Isnin, 28 April 2025

TERKINI - TER NOWW TER HOTT


Titah Adendum: Peguam Negara dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA – Peguam Negara,  Mohd. Dusuki Mokhtar mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang membenarkan  Najib Razak mencabar titah adendum.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya,  Hasnah Mohammed Hashim membenarkan beliau mengemukakan tujuh persoalan undang-undang untuk dihujahkan dalam pendengaran rayuan kelak.

Mahkamah berpuas hati, persoalan undang-undang yang dikemukakan itu menyentuh isu kepentingan awam yang belum pernah didengar dan diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara.

Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh  Zabariah Mohd. Yusof dan  Hanipah Farikullah.

Mohd. Dusuki memohon kebenaran merayu dalam usaha mengetepikan keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan yang mengembalikan semakan kehakiman berkaitan titah adendum ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Mahkamah tertinggi negara selesai mendengar penghujahan Mohd. Dusuki dan peguam  Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri pada 24 Mac lalu.

Pada 6 Januari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan bekas Perdana Menteri mencabar kewujudan titah adendum bagi membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah.

Najib sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

BEBASKAN NAJIB

TANGKAP ZAHID

AMIN

MASUKKAN

ROSMAH KE DALAM

PENJARA SEKARANG

AMIN

Tiada ulasan: