Jumaat, 27 Mac 2026

SELAT HORMUZ SENJATA IRAN


IRAN BERJAYA

JADIKAN

SELAT HORMUZ

SEBAGI SENJATA

AMIN

LEPAS PERANG

SELATA INI AKAN

JADI MILIK IRAN

AMIN

LALAUAN AKAN

DIKENAKAN TOL

KHALAS


1,900 kapal terkandas di Selat Hormuz


LONDON: Kira-kira 1,900 kapal komersial terkandas di Selat Hormuz, terutamanya di Teluk Parsi, sejak bermulanya serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran pada 28 Februari lalu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Susulan permulaan serangan itu, Tehran bertindak menutup laluan air penting berkenaan kepada kapal yang mempunyai kaitan dengan negara penyerang, sekali gus menyebabkan trafik maritim di selat itu terhenti sepenuhnya.

Kapal di rantau berkenaan yang sedang bersiap sedia untuk melalui selat itu tidak dapat berbuat demikian berikutan ketegangan ketenteraan, dengan sebahagian besar kapal yang terkandas terpaksa melabuhkan sauh di perairan terbuka.

Tehran menyatakan bahawa kapal dari negara selain AS dan Israel dibenarkan melalui Selat Hormuz selagi mereka tidak menyertai atau menyokong pencerobohan terhadap Iran serta mematuhi sepenuhnya peraturan keselamatan dan perlindungan.

Jurucakap markas bersepadu angkatan tentera Iran, Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya, Ebrahim Zolfaqari, berkata pihak Iran mengubah peraturan di selat berkenaan dan keadaan tidak akan kembali seperti sebelum perang, sambil menegaskan tiada entiti yang dikaitkan dengan AS dan Israel mempunyai hak untuk melaluinya.

Setakat 20 hingga 22 Mac lalu, kira-kira 1,900 kapal tidak dapat bergerak di sekitar Selat Hormuz, menurut pengesan kapal masa nyata, MarineTraffic.

Antara yang terkandas termasuk 324 kapal pengangkut pukal, 315 kapal pengangkut produk minyak/kimia, 267 kapal pengangkut produk petroleum dan 211 kapal tangki minyak mentah.

Menurut firma analitis Vortexa, kira-kira 190 juta tong minyak mentah dan produk petroleum berada di atas kapal tangki yang terkandas di rantau itu.

Sementara itu, 177 kapal kargo am, 174 kapal kontena, 98 kapal pengangkut gas petroleum cecair (LPG), 42 kapal pengangkut asfalt/bitumen, 37 kapal angkat berat, dan 34 kapal tangki LPG/kimia turut berada di rantau berkenaan, manakala bakinya terdiri daripada jenis lain seperti kapal kargo Ro-Ro dan kapal tangki bekalan bahan api.

Syarikat Hapag-Lloyd dari Jerman baru-baru ini melaporkan bahawa enam kapalnya tidak dapat beroperasi di Teluk Parsi di tengah-tengah ketegangan yang berlaku.

Pengarah analisis maritim di Majlis Maritim Baltik dan Antarabangsa, Filipe Gouveia, memberitahu Anadolu bahawa kesan pemberhentian trafik maritim terhadap pasaran maritim dan kadar tambang akan bergantung kepada pelbagai faktor.

Beliau berkata, perkembangan harga bahan api, tempoh penutupan selat dan jumlah kapal yang dibenarkan oleh Iran untuk melaluinya akan menjadi faktor penentu, sementara ketegangan di rantau itu kini mula menjejaskan kadar tambang.

Kenaikan itu amat ketara dalam pasaran kapal tangki, termasuk kapal tangki minyak mentah dan produk petroleum.

Beliau berkata, sejak 27 Februari lalu, Indeks Kapal Tangki Kotor Baltik meningkat 49 peratus dan Indeks Kapal Tangki Bersih Baltik sebanyak 78 peratus setakat 20 Mac, dengan kadar tambang dalam pasaran kontena turut melonjak.

Kenaikan kos bahan api dan pengumuman surcaj bahan api kecemasan oleh syarikat perkapalan turut menyumbang kepada peningkatan itu.

Beliau berkata, dalam keadaan normal, 30 peratus daripada eksport minyak melalui laut global, empat peratus kargo pukal kering, dan tiga peratus jumlah kontena melalui Selat Hormuz, manakala hanya sebahagian kecil eksport dari Teluk Parsi boleh diperoleh daripada sumber alternatif, selain laluan darat alternatif tidak mempunyai kapasiti untuk memenuhi keperluan jumlah kargo biasa.

Gouveia berkata, kira-kira 5.5 peratus daripada armada kapal tangki dunia dan 1.5 peratus daripada armada kargo kering kontena dianggarkan berada di Teluk Parsi pada masa ini.

ARAB ZIONIS FEUDAL KAWAL MEKAH DAN MADINAH


BEBASKAN

KOTA SUCI MEKAH

DAN MADINAH DARI

ARAB ZIONIS FEUDAL

KHALAS




Unknown commented on
 "HIZBULLAH BERJAYA 
MEMELETUPKAN 
10 KERETA KEBAL ISRAEL."

Betapa baik kalau Arab Yahudi dan negara sewaktu lesap terus? Asyik menyusahkan orang yang hidup aman damai, baik jauhkan diri daripada orang-orang jahat, perangai buruk, amalkan asabiyah amalkan jahiliyah? Hidup tenang baik sejahtera kepada seluruh umat manusia dunia kah kah kah

LEBIH RASUAH


MADANI ANWAR

BIN IBRAHIM

LEBIH RASUAH

LEBIH GANAS

LEBIH SAMUN

LEBIH MENIPU

LEBIH ZALIM

DARI MAHAFIRAUN

MADEY MUHAMAD

KHALAS


Unknown commented on
 "KEJAYAAN PROJEK BLOOMBERG"

Kah kah kah lagi banyak sombong, lagi banyak songeh, lagi banyak mempamerkan diri Madani, lagi teruk, walaupun Mahathir digelar Mahafiraun tidak sekali sebegini, orang kita semakin menusuk hati negara, semuanya disapu dicuri dirompak disonglap sehingga kiamat, pun berlakon hebat depan TV sebagai alim ulama? 

Kah kah kah kalau bagi alim ulama betul apa akan terjadi? Adakah lebih teruk? Adakah lebih parah lagi? Rasanya kena jual semua sekali kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

JUMAAT 27  MAC  2026

RAYA HARI KE 7

PERANG HARI KE 28

LAGI 3 HARI NAMA MP PKR AKAN DIUMUM


TRUMP MENIPU LAGI
Dunia diberi tahu bahawa rundingan AMERIKA – IRAN  sedang berjalan. Maka Trump tangguh lagi 10 hari sebelum serang loji jana kuasa Iran. Jana kuasa leterik ini akan di serang jika Iran tak BUKA SELAT HORMUZ.

TIDAK ADA RUNDINGAN – INI KELENTONG - ini helah Trump untuk ambil masa –  Amerika perlu masa untuk bawa soldadu untuk mendarat. Berita rundingan ini untuk sedapkan telinga kaum pemodal agar bursa saham TIDAK RUNTUH TERBARAI.

IRAN UMUM TIDAK ADA  RUNDINGAN – PERANG INI AKAN TAMAT BILA IRAN KATA TAMAT.

Trump nak  mendaratkan soldadu ke Pulau Kharg  - pusat loji minyak Iran.  Soldadu Amerika nak mendarat di Pulau Abu Musa.  Niat Trump nak tawan pulau ini dan kemudian buat DEAL – kah kah kah. Ini RANCANGAN Trump.

IRAN KATA SILA MENDARAT : ah lan wa sah lan – MOST WELCOME – SELAMAT DATANG – tapi jangan lupa bawa sama BEG HITAM – kah kah kah.

Gua amat suka hati bila soldadu Amerika mendarat  – mula-mula dua ribu mendarat  – kemudian 5 ribu  - ini macam di Vietnam  tahun 1965 – akhirnya 400,000 masuk Vietnam kah kah kah – KALAH TETAP KALAH.   Tahun 1974 – Amerika bungkus di Vietnam kah kah kah.

Che Geuvera dah kata : Create one...two.. three Vietnams – KASI BARAI AMERIKA.

HARGA MINYAK DI MALAYSA NAIK.. INI BERITA BAIK ... senang untuk menghasut TURUN TURUN TURUN.

HOKKIEN
Pagi ini  sejuk basah.  Kemarin hujan petang agak lebat. Matahari belum kelihatan.  Langit kelam. KL & KL Sentral berkabus tebal. 

Kereta lebih ramai dari kemarin.  Asap berkepul naik  ke udara menambah jerebu kota Kuala Lumpur.  Mercun  meledak – Tak Tak takut.

Gua naik bukit – wilayah tak ramai orang. Tak Tak suka jalan baru – tapi gua kena kawal Tak Tak   takut merayau jauh.

Jap lagi kuat nak ke Chow Kit – pergi awal kerana bahan makanan  Tak Tak dah habis . Buah juga dah  habis – tambah pula ujung minggu ada jemputan raya  - maka bereskan hari ini. 

Gua nak  tengok harga barang naik atau macam harga lama. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT

Ibu memerang buat hal 
Anak seluang di tepi kolam 
Perang berterusan minyak mahal
Peluang besar turun ke jalan

Kasut basah jatuh tenggelam
Sabut kelapa buat bahtera
Hasut rakyat turun ke jalan
Tuntut Madafaka turun takhta

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERJUMAAT