRAEL DIHAPUS



Ayatollah tegaskan Iran

 tidak akan berundur 

dari Israel

BEIRUT: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei hari ini berkata Iran dan proksinya di Asia Barat tidak akan berundur daripada Israel.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas serangan Israel ke atas Beirut yang dipercayai menyasarkan pewaris setiausaha agung Hizbullah.

"Tindakan cemerlang angkatan bersenjata kita sejak beberapa hari lalu adalah sah dan sahih," kata Khamenei yang memimpin solat Jumaat di Tehran iaitu satu perkara yang jarang dia lakukan.

Ia merujuk kepada serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel, pada Selasa lalu.

Semalam, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, berkata tindak balas Israel mungkin merangkumi serangan ke atas kemudahan minyak Iran.

Israel menyerang semula bandar di pinggir selatan Beirut, Dahiye, yang menjadi kubu kuat Hizbullah yang disokong Iran, pada tengah malam yang mana sebelum itu, Israel mengarahkan penduduk di beberapa kawasan meninggalkan rumah mereka.

Serangan udara itu menyasarkan pegawai Hizbullah, Hashem Safieddine, yang dikhabarkan bakal pengganti kepada pemimpin yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di sebuah tempat perlindungan bawah tanah, menurut laporan wartawan Axios, Barak Ravid, di platform X.

Wartawan itu memetik kenyataan tiga pegawai Israel, dan menyatakan nasib Safieddine masih belum jelas.

Tentera Israel enggan memberikan komen dan Hizbullah turut enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai nasib Safieddine.

Abangnya, Sayyed Abdallah Safieddine, yang juga wakil Hizbullah ke Iran, menghadiri ucapan Khamenei di Tehran.

Awal pagi tadi berlakunya letupan besar berhampiran lapangan terbang utama Beirut dan orang awam Lubnan memaklumkan mereka kini hidup dalam ketakutan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berkata beliau tidak percaya akan berlaku 'perang besar-besaran' di Asia Barat, sementara Israel mempertimbangkan untuk bertindak balas, namun beliau menegaskan lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk mengelakkan perang.

AS, Kesatuan Eropah (EU) dan sekutu lain menyeru supaya gencatan senjata selama 21 hari dilaksanakan segera dalam konflik Israel-Lubnan, Biden berkata AS sedang membincangkan dengan sekutunya mengenai pilihan untuk bertindak balas terhadap serangan Tehran, termasuk kemungkinan Israel menyerang fasiliti minyak Iran.

Kenyataan itu menyebabkan berlaku lonjakan harga minyak global, dan ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat turut mengakibatkan kebimbangan dalam kalangan pedagang mengenai potensi gangguan bekalan.

Namun, Biden menambah bahawa tiada apa-apa yang akan berlaku hari ini.

Apabila ditanya sama ada beliau menggesa Israel untuk tidak menyerang kemudahan minyak Iran, Biden berkata beliau tidak akan berunding secara terbuka.

PERANG HINGGA

ISRAEL HAPUS

AMIN

SELAGI ZIONIS

WUJUD DUNIA

TERUS KACAU

AMIN

DUNIA TAK AMAN

JIKA ISRAEL

MASIH WUJUD

KHALAS

KES PELIR KERAS HILANG ?


KES PELIR KERAS

KE MANA ILANG?

AMIN

SETOR KUNYIT


SETOR KUNYIT

AMIN

Unknown commented on 
"BODEK JANGAN
 TAK BODEK"

TV aku rosak sebab hari-hari muka kaki setor kunyit ni keluar TV jual temberang.

DIO JAMBU KO ?


DIO JAMBU KO

GOLAP BONAR

KAH KAH KAH

AMIN

abu qassim commented on 
"MUSA HITAM DAH PENCEN 
DAPAT KERJA BARU !!!"

Apo bondo ea cucu babo ni...
Sejak bilo lak dio jd pominat tan tin tun?
Lupo ko apo yg dio buek kek ayah ea..?
Nk bodek pn agak² la .
Umo yg dh bau tnh tu hebat pikiran ea..?
Osah cucu babo ni buang tebiat...
Agak ea badan dio yg dh bau tnh kot?
KAH KAH KAH


abu qassim commented on 
"ANWAR ADA FARHASH"


KAH KAH KAH
Jang.. ooii.. jang .
Jgn la ko pitnahkn dio...
Bodoso bosa tau...
Tahu la mamat tu jambu skit...
Tu tk bomakno ado apo² doh...
Kobotolan yo roman eh cm sorg lg tu...
Sumpah mmg dio tu suci dlm dobu...
KAH KAH KAH

KES ILANG TENGAH JALAN



KES ILANG

TENGAH JALAN


SABTU 5 OKTOBER 2024
BANYAK KES POLIS
BANYAK KES SPRM
AWAL HEBOH
KEMUDIAN HILANG
TAK DENGAR BERITA
JENG JENG JENG

 KES AGUS WAHAB
 KES FARHASH
KES BELI KAPAL PERONDA
KES OKU KENA BELASAH
KES PEMAIAN BOLA FAIZAL HALIM
APA SUDAH JADI
JENG JENG JENG

APAKAH KES 1MDB NAJIB
AKHIR BULAN INI
AKAN BUANG KES
JENG JENG JENG

DALAM KERAJAAN MADANI
KES SEDANG BERJALAN
TUP TUP 
BUANG KES
TAK CAYA  SILA TANYA
KU LI SEMANGAT 46
OPPS... SILAP...
KAH KAH KAH
SILA TANYA 
ZAHID SEMANGAT 47
KAH KAH KAH

IRAN
AYATOLLAH  ALI KHAMENEI
TANPA GENTAR
DI BOM ZIONIS
BERI KHUTUBAH JUMAAT
DI MASJID IMAM KHOMENEI
DI TEHRAN
DI HADAPAN RIBUAN RAKYAT

PILIPINA
DI MANILA SERAMAI 250
 KAKI SCAM INTERNET
DITANGKAP
MEREKA DARI CHINA MERAH

RUSIA
PUTIN MENYATAKAN
DIA TAK ADA MASALAH
UNTUK BERJUMPA BIDEN

GAZA
MASIH ADA 64 ORANG 
YANG KINI MASIH MENJADI
ORANG TAWANAN HAMAS

LEBANON
ISREAL TERUS MENGEBOM
WILAYAH HIZBULLAH
DI BEIRUT

AMERIKA
BIDEN TIDAK SOKONG
ISREAL SERANG BALAS
DENGAN MENGEBOM
LOJI MINYAK IRAN
HARGA MINYAK  MELAMBUNG
NAIK

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEJUK
HUJAN LEBAT KEMARIN
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA DI LIPUTI  KABUS
KL & KL SENTRAL
BERKABUS TEBAL

GUA DENGAR TERKUKUR
GUA DENGAR
DERAMAN SEBUAH PESAWAT
TAPI TAK KELIHATAN 
PESAWAT TERSOROK DALAM KABUS

 WARGA ASLI HOKKIEN MENYALAK
TAK TAK PERGI RAPAT
TUNJUK GEDEBE

BRO
SENYUM
SENYUM
PAGI SABTU

BRO
BUKA KITAB  TERUS DI USAI
NAIK BASIKAL HAMPIR TERBABAS
KES NAJIB AKAN SELESAI
DI DAKWA ATAU DI BEBAS

BUAH BETIK BUAH DURIAN
SIMPAN DI PARA TERUS DIKIPAS
AMAT PELIK AMAT HAIRAN
ENAM DI PENJARA NAJIB BEBAS
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI



Jumaat, 4 Oktober 2024

DI UTARA UJAN LEBAT


HUJAN LEBAT

 DI UTARA

BALING BANJIR

AMIN 

IRAK MASUK PULA MENYERANG !!!


IRAK MASUK

PULA MENYERANG

DARI TIMUR

AMIN 

HIZBULLAH BERJAYA GEMPUR ZIONIS


HIZBULLAH BERJAYA

GEMPUR ZIONIS

AMIN 

CARA SELESAIKAN KES NUR JAZLAN AMAT MUDAH


KETUA AMK

SYED BADLI  INI

HIMPAPKAN BADAN

KE PERUT NUR JAZLAN

AMIN

KES NUR JAZLAN

SELESAI DENGAN

MUDAH

AMIN

KHALAS 

NUR JAZLAN KEMBALI MENJADI WIRA MELAYU


NUR JAZLAN

KEMBALI MENJADI

WIRA MELAYU

AMIN 

PERKEMBANGAN BAIK UNTUK NEGARA


Formula Kerajaan Perpaduan tak sesuai di Sabah?

KUALA LUMPUR – Formula Kerajaan Perpaduan yang dipraktikkan peringkat Persekutuan ketika ini mungkin tidak sesuai untuk dibawa dilaksanakan Kerajaan Negeri Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) itu yang dijangka tahun depan.

Pemerhati politik, Prof. Madya Dr. Lee Kuok Tiung berkata, ia kerana ketika ini sudah wujud pergeseran antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu berhubung beberapa isu.

Jelas beliau Pensyarah Kanan Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), hubungan tidak harmoni  memberi gambaran gabungan parti komponen BN dan PH sukar untuk bekerjasama bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh selepas PRN Sabah.

“Pertikaman lidah antara pemimpin kedua-dua belah pihak yang berlaku ketika ini sebenarnya mempermudahkan kepimpinan tertinggi membuat keputusan iaitu mungkin tidak meneruskan kerjasama seperti Kerajaan Perpaduan di Sabah.

“Ini bukan bermaksud mereka tidak ingin bekerjasama tetapi di peringkat akar umbi Sabah sendiri tidak mahu bekerjasama.

“Kemungkinan juga sekiranya kerjasama PH-BN diteruskan, akan ada syarat-syarat antaranya individu tertentu tiada dalam kerjasama tersebut,” katanya di sini hari ini.

Hubungan antara pemimpin UMNO dan DAP Sabah ketika ini turut terkesan disebabkan isu pensijilan halal yang tercetus antara Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok.

Ia selepas Ahli Jawatankuasa DAP Sabah,  Chan Foong Hin mengingatkan UMNO mengenai kepentingan parti itu mengawal pemimpin pemudanya menjelang PRN Sabah akan datang.

Tambah Foong Hin, DAP akan terkesan dalam politik Sabah sekiranya UMNO tidak dapat mengawal atau menangani pemimpin pemuda yang berani memperjuangkan agenda mereka sendiri.

Menjawab kenyataan itu, Ketua Penerangan UMNO Sabah,  Suhaimi Nasir berkata, Foong Hin sepatutnya memberi nasihat kepada para pemimpin DAP untuk tidak lagi menyentuh dan mempersoalkan urusan agama Islam yang tidak ada kaitan dengan mereka.

Dalam pada itu, Kok Tiung berpendapat, isu pensijilan halal yang menjadi duri dalam daging kepada kerjasama BN-PH ketika ini melangkaui isu agama dan disensasikan untuk kepentingan politik.

“Mana-mana individu yang ingin menjadi pemimpin di negara ini sepatutnya mengetahui dan memahami sejarah Malaysia.

“Memainkan isu 3R (agama, kaum dan raja) seperti dalam isu sijil halal untuk meraih sokongan mungkin boleh mendapat sokongan segmen masyarakat tertentu, tetapi tidak mungkin keseluruhan rakyat kerana kita hidup dengan amalan saling menghormati, bertoleransi dan bertolak-ansur,” katanya. – 

GADUH TIBAI

SEPAK PUKUL

KAH KAH KAH

INI AMAT BAIK

UNTUK POLITIK

NEGARA

AMIN

GONCANG 

GOYANG BAGI

RETAK MADANON

AMIN

KHALAS

PERKEMBANGAN TERBARU - PARTI CHINA DAP DAH BERANI TIBAI PARTI MELAYU UMNO


Kenyataan Nur Jazlan boleh rosakkan perpaduan dalam kerajaan -DAP

KUALA LUMPUR – Kenyataan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Noor Jazlan yang mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak layak bekerjasama dengan UMNO, disanggah Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP, Lee Chin Chen.

Chih Chen berkata kenyataan Nur Jazlan yang juga Timbalan Speaker Dewan Negara itu dilihat cubaan dalaman UMNO untuk merosakkan perpaduan antara parti-parti dalam kerajaan.

“Nur Jazlan meremehkan kekuatan hubungan antara tiga parti Pakatan Harapan. Kami pernah berjuang bersama-sama pada waktu yang paling sukar, menghadapi cabaran dan dugaan seumpama berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

“Perasaan dan kepercayaan yang terjalin ini tidak akan mudah digoyahkan oleh hasutan dari luar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Chin Chen berkata demikian mengulas kenyataan Nur Jazlan bahawa PKR dan Amanah bukan parti penting atau layak duduk semeja dalam permainan ‘poker politik’ di peringkat Persekutuan mahupun Johor.

Tulisan terbarunya itu berkait desakan segelintir ahli dalam PH supaya kerajaan perpaduan di Johor susulan kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

Kenyataan itu mendapat respon daripada kepimpinan PKR antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najman Halimi.

Najwan menegaskan tiada satu parti politik yang dominan dan layak mendabik dada sebagai parti utama selepas PRU15.

Dalam pada itu, Chin Chen menegaskan bahawa pengalaman dalam pilihan raya lalu telah membuktikan bahawa Pakatan Harapan sentiasa menyokong antara satu sama lain dan berjuang bersama-sama dalam setiap pilihan raya.

“Tidak kira parti mana yang mewakili Pakatan Harapan, rakan-rakan sekutu akan sentiasa memberikan sokongan penuh bagi memastikan kemenangan.

“Sama ada menang atau kalah, ia adalah tanggungjawab dan kebanggaan bersama Pakatan Harapan,” katanya lagi. – 

AMAT MENARIK

PERKEMBANGAN

TERBARU

AMIN

PARTI CHINA DAP

DAH MULA BERANI

TIBAI

PARTI MELAYU UMNO

KAH KAH KAH

AMIN

GADUH SEPAK

TIBAI SAMPAI

RUNTUH

AMIN

KHALAS

MUSA HITAM DAH PENCEN DAPAT KERJA BARU !!!


ANAK  PAK  HITAM 

 DAPAT  KERJA   BARU


Tamrin  Tun  Ghafar
Jumaat  - 04/10/ 24

1.   Tahniah  di ucapkan  kepada  Tun  Musa  Hitam  yang  baru  sahaja  di beri  jawatan  baru  iaitu  Minister  Chancellor ,  dalam  Bahasa  Malaysia  Menteri  Darjah

2.    Saya  dan  beberapa  rakan  cuba  mendapatkan   makna  Minister  Chancellor  atau  Menteri  Darjah  tapi  gagal

3.  Ramai  yakin  cadangan  'pelik'  ini  adalah  buah fikiran  oleh  Kabinet  Tatakelola  yang  mendapat  persetujuan  Agong

4.  Di Germany  Chancellor  adalah  Pemimpin  Negara  atau  Perdana  Menteri ,  di  England  pula  Menteri  Kewangan  di panggil  Chancellor  of  the  Exchequer 

5.  Senior  Minister    atau  Minister  Mentor  adalah  term  yang  di gunapakai  oleh  beberapa  mantan  Perdana  Menteri  Singapura  dan  mereka ini  adalah   berstatus  Ahli Kabinet  dengan  satu  tujuan ,  memberi  nasihat  kepada Ahli Kabinet, di beri  segala kemudahan

6.  Di Malaysia  Minìster  Chancellor  atau  Menteri  Darjah  HANYA  GIMMICK  sahaja ;  BUKAN  Ahli  Kabinet dan  TIDAK  BOĹEH  bercakap  bagi  pehak  Kabinet

7.  Lazimnya  penapisan  akan  di lakukan  Polis  dan  SPRM yang  kemudian nya  di angkat  ke  KSN  atau  KP JPA  dan ke Perdana  Menteri  sebelum  di maklumkan  kepada  Agong  untuk  mereka  di beri  Anugerah 

8.   Sultan  dan  TYT  pula  bertanggong jawab di negeri  masing - masing   jestru  perlantikan  ini  hanya untuk  Pusat  sahaja  MELAINKAN   Sultan  dan  TYT  menyerahkan  kuasa  Anugerah  Pingat  ini  kepada  Agong

9.  Apakah  Tun  Musa  boleh  melakukan  kerja  ini  sebagai  Menteri  Darjah  bersaorangan  tanpa  di bantu  Polis  dan  SPRM ? ;  maknanya  perlantikan  ini TIDAK  PERLU  dan  SIA -  SIA  sahaja ,  lagi  pun  KSN  atau  KP  JPA    MISTI  terlebih  dahulu  menandatangan  pengesahan  

10.   Apakah  tujuan  perlantikan  ini , melainkan :

      ADA  UDANG
      DI  SEBALIK
      BATU

11.  Jika  ianya  hendak  menyakiti   hati  Tun Dr.  Mahathir  , jawab nya  Kerajaan  dan  Agong  tersilap  orang 

12.  Pemikiran dan  Fizikal  Tun  pada  usia  99  tahun  maseh  cergas  jika  di bandingkan  dengan  mereka  yang  lebih  muda

13.  Pernah kah  kita  dengar  orang  yang  berumur  99  tahun  maseh  berkuda  dan  berbisikal  dan  maseh  memandu  lebih 150  km  sejam  di  Litar  Antarabangsa  Sepang  atau  Sepang International  Racing  Circuit  dan  100 ke 120 km sejam  di jalan biasa

14.   Pemikiran Tun maseh  kuat  seperti  dulu kala ;  Tun  Dr.  Mahathir  kuat  dan  fokus  -  TIDAK  NYANYUK   seperti berbagai  tuduhan  yang  di lemparkan

15.  Pada  umur  99  tahun  ini , Tun  TIDAK  perlukan 
 tongkat  dan  dipapah

16.   Pada  umur  99  tahun  ini  hampir 33  juta  orang peminat yang  menonton  klip  video  semasa  Negara  menyambut  Hari  Kemederkaan  di Putrajaya  walau pun  TIDAK  DI  JEMPUT  sedangkan  semua  tahu  TANPA  Tun maka  berkemungkinan  besar  TIDAK  ADA  PUTRAJAYA

17.  Bak  kata  Ahli  Parlimen  Hulu Langat dari  PH

"NEGARA  INI  KITA  PUNYA  ,  MAKA  SUKA  HATI  KAMI LAH  NAK  BUAT  APA  SAJA"

18.  Berani kah  Anwar   menyaman  BLOOMBERG  , syarikat  kewangaan  kepunyaan  Yahudi kerana  memfitnah  kononnya  beliau  mengarahkan   SPRM   TIDAK  SIASAT  Farhash  Wafa  Salvador  seperti  TIDAK berani nya  beliau  menyaman  Akhbar  Terkemuka  Itali  dan  menyaman  saya  menuduh beliau  sememang nya  kaki  LIWAT ?

19.  TUN  DR. MAHATHIR  TIDAK   KESAH    SAMADA  DI  JEMPUT  ATAU  DI LANTIK  MEMEGANG  APA - APA  JAWATAN , YANG  PENTING  DAN  MENJADI  KERISAUAN  PADA  BELIAU  JIKA  SEKIRANYA  ORANG  MELAYU  SANGGUP  MENJUAL  BANGSA  DEMI  MENGEKALKAN  JAWATAN  YANG  PASTI  MEMBAWA  PERPECAHAN MAKA  DALAM  MASA  TERDEKAT  INI ,  NEGARA  AKAN  DI PERITAH  DAP

20.   Dengan    'PECAH  SEMPADAN'  DAN   Orang  Melayu  masih  dengan sifat  ego  atau  sombong  dan  kepartian  jawab nya  Tanah  Melayu  sudah  tentu  di  perintah  DAP  ;

       TEPUK
       DAPA
       TANYA
       SELERA
Wassalam
Terima  Kasih

BANJIR BANJIR BANJIR



Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah pula dinaiki air

KUALA LUMPUR – Semasa keadaan banjir di beberapa tempat di Perak bertambah buruk dengan jumlah mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat, beberapa kawasan di Selangor dan Kedah pula mula dinaiki air sejak lewat malam tadi.

Di SELANGOR 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka pagi ini bagi menempatkan mangsa banjir dari tiga daerah iaitu Shah Alam, Gombak dan Kuala Selangor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata enam PPS tersebut adalah di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seri Pagi, Paya Jaras; Dewan Kenanga; Dewan MBSA Bunga Matahari; Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Seri Kundang; Sekolah Rendah Agama Kuang dan Sekolah Kebangsaan Desa Aman.

“Seramai 54 anggota dan pegawai dari empat buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikerahkan bagi memantau operasi banjir.

“Pemantauan dijalankan di beberapa lokasi antaranya di sekitar Sungai Buloh iaitu di Jalan Gajah, Merbau Sempak, Kampung Cempedak, Kuang dan Kampung Melayu Subang serta Jalan Tembusu di Bukit Jelutong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di PERAK, situasi banjir bertambah buruk dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 200 orang daripada 67 keluarga yang berlindung di empat PPS di Daerah Kerian dan Taiping.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu meningkat berbanding malam tadi dengan 145 orang daripada 51 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

Sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gelugor, Matang di Taiping dengan 50 orang daripada 14 keluarga berlindung di PPS berkenaan.

“Di daerah Kerian 39 orang daripada 11 keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, manakala di Taiping 81 orang daripada 31 keluarga berlindung di PPS Masjid Al-Wusta Batu 8, Jalan Trong, dan 30 orang daripada 11 keluarga berada di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Sungai Bembam, Kuala Trong,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak pula memaklumkan paras air Sungai Perak di Pasang Api di Bagan Datuk berada pada tahap berjaga-jaga dengan bacaan 1.87 meter (m) melebihi paras normal iaitu pada 1.00 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia juga turut memaklumkan kebanyakan daerah antaranya Larut, Matang dan Selama, Kerian, Hilir Perak, Perak Tengah, Hulu Perak, Kinta dan Kuala Kangsar dijangka mengalami ribut dan hujan pada sebelah petang dan malam.

Di KEDAH, tujuh PPS baharu dibuka semula di daerah Baling menempatkan 199 mangsa, kurang 24 jam PPS terakhir ditutup, semalam.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Mejar (PA) Mohd Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa daripada 66 keluarga itu ditempatkan di PPS yang dibuka malam tadi dan awal pagi ini.

PPS yang dibuka ialah SK Siong, SK Seri Bayu, SK Tanjung Pari, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Panjang, Dewan Kampung Banggol Deram, Surau Kampung Lahar dan Surau Albarakah Tembak B.

Kesemua mangsa dari empat mukim itu melibatkan Kampung Charuk Bakap, Kampung Parit Panjang, Kampung Tembak B, Kampung Baru, Kampung Pokok Setol, Kampung Depan Sekolah, Kampung Siput, Kampung Batu 60, Kampung Tanjung Pari, Kampung Simpang 3 Sik Jalan Weng, Kampung Banggol Deram, Kampung Bukit Sebelah dan Kampung Lahar.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir JPS memaklumkan Sungai Ketil di Kuala Pegang, Baling melebihi paras bahaya iaitu 37.68m. – BERNAMA

MUSIM HUJAN

DAH SAMPAI

AMIN

SESAMA KITA

BERSEDIA

BERJAGA JAGA

AMIN

IKLIM DUNIA

SEDANG BERUBAH

AMIN

KHALAS