Selasa, 26 Ogos 2025

JANGAN GANGGU MENTERI PENDIDIKAN


Menteri Pendidikan Fadhlina Tiada Sifat Kepimpinan


Kementerian Pendidikan sepatutnya menjadi benteng pertama melindungi anak-anak kita. Namun, kelemahan kepimpinan yang ada hari ini menjadikan sekolah semakin jadi tempat tidak selamat.

Menteri Pendidikan  Fadhlina Sidek dilihat lebih sibuk mempertahankan imej politik, sibuk mengajak murid sekolah mengucapkan Happy Birthday kepada PM, daripada memberi fokus jaminan terhadap keselamatan pelajar.

Kes terbaru melibatkan Zara Qairina menjadi bukti paling jelas. Bagaimana tragedi ini berlaku di dalam kawasan sekolah yang seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk setiap pelajar. Kejadian ini mendatangkan keresahan ibu bapa.

Malangnya, respon kementerian terlalu lambat, terlalu retorik, dan langsung tidak menampilkan pelan tindakan konkrit. Menteri hanya mengulangi kenyataan umum, tanpa strategi jelas untuk mencegah kes serupa daripada berulang.

Isu buli bukan perkara kecil. Ia bukan sekadar “kenakalan pelajar” seperti yang cuba digambarkan oleh pihak tertentu, tetapi persoalan keselamatan nyawa dan masa depan anak-anak.

Apabila seorang pelajar boleh dipukul, dihina, dan dibiarkan tanpa perlindungan yang sewajarnya, itu bermakna sistem kawalan keselamatan di sekolah sudah runtuh.

Lebih membimbangkan, kementerian gagal memberi garis panduan yang tegas kepada pihak sekolah  bagaimana menangani aduan buli, bagaimana melindungi mangsa, dan bagaimana menghukum pelaku secara adil.

Akibatnya, guru terpaksa bertindak tanpa arah, ibu bapa hilang keyakinan, manakala pelajar terus hidup dalam ketakutan.

Kelemahan Menteri Pendidikan ini bukan sahaja soal kelemahan individu, tetapi kelemahan sistemik yang sedang membahayakan generasi. Seorang menteri yang gagal menjamin keselamatan pelajar di sekolah telah gagal dalam tanggungjawab asasnya.

Malaysia tidak boleh terus dipimpin dengan sikap acuh tak acuh. Kementerian Pendidikan memerlukan seorang peneraju yang berani, jelas visinya, dan pantas bertindak.

Selagi kepimpinan lemah dibiarkan, kes buli di sekolah akan terus menghantui sekolah-sekolah kita dan masa depan anak bangsa akan terus terancam.


FADHLINA ADALAH

MENTERI TERBAIK

AMIN

DIA SEDANG

 MENAIKKAN

KEBENCIAN

RAKYAT PADA

MADAFAKA

AMIN

TERUSKAN

JANGAN GANGGU

KERJA BAIK

DARI MENTERI INI

KHALAS

Tiada ulasan: